• 05 •

111 21 1
                                    

Selesai makan malam, San menemani Wooyoung di dapur untuk membersihkan segala pinggan mangkuk yang telah dia gunakan. Mereka juga berbual-bual bagi mengelakkan suasana menjadi sepi.

"Agaknya kan, macam mana rupa Alex tu ya?" soal Wooyoung. Tangannya sibuk mencuci pinggan dan mangkuk di dalam singki. San mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Entahlah. Alex tu menghilangkan diri dia sejak kecil. Jadi aku memang tak tahu langsung macam mana rupanya."

Wooyoung berkerut dahi selepas mendengar.

"Eh? Kalau begitu macam mana kau nak cari dia?"

"Aku cuma mengharapkan deria bau sajalah. Tapi kemungkinan besar dia sekarang ialah human vampire sebab sudah bertahun-tahun dia tinggal di dunia manusia ni."

"Kenapa baru sekarang kau nak cari dia?" Wooyoung bertanya lagi. Dia masih belum puas lagi dengan jawapan yang San berikan itu.

Ia pelik, tidak masuk akal langsung dan mensia-siakan!

"Pada mulanya kami ingat dia betul-betul lenyap selepas kami bunuh keturunan-keturunan dia. Tetapi selepas dapat tahu yang dia masih hidup dan tinggal di dunia manusia, aku diperintahkan untuk mencari dan membunuh dia kerana sekarang ini dia sedang melakukan kekecohan di sini."

Cerita San lebar membuatkan Wooyoung terdiam seribu bahasa.

Memang betul.

Keadaan sekarang sangat kecoh dengan kes pembunuhan yang berlaku secara mendadak di bandar mereka.

Ia bermula sebulan yang lalu...

Namun suspek utama yang dalang semua tragedi ini langsung belum ditemui.

"Kalau begitu, mahu tak ikut aku ke sekolah esok? Kemungkinan besar vampire tu sedang merayau-rayau di sana." Wooyoung memberikan cadangan. Tangan dia yang basah itu segera dilap menggunakan tuala kecil.

"Boleh juga." Ujarnya setuju. Wooyoung tersenyum garis.

------------

Matahari terbit menyinari kotaraya Seoul. Yeosang tersenyum lebar sambil mengucapkan selamat pagi kepada semua orang yang dia bertembung di hadapan kawasan sekolah.

Itu sudah menjadi rutin harian dia setiap hari. Sifat Yeosang yang baik serta peramah itu membuatkan semua orang selesa dengan kehadirannya di sekolah.

"Yunho, selamat pagi!" Ucapnya riang kepada salah seorang rakan kelas dia. Yunho turut tersenyum lebar ke arahnya.

"Selamat pagi juga, Yeosang!"

Dengan pantas Yunho berjalan mendekati Yeosang untuk masuk ke kelas bersama. Sambil-sambil itu mereka juga berbual sedikit.

"Mana Wooyoung? Biasakan kau selalu datang dengan dia," soal Yunho.

"Katanya dia datang lambat sikit. Ada hal mungkin."

"Oh ya, aku dengar minggu depan ibu bapa akan datang ke sekolah untuk ambil kad laporan ujian kita dulu."

"Yakah? Tak tahu pula aku."

Katanya. Agak terkejut bagi Yeosang kerana dia baru tahu akan tentang hal itu.

"Aku takut! Sudahlah keputusan yang aku dapat tu agak teruk! Mesti ibu aku akan marah!" Cemas Yunho. Dia sudah terfikir bukan-bukan. Mungkinkah ibunya akan melarang dia untuk bermain selama seminggu? Atau dia tidak dibenarkan untuk bermain di luar?

Ahh! Sungguh mengerikan buatnya!

Yeosang tertawa berdekah. Lalu dia menggeleng kepala.

"Aku rasa mungkin ibu kau akan nasihatkan kau supaya belajar betul-betul. Kau tak perlulah risau," dengan tenang Yeosang berkata. Sambil-sambil itu tangannya mengusap lembut belakang Yunho.

"Kau pula bagaimana, Yeosang? Siapa akan datang?"

Yeosang terkaku serta merta. Yunho yang baru sedar itu mula gelabah.

"Yah! A-aku minta maaf! Aku terlupa yang kau tak ada ibu bapa!" Ucapnya gelabah. Sungguh Yunho berasa sangat bersalah selepas dia bertanya soalan sensitif itu kepada Yeosang.

Selain Wooyoung, Yeosang juga merupakan anak yatim piatu di kelas mereka. Punca ibu bapanya meninggal masih belum diketahui. Malah, Yeosang juga tiada adik beradik sama seperti Wooyoung. Dia hidup berseorangan sekarang.

Yeosang mengukirkan senyuman nipis tatkala melihat Yunho sudah tidak keruan itu.

"Tak apa. Aku faham kau tak sengaja," katanya tenang. Namun Yunho masih lagi dilanda dengan rasa bersalah yang amat.

"Tapi aku memang salah! Aduh... Tengok aku sudah hancurkan mood kau pagi ni!"

Yeosang tertawa apabila mendengar begitu. Lalu dia menampar lengan Yunho dengan manja.

"Apalah kau ni! Dah jangan rasa bersalah sangat. Aku okey saja."

Yunho memuncungkan bibirnya. Dia mengusap lengannya lalu kembali berjalan masuk ke kelas bersama Yeosang.

----------------

"Kau dapat rasa apa-apa tak?"

Soal Wooyoung sebaik sahaja mereka tiba di hadapan kawasan sekolah. San memerhati bangunan sekolah yang cukup besar itu seketika sebelum dia membalas pertanyaan Wooyoung itu.

"Tak. Mungkin aku kena cari betul-betul."

Selepas sahaja berkata begitu, San terus berlari meninggalkan Wooyoung berseorangan.

Senyuman kecil terukir di bibirnya. Wooyoung yakin San berusaha untuk mencari vampire yang sesat itu di sekitar kawasan sekolahnya.

Agak menyeramkan bila teringatkan semula bahawa seekor vampire boleh berubah jadi manusia tanpa disedari. Sedangkan San yang merupakan pure vampire itu ada iras-iras manusia, inikan pula human vampire yang kelihatan seperti seorang manusia biasa.

Wooyoung berharap agar hari ini tiada perkara yang mengerikan berlaku.

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽Where stories live. Discover now