SELESAI menghantar kunjungan mereka bertiga hingga ke pintu, Frida bergerak menuju ke ruang tamu semula. Dia yakin, Luna masih berada di sana. Kalau bukan sedang duduk, pasti sedang membuang pandang ke luar jendela. Seperti selalu. Dan ya, tekaan Frida itu benar belaka.
"Bagitahu saya, apa yang awak dapat." Ujar Luna, namun tidak berpaling. Rasanya, bunyi-bunyi aktiviti yang dilakukan oleh manusia-manusia di bawah sana lebih menarik.
"Ada sesuatu dalam diri Zen," jawab Frida seakan-akan mengerti maksud kata-kata Luna itu. Luna menganggukkan kepala.
Sudah dia agak. Pertemuannya dengan seorang budak yang langsung tidak terkesan dengan kuasanya tidak akan berakhir begitu sahaja. Pasti akan ada kesinambungan daripada pertembungan mereka ini. Buktinya, Frida sendiri dapat menghidunya dalam diri Zen. Benda itulah yang mempertemukan mereka berdua bersebab.
Sedang masing-masing tenggelam dalam dunia mereka sendiri, sesuatu yang berbau seperti asap memasuki rongga hidung Frida. Bukan Frida sahaja, Luna bahkan turut terhidunya. Serentak, dua pasang mata bertemu.
“Awak tahu mereka ada di mana?” tanya Luna, mulai bimbang. Hari sudah hampir gelap. Memang sesuai untuk makhluk-makhluk itu berkeliaran di luar.
SEMENTARA menunggu Damien membuat pesanan di kaunter sana, Armel mengambil peluang ini untuk mengambil gambar. Perempuan, pantang nampak latar belakang yang menarik sikit, terus ambil gambar. Kalau bukan disebabkan latar belakang, pasti disebabkan kaum perempuan terlalu yakin bahawa mereka kelihatan cantik pada hari itu.
Setelah puas, Armel bercadang untuk memeriksanya pula. Gambar pertama sehingga kelima masih berada di tahap yang memuaskan. Namun, masuk gambar ke-enam dan seterusnya, hasilnya sedikit sebanyak mengecewakan Armel. Semua gambar-gambar tersebut kelihatan kabur. Tidak cukup dengan itu, kelihatan bayangan hitam menutupi hampir keseluruhan kamera.
Armel garu kepala. Elok je aku ambil gambar tadi. Takde pula tangan aku tersinggah dekat mana-mana bahagian kamera. Akibat tidak puas hati, Armel mencuba lagi. Apabila dia memeriksa hasilnya, pun sama. Kabur dan bayangan hitam itu muncul lagi.
"Eh, Cik Frida?”
Laju Armel mendongak memandang Damien di sebelah sebelum pandangan dialihkan ke arah hadapan meja mereka. Memang benar, Frida kini berdiri di hadapan mereka. Damien terlebih dahulu meletakkan dulang makanan sebelum datang menghampiri Frida.
"Cik buat apa dekat sini? Cik pun nak makan?" tanya Damien ingin tahu. Dirinya diserang kehairanan saat tersedar Frida seperti sedang mencari-cari sesuatu.
"Cik cari..."
"Tak ada apa-apa!" potong Frida.
“Saya pergi pesan makanan,” pamit Frida lalu segera ke kaunter. Serentak, Damien dan Armel berpandangan. Hairan melihat Frida yang nampak resah gelisah.TUBUH disandar rapat pada dinding. Sedaya-upaya Zen cuba mengawal pernafasannya agar tidak didengari oleh makhluk-makhluk ngeri yang sedang mengekorinya kini. Debaran di dada jelas terasa terlalu kencang. Siapa pun makhluk-makhluk itu, spesis apa pun mereka, Zen cuma mahu hidup. Dia cuma mahu selamat.
Siapa mereka? Bukan, siapa ia? Apa yang ia mahukan daripada aku?Sedang dia melayan teka-teki yang tiada titik noktahnya, Zen dikejutkan dengan kehadiran dua makhluk ngeri yang berdiri tidak jauh di arah kanannya. Zen semakin gelisah, takut dan gementar. Bagaimana kalau dia mati pada malam ini? Apa akan jadi dengan hidupnya?
YOU ARE READING
LADY LUNA (Complete)
Fantasy⚠️Sad ending alert 𝘝𝘢𝘯𝘲𝘶𝘪𝘴𝘩𝘦𝘳 𝘖𝘧 𝘚𝘰𝘶𝘭 Sangkanya, cinta yang dia ada selamanya akan menjadi miliknya. Sangkanya, bahagia yang dia rasa adalah untuk selamanya. Tidak sehingga semua itu punah begitu sahaja hanya kerana, Luna Adora adala...