36

471 25 5
                                    

Farhan cukup memberi makan dan minum Raizatul. Dia masih menunggu bosnya untuk memberi arahan. Takkan nak biar perempuan ni kat sini sampai bila bila?

Dimalam hari Falliq menelefon Farhan untuk menyambut kedatangannya. Kali ini dia datang bersama isterinya. Dia sudah menceritakan segalanya.

Walaupun pada mulanya Farha agak kecewa namun, Farha yakin suaminya tidak akan melakukan perkara yang buruk.

"Abang" Panggil Farha. "Ye sayang?" Tanya Falliq sambil menyarung baju. "Kita naik apa?" Tanya Farha. Teringin nak naik motor besar tu.

"Kereta lah" balas Falliq. "Naik motor jom, Najihah teringinn sangat nak naik motor besar abang tu" Pujuk Farha. Falliq tergelak kecil. "Ha yelah, jom" Kata Falliq. Layan kan jelah budak ni.

Falliq memakaikan topi keledar pada kepala isterinya memandangkan Farha tidak reti. "Peluk abang ketat ketat" Pesan Falliq. "Abang jangan nak bawak macam orang tak betul ye. Saya bawak anak abang ni" Tegas Farha. Takut jugak di bawaknya laju. Mau terberanak kat atas motor nanti. Falliq gelak besar. "Alahai, takkan la cik abang sayang ni nak bawak laju laju kalau ada buah hati kat belakang" Balas Falliq dengan sisa gelaknya.

Sampai dimarkas, semua anak buahnya sudah siap beratur. Falliq menurunkan isterinya dari motor besarnya lalu dibuka topi keledar dikepala Farha. Tudung yang terselak sedikit dibahu dibetulkan Falliq. Falliq juga membuka topi keledarnya.

Semua anak buahnya menunduk hormat. "Selamat datang Puan" Sapa semua anak buahnya serentak. Farha senyum awkward. Ramai nya lelaki. Memang semua lelaki pun.

"Farhan" Panggil Falliq. Farhan mara kehadapan. "Ye bos" Farhan menyahut. "How?" Tanya Falliq. "Everything's good" Balas Farhan tanpa secalit senyuman.

Scary. Semua tak reti senyum ke macam mana ni? Mereka berjalan masuk. "Abang" Bisik Farha. Falliq berhenti lali menunduk sedikit bagi mendengar bisikan isterinya. "Kenapa semua tak senyum? Takut lah" Tanya Farha perlahan. Padahal orang orang itu bawahan Falliq. Buat apa nak bisik?

Falliq tergelak kecil. "Korang ni senyum la sikit" Kata Falliq dengan sisa gelaknya. Semua agak pelik. Tak pernah bosnya gelak ke senyum ke depan dorang.

Semua anak buahnya mengukir senyuman manis. Ingat tak boleh senyum. Tahan senyum je. Comel betul isteri bos.

"Abang nak bawak Najihah jumpa seorang ni" Kata Falliq teruja. Tak sabar. "Siapa?" Tanya Farha. Dia kenal ke?

Bukak sahaja pintu, Farha terkejut. Terbeliak biji matanya. "A-Apani bang?" Tanya Farha. "Sayang ingat abang nak diam je ke bila dia hantar benda tu kat kita" Kata Falliq sinis. Falliq menarik tangan Farha supaya mendekat lagi.

"Bukak mulut dia" Arah Falliq. "Fa-Farha.. Maafkan I please" Rayu Raizatul. Terdapat balutan dipeha wanita itu. Farha terkelu.

"Selagi bini aku tak maafkan kau, selagi tu kau akan ada dalam ni" Masih teringat kata kata Falliq. Dia dah penat duduk dalam tempat begini.

"Farha I- I sanggup melutut depan you. Please maafkan I. Sumpah I menyesal gila. I dah dapat balasan. I- I khilaf Far.. I terpesong.. I- I banyak dosa dekat family you. I mintak maaf.." Rayu Raizatul ikhlas dengan mata yang sudah mengeluarkan air mata. Dia memang dah sedar salahnya. Farhan sudah banyak menyedarkan dirinya.

Farha datang dekat lagi lalu memegang hujung peha Raizatul. "I already told you. Saya sentiasa maafkan miss. Orang jahat tak selamanya jahat, kan? Past is past. Miss janji dengan saya, boleh?" Farha berkata dengan nada yang tenang.

Raizatul mengangguk laju. Air mata yang jatuh dibiarkan dek kerana tangannya diikat. "Miss jangan ulang apa yang miss buat sekarang. Lagi ramai lelaki kat luar sana. Kenapa nak ambik suami orang juga kan? Saya minta maaf kalau miss rasa saya rampas suami saya dari miss. Tapi saya pun tak tahu yang Falliq ada hubungan dengan miss sebelum kahwin. Miss keluar je dari sini, please jangan muncul depan saya lagi? Saya bukan benci miss, tapi saya tak boleh. Miss faham kan? Saya tengok je miss saya teringat benda yang dah lepas. Saya takut saya tak dapat lawan apa yang dalam diri saya ni. Saya harap sangat miss betul betul berubah. Kalau nanti saya dah betul betul lepaskan apa yang miss pernah buat dulu, InshaAllah saya sendiri yang jenguk miss. Saya doakan miss dapat jodoh yang jauh lebih baik daripada suami saya" Kata Farha lembut. Dia tidak mahu mengasari Raizatul. Walaupun dalam hatinya syaitan sudah membisikkan kejahatan supaya dihapuskan sahaja wanita itu.

Mr's FalliqDonde viven las historias. Descúbrelo ahora