7 Kes [2]

27 11 4
                                    

Nik menutup bukunya. Di dalam rumahnya ada sesuatu. Ya, penunggu atau lebih tepat roh tak tenteram yang liar. Suka sangat nak kacau dia.

Bunyi kaki berderap laju sedang berlari di luar biliknya buat dia menghembus nafas kasar. Saat ini, papa dan mamanya tidak pulang ke rumah. Mereka terpaksa bermalam dek emergency di wad.

"Kau jangan sampai aku pagar satu rumah.." Ugut Nik sambil tersenyum sinis. Dia dah berani hadap dah. Dulu memang tak boleh, sebab tu dia dan Shah kena duduk kampung. Membesar disana beberapa tahun dan berubat sekaligus.

Iblis itu mampu menjadi orang lain. Makanya Nik tidak suka iblis yang menyerupai papa dan mamanya itu. Bukan sekali dia kena, sampai setiap malam dia takut dibuatnya.

Sekarang tidak, dia mampu menghadapi iblis tersebut.

Jam tangan dilihat. Sudah masuk 10 malam. Telefon bimbitnya dicapai dan ingin membuat panggilan ke atas Shah.

"Hello Shah, kau buat apa?"

"Tengah baca kes kedua ni."

"Oh ye ke, weh. Kau nak stay dengan aku tak seminggu ni?"

"Jangan cakap kau takut hantu pulak?"

"Aku sunyi weh. Bukan takut. Hehehe."

"Yela, besok aku stay dengan kau."

"Yeay! Sayang kau!"

"Mengada. Ni kes kedua ni macam mana? Kau join tak?"

"Eh mestilah. Kes tu mintak apa? Cari orang hilang lagi ke?"

"Tak, kita bersihkan satu bangunan ni."

"Apa!? Cleaner!?"

"Slowlah gila! Pekak telinga aku!"

"Hehehe, sorry."

"Aku tak sure, maklumat dalam fail ni cakap ada penampakan terlihat dekat CCTV."

"Jadi?"

"Staf diorang diganggu mana yang balik lewat."

"Kalau macam tu balik awallah, senangkan?"

"Bukan tu masalahnya, bos ni dah panggil Ustaz. Tapi kerjanya memagar sebab setan ni tak tunjuk diri. Tapi, Ustaz tu dah buat yang terbaik. Masalahnya, setan tu pulak makin memberontak. Setiap malam habis diseleraknya office tu buat staf-staf sana jadi muak. Ustaz yang memagar tu pun tak ada dah. Katanya dekat luar negeri."

"Jadi, kita pulak ke kena settlekan masalah dia?"

"Lebih kurang. Kau marah ke?"

"Eh mana ada, hahaha. Kau ingat aku suka ke buat kerja sisa-sisa orang?"

"Aku tahu kita ada pengalaman macam tu dekat kampung, tapi percayalah. Kali ni bergaji."

"Sebab tu aku tak banyak bising. Hehehe."

"So, bila nak check office tu?"

Seiras Tapi Bukan Kembar SUWhere stories live. Discover now