7

600 29 0
                                    

"Assalamualaikum" Falliq memberi salam . Seisi kelas membalas salam . Farha cepat cepat menyeka air matanya .

"Macam yang awak semua tahu , saya dah amanahkan pada Najihah untuk sampaikan pada semua orang tentang assignment yang saya nak awak semua hantar hari ni . So , how?" Tanya Falliq .

Semua menghantar folio tersebut pada Falliq kecuali myra .

"Not enough . Where's one more?" Tanya Falliq senada . "Uhm , s-saya tak hantar sir" Myra mengangkat tangan .

"Why ? Where is your folio?" Tanya Falliq . "Saya tak dapat apa apa maklumat pun untuk buat folio ni ." Kata Myra dengan muka kesiannya .

Mata Falliq beralih kepada Farha . Farha terus bangun untuk menjelaskan . "Sir , saya dah buat tugas saya untuk sampai kan pada semua orang masa sir tak datang . Bukti ? Bukti nya , tengok 99% percent hantar ." Jelas Farha cemas .

"So , how  that girl did not get the information ? Where did you go masa saya tak datang ?" Tanya Falliq serious . Dia bab bab menipu ni tak boleh . He really hates liar

"I was absent that day ." Balas Myra gelisah . "I don't care lah you tak datang ke , you datang ke ! But you must to finish my work ! Najihah ." Tengking Falliq . Myra ketakutan .

"Y-yes sir?" Tanya Farha ."Cut her mark , 5 percent ." Arah Falliq dingin . Falliq terus menyambung sesi mengajarnya .

-----------------------------------------------------------

Pejam celik - pejam celik , hari ni . Hari yang paling bersejarah didalam hidup Farha . Harini disaksikan ibu nya , dia bakal sah menjadi isteri kepada Tengku Falliq Zaqwan .

"Far... Dah ready ?" Tanya Puan Fazilah . Farha mengangguk . Walaupun dalam hati dah berdebar debar . Puan Fazilah memaut tangan Farha masuk kedalam masjid Sri Sendayan .

Semua mata tertumpu kearah Farha . Farha mencari susuk tubuh Falliq . Dia segak dengan pakaian baju melayu putih .

Farha tersenyum sedikit melihat kekacakan bakal suaminya .

"Tak usah dipandang lama lama . Sekejap lagi jadi milik kau jugee" Usik Fareez . Ya , Fareez yang menjadi walinya disebabkan bapanya sudah tiada .

"Sedia?" Falliq mengangguk .

"Aku nikahkan dikau dengan adikku Nur Farhatul Najihah Binti  Fahmi Adlan dengan mas kahwinnya 2000 ringgit bersama senaskhah alquran , tunai"

"Aku terima nikahnya , Nur Farhatul Najihah Binti Fahmi Adlan dengan mas kahwinnya 2000 ringgit bersama senaskhah alquran tunai"

"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"

"Alhamdulillah .." Fareez membaca doa . Dengan sekali lafaz , Farha sah menjadi isteri kepada Falliq Zaqwan . Sambil menadah tangan Farha mengalirkan air mata sedih .

'Kalau abi ada , mesti dia gembira' Getus hati Farha . Dia teramat merindukan ayahnya .

Sekarang tiba masanya Falliq menyarungkan cincin kepada Farha serta menangkap gambar .

Hati Farha berdebar kencang apabila Falliq semakin menghampirinya .

Falliq mengambil cincin namun , Farha tidak menghulurkan tangannya .

"Far , tangan" Tegur Puan Fazilah . Farha tersentak dari lamunan lalu menghulurkan tangan . Dengan penuh lemah lembut , Falliq menyarungkan cincin tersebut dijari Farha .

Farha menyalam tangan Falliq buat pertama kali . Rasa macam kena renjatan elektrik . Falliq membisikkan sesuatu pada Farha .

"Don't make me disappointed , isteri" Bisik Falliq . Farha terkedu .

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now