CHAPTER 1

9 3 10
                                    

"Seriuslah Am..."

Beg di tangan dan wajah Ammar yang mengangguk-angguk  bersama senyuman, aku pandang silih ganti.

"Am..kau gurau je kan?"

Ammar menggulingkan mata ke atas.

"Tak Za sayang, nah pakai. Sesuai apa dengan Za," 

"Haha..." Aku hanya mampu tertawa hambar ketika Ammar menyarungkan beg mengerikan itu  pada aku.

Yeap. Beg mengerikan kerana warna kuning menyala ditambah dengan animasi Upin Ipin sebagai penambah seri lah kononnya. Lebih tepat beg budak tujuh tahun.

Bagaikan kerbau dicucuk hidung, aku hanya pasrah saat Ammar menolak tubuh aku sehingga ke luar rumah, ke tepi kereta Alphard berwarna hitam milik arwah abah.

"Have a nice day Za," ucap Ammar lalu menutup pintu kereta.

Senyuman ikhlas Ammar itu malah terlihat seperti ejekan di mata aku.

Ting!

Notifikasi menandakan mesej masuk membuatkan aku menyeluk poket kemeja. Mesej dari Ammar yang mengucapkan 'Goodluck' buatkan asap mulai keluar dari kepala.

Aku rasa nak jerit sekuat hati untuk lepaskan geram tapi mengingatkan pemandu kereta a.k.a Pak Tam yang menghidap sakit jantung, aku tahan niat dulu.

Untuk korang yang masih tak faham situasi sebenar, bagi aku lima detik untuk kawal diri.

Antara perkenalkan diri atau cakap pasal Ammar, aku pilih nombor dua. Ini juga untuk mengelakkan diri kau orang jatuh hati pada  pada muka kacak dia.

Untuk pengetahuan semua, Raja Ammar Zarif Bin Raja Zahirul adalah abang tunggal aku.

Tentang beg Upin Ipin yang aku pakai ni, berpunca dari kejadian malam semalam di mana aku dan Ammar one by one main permainan video yang disebut PUBG. Sebab aku kalah, jadi aku kena pakai beg-urgh aku nak memaki tapi macam menghina hasil karya anak Malaysia pula.

Tak, tak. Ini salah Ammar yang perangai macam animal. Umur 27 dengan pekerjaan doktor tak sesuai dengan dia siot. Tapi aku fikir positif dia sepi memandangkan dia tak ada awek.

Lagi satu, arwah abah dah lama pergi. Mama pula tak tinggal dengan kita orang. Mama kerja di luar negara. Aku tak tahu kisah tentang keluarga aku ni klise atau tak. Tapi itulah yang jadi.

Aku rasa sebab kekurangan kasih sayang, aku dan Ammar selalu buat benda bodoh sama-sama untuk hiburkan diri masing-masing. Ya, hanya rumah mampu buat aku ketawa senang. Sebab kat sekolah aku tak ada kawan (gelak sambil lap air mata)

"CIK IMAN!"

"Ye Pak Tam?!"

Badan spontan menegak.

"Kita dah sampai dah, Cik Iman tak nak turun ke?"

"Ah nak turun dah," Aku laju menolak pintu kereta lalu keluar. Lupa seketika tentang beg yang Ammar bagi.

Baru nak tutup, aku panjangkan kepala ke dalam perut kereta semula.

"Er...Pak Tam tinggikan suara ke tadi?" Aku meminta kepastian.

Pak Tam memusingkan tubuh sedikit memandang aku. Dia tersengih menampakkan barisan gigi tanpa kacip.

"Dah Cik Iman tak dengar Pak Tam kuatkan lah sikit. Hehe,"

"Hehe," bagai dipukau aku turut tersengih. Pesona gigi Pak Tam kiranya.

Usai menutup rapat pintu kereta, aku memusing tubuh menghadap bangunan-bangunan yang seperti saling bersambung.

YUJOWhere stories live. Discover now