• 08 •

93 19 0
                                    

Sudah beberapa hari berlalu selepas kejadian Yeosang menghilangkan diri secara tiba-tiba. Pihak polis masih gagal untuk menemuinya. Pernah sekali mereka ke sekolahnya untuk bertanyakan tentang keluarga Yeosang tetapi pihak sekolah mengatakan bahawa Yeosang seorang anak yatim piatu dan dia tinggal berseorangan.

Hal ini menyukarkan lagi pihak polis untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, Wooyoung tetap merayu supaya teruskan usaha mencari satu-satunya sahabat yang dia ada.

"Kamu pasti seorang kawan yang sangat ambil berat tentangnya."

"Tolonglah, tuan. Hanya Yeosang sahaja yang saya ada. Saya pun anak yatim piatu juga, tiada siapa yang boleh saya berteduh selain dia." Rayu Wooyoung. Kedua-dua matanya sudah bengkak akibat menangis tanpa henti setiap hari.

Dia amat risau akan keselamatan Yeosang sekarang.

"Tuan! Saya dapat jejak kali terakhir Yeosang berada!" Beritahu salah seorang pegawai polis itu membuatkan mereka terkejut.

"Benarkah? Di mana dia pada waktu kejadian?"

"Dia berada di kawasan lorong yang gelap pada waktu itu. Tetapi selepas itu dia langsung tidak dapat dikesan."

Wooyoung yang mendengar itu mula teringatkan dengan kata-kata Yunho tempoh hari.

"Yeosang ditarik oleh seseorang masa dia dalam perjalanan pulang ke rumah! Bila aku cuba kejar, aku nampak kesan tompokkan darah pada tempat yang dia kena tarik tu!"

"Kamu tahu rumah Yeosang?" Pegawai itu bertanya kepada Wooyoung.

"Saya... Tak ingat jalan ke rumah dia," dengan serba salah Wooyoung membalas.

"Tetapi mungkin kita boleh dapatkan alamat rumah Yeosang itu di bilik guru," tambahnya lagi memberikan cadangan.

Pegawai-pegawai itu mengangguk setuju. Nampaknya tugas mereka menjadi mudah dengan adanya Wooyoung membantu mereka serba sedikit untuk mencari kawannya itu.

Mereka menuju ke pejabat am di sekolah untuk mendapatkan alamat tempat tinggal Yeosang.

Namun, apa yang mengejutkan mereka semua ialah...

"Maafkan kami tuan tetapi alamat Yeosang tiada dalam rekod di sekolah. Dia juga tidak mengatakan tempat dia tinggal sekarang."

Wooyoung terkaku. Mengapa selama ini dia tidak tahu langsung bahawa Yeosang tidak pernah menulis alamat tempat tinggal di data sekolah. Bukankah ia penting bagi pihak sekolah membuat selidik tentang pelajar?

"Perkara begini tak sepatutnya berlaku!"

Bertambah sukar untuk pihak polis mencari jalan penyelesaian kes ini.

Tiada orang terdekat...

Alamat tempat tinggal tidak dinyatakan...

Bagaimana mereka mahu mencari Yeosang jika data-data penting itu tiada?

---------------

Petang itu, San pulang ke rumah Wooyoung dengan kelelahan. Sudah puas dia mencari vampire itu tetapi hari ini sama seperti hari sebelumnya yang mana usaha dia sia-sia.

Jangan cakap vampire, Yeosang pun dia tidak jumpa.

San lihat Wooyoung seperti tiada tenaga sekarang. Dia terbaring di atas sofa dengan wajah yang lemah, diiringi dengan air mata mengalir laju membasahi pipi.

Sampai begitu sekali tahap kerisauan Wooyoung terhadap Yeosang.

Dia melepaskan keluhan kecil. San menghampiri Wooyoung lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Tiada guna kau menangis banyak-banyak, Wooyoung. Kawan kau masih susah untuk ditemui." Ujarnya. Wooyoung mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Kalau kau cuma nak sakitkan hati aku, baik kau pergi saja lah. Tak ada guna kau duduk dengan aku tetapi kau langsung tidak jumpa vampire itu." Wooyoung membalas dengan suara yang serak. Air matanya juga sudah kering akibat menangis tanpa henti.

San tersenyum tawar melihat keadaan Wooyoung begitu. Dia mengusap kepala Wooyoung dengan lembut supaya dapat menenangkan sedikit kesedihan kawannya itu.

"Sudah lah tu, Wooyoung. Sekarang ini semakin ramai yang menolong kau untuk mencari kawan kau itu. Kau janganlah risau."

"Macam mana aku tak risau, San? Kau faham tak bila aku cakap yang hanya Yeosang sahaja kawan terdekat yang aku ada! Tak... Dia sahaja keluarga yang aku ada! Kau sebenarnya faham tak istilah keluarga itu? Atau mungkin di dunia kau memang hidup secara berseorangan juga?"

Tanpa sengaja Wooyoung meninggikan suaranya ke arah San. Bukan niatnya untuk memarahi San tetapi dia tidak tahan. Sudah banyak kali dia cuba untuk bertenang tetapi dia gagal. Hatinya tetap tidak akan tenang selagi Yeosang belum ditemui.

San tidak membalas apa-apa. Tangannya itu segera dijauhkan dari Wooyoung. Mungkin dia tersilap kata menyebabkan Wooyoung naik angin terhadapnya.

"A-aku minta maaf..." Ucap Wooyoung serba salah. San sekadar tersenyum kecil sahaja.

Suasana di antara mereka menjadi senyap selepas pertengkaran kecil itu berlaku. Wooyoung bangun daripada posisi baringnya lalu menghadap San.

"San, bolehkah minggu depan kau teman aku di sekolah?" permintaan Wooyoung itu membuatkan San tertanya.

"Kenapa?" soalnya sepatah. Wooyoung mengeluh kecil.

"Minggu depan sekolah aku akan serahkan kad peperiksaan kepada ibu bapa. Memandangkan aku berseorangan jadi aku ingat selepas aku dapat kad itu, aku nak kau temankan aku untuk mencari Yeosang."

Wooyoung menjelaskan dengan lebar supaya San faham akan kehendak dia itu. Dia tidak boleh tahan lagi, dia mesti mencari Yeosang sehingga jumpa.

Setelah berfikir dalam-dalam, akhirnya San bersetuju untuk menemani Wooyoung pada waktu itu kelak.

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽حيث تعيش القصص. اكتشف الآن