BAB 43 AKHIRNYA

1.6K 67 3
                                    

"Sayang masih rasa nak muntah lagi ke? Kalau sayang tak larat, kita boleh balik kat rumah nanti." Ujar Hades sambil menepuk perlahan belakang isterinya.

"Saya ok je. Mungkin disebabkan pembawaan bayi kot. Jom lah kita tengok barang bayi kat sana. Saya dah excited ni." Ujar Cassablanca.

"Sayang, abang takkan benarkan kita pergi kalau sayang masih tak ok. Abang rasa kita patut balik rumah je dulu untuk bagi sayang rehat." Ujar Hades dengan perasaan risau.

"Saya ok lah abang. Nak beli barang bayi jugak! Kalau tak saya merajuk. Hmmm." Ujar Cassablanca sambil memuncungkan mulutnya.

"Lah dah makin manja pula isteri abang ni. Gigit kang nanti." Ujar Hades sambil mencubit perlahan pipi isterinya yang bulat itu.

"Saya nak pergi beli barang bayi juga pleaseeeee abanggggg." Ujar Cassablanca dengan merayu. Hades hanya mengeluh perlahan sahaja.

"Yelah-yelah. Sayang janji dengan abang dan make sure yang sayang betul-betul ok. Janji?" Ujar Hades.

"Ok janji abang!!! Sayang abang!!!" Ujar Cassablanca lalu menciumi pipi suaminya.

"Taknak pipi, nak mulut juga." Ujar Hades.

"Yelah-yelah ummmphhhahh" Cassablanca menciumi lama bibir suaminya. Tapi setelah dia memberi ciuman itu, dia seolah-olah tidak sedap hati. Tidak tahu mengapa.

Mereka menuju ke sebuah pusat beli-belah pakaian bayi. Di sana banyak peralatan bayi yang menjadi pilihan mereka.

"Wahhh!!! Banyaknya barang bayi!!! Jom pergi sana. Sana banyak pakaian cantik!!!!" Ujar Cassablanca dengan teruja. Hades hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah isterinya. Seolah-olah kanak-kanak riang.

"Sayang belilah berapa banyak yang sayang nak. Asalkan sayang bahagia." Ujar Hades sambil tersenyum.

Cassablanca memilih pakaian yang cantik untuk anak mereka nanti. Terdapat banyak pilihan di sana. Hades juga turut membantu isterinya memilih pakaian bayi.

Thoommmm!!!!

Terkejut semua orang dibuatmya setelah mendengar tembakan yang kuat itu. Hades segera melindungi isterinya akibat terkejut mendengar tembakan itu. Semua orang di sekeliling berlari dalam keadaan yang takut.

"Abang!!! Bunyi apa tu?!" Ujar Cassablanca dengan ketakutan.

"Sayang jangan risau, abang akan lindungi sayang. Tak kira apa yang berlaku sayang mesti sentiasa dengan abang ok?" Ujar Hades sambil memegang kedua-dua pipi isterinya. Cassablanca hanya mengangguk perlahan.

"Jangan bergerak!!! Anda ditahan!!! Sila angkat tangan sekarang!!!" Ada seorang askar yang sedang mengacukan senapang ke arah Hades. Hades yang terkejut itu mula menoleh belakang perlahan-lahan dan terdapat beberapa askar yang sedang mengelilingi ke arah mereka berdua.

"Dr Hades, sila lepaskan Dr Cassablanca sekarang!" Ujar askar itu dengan tegas.

"Apa yang korang nak dari aku?" Soal Hades dengan tenang.

"Anda didapati bersalah dalam kes pembunuhan bersiri. Sekarang ini anda diminta untuk serah diri. Sila berbuat demikian." Ujar askar itu sambil mengacukan senapang ke arahnya.

Terdapat beberapa doktor meluru ke arah Cassablanca dan memimpinnya ke tempat yang lebih selamat. Hades memandang sinis ke arah mereka. Semudah itu sekali mereka dapat menghidu perbuatannya selama ini.

Cassablanca yang mula cuak dan betul-betul tidak mengerti dengan apa yang sudah berlaku sekarang. Dia hanya mengikuti kosong sahaja langkah pasukan penyelamat itu.

"Sila angkat tangan sekarang!!!!" Jerit askar itu. Apabila beberapa pasukan askar mula mendekati ke arahnya perlahan-lahan, Hades segera mengeluarkan pistol dari poketnya dan tanpa membuang masa terus sahaja menembak pada bahagian jantungnya.

Terkejut semua orang dibuatnya, askar tersebut juga terkejut dengan tindakan drastik doktor itu kerana tidak sempat untuk berbuat apa-apa.

"Abang!!!!! Jangan tinggalkan Cici!!!" Jerit Cassablanca lalu berlari ke arah suaminya yang sudah berlumuran darah itu. Hades hanya nampu tersenyum melihat isterinya dan menyentuh pipinya perlahan.

"Ma... maafkan abang sayang..." Itulah kata-kata terakhir Hades lalu menghembuskan nafas terakhir.

"Abang!!!! Abang cakap abang janji taknak tinggalkan Cici!!! Abang bangun!!! Huarggghhh!!!" Cassablanca menangis seolah-olah tidak sedarkan diri. Baju bayi yang dipilih mereka habis berdarah pada tangan suaminya.

Pasukan penyelamat yang lain mula mendekati ke arah Cassablanca dan menenangkannya. Sekejap itu sahaja pengakhiran mereka. Mayat Hades turut diuruskan oleh ahli forensik yang lain.

══════════════════════════════

"Tuan, suspek gagal untuk diselamatkan dan didapati mati akibat bunuh diri." Ujar anak buahnya.

"Baiklah, bawa mayatnya untuk dibuat siasatan lanjut dan pastikan Dr Cassablanca ada di balai untuk memberi keterangan." Ujar Inspektor Gabriel.

"Baik tuan" Ujar anak buahnya lalu beredar dari situ.

Setelah itu, Inspektor Gabriel menuju ke arah bilik siasatan mangsa. Gabriel menatap wajah Dr Cassablanca yang seolah-olah murung dengan dirinya. Perutnya juga membesar dan diyakini bahawa dia sedang mengandung. Inspektor Gabriel duduk dihadapannya.

"Dr, adakah ini anak Dr Hades?" Soal Inspektor tersebut. Cassablanca hanya mengangguk perlahan.

"Baiklah kalau macamtu, boleh Dr bagi kami beberapa keterangan mengenai suspek untuk membantu siasatan kami? Sewaktu menjalani siasatan, kami mendapati bahawa Dr Hades telah menjalankan kes jenayah dengan membunuh beberapa pesakitnya. Dia juga turut menjalankan eksperimen yang telah melanggar undang-undang negara. Dia juga turut terlibat dengan sindiket penyeludupan bom nuklear di negara lain. Boleh Dr terangkan kami maklumat selanjutnya?" Ujar Inspektor tersebut.

Cassablanca menatap wajah inspektor itu, dia juga seolah-oleh mati kata dan tidak tahu mahu berbuat apa. Sepatutnya dia harus merasa gembira melepasi cengkaman dari Hades. Tapi mengapa dia sangat menderita selepas kehilangan Hades?

"Sa..saya..di...diculik...

𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 3: 𝑪𝑨𝑺𝑺𝑨𝑩𝑳𝑨𝑵𝑪𝑨 (COMPLETE)Where stories live. Discover now