OOO

9.8K 874 80
                                    

Blouse pastel, skirt pejabat, komputer, ipad, teh dan biskut. Mungkin kau dah boleh teka apa aku sebenarnya.

Kaki aku pantas melangkah, menghasilkan bunyi click click click yang kuat daripada kasut tumit tinggi yang tersarung, mengikuti Doyoung dari belakang sambil tangan aku memegang sebuah iPad. Jari telunjuk ditekan pada permukaan skrin alatan canggih itu beberapa kali untuk mendapatkan jadual yang telah aku sediakan pada minggu lepas.

"Lepas ni Encik Kim ada meeting dengan wakil dari JY Group berkenaan dengan saham syarikat, lunch dengan pengerusi, lawat kawasan binaan projek dan.. ah, sampai situ sahaja untuk hari ini." Mata aku beralih ke hadapan semula dan aku menangkapnya mengerling aku yang kini berada di sebelahnya.

"Lunch dengan pengerusi?"

"Ya, Encik Kim."

Dia mengangguk. "Okey." Langkah aku terhenti setelah tiba di meja aku dan Doyoung memasuki pejabat miliknya. iPad aku letakkan di atas meja sambil memerhatikannya di dalam melalui dinding kaca yang berbentuk empat segi sama yang memanjang ke bawah sebelum berpura-pura menyusun fail apabila dia memandang ke arah aku. Selepas memastikan perhatiannya tidak lagi pada aku, aku terus duduk dan membuka komputer.

Aku, Kang Sohee dan aku berkhidmat untuk ceo yang termuda pernah aku jumpa setakat ini.

Dan mungkin juga, yang terkacak.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now