O18

2.8K 384 159
                                    

Khamis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khamis.

"Sohee-ah! Sabtu nanti datang rumah aku nak tak? Omma kata dia nak datang jadi ada masakan sedap-sedap." Mina peluk lengan aku sambil berjalan menuju ke lif selepas balik dari makan tengah hari di luar.

"Sabtu ni?"

"Iya! Kau free ke?"

Tapi aku ada ajak Doyoung datang rumah..

"Siang atau malam?"

"Seharian pun boleh."

"Kalau macam tu aku datang siang sebab ada hal lain lepas tu," jawab aku sambil menekan tingkat kerja Mina dan kemudiannya aku.

"Doyoung ke?" usiknya. Aku menjengil mata kepadanya supaya memperlahankan suara dan dia mencebik.

Semenjak dia tahu hubungan aku dengan Doyoung, selalu juga dia mengusik aku memandangkan dia sudah lihat aku bagaimana ketika menyukai lelaki itu sejak zaman persekolahan lagi.

"Baru nak ajak kau tidur sekali. Sad emoticon."

Aku pandang dia pelik. Sejak bila dia begini. Dia keluar sambil lambai aku bila lif berhenti di tingkatnya dan aku membalas sebelum pintu lif tutup. Selepas keluar dari dalam lif, aku melalui meja Yerim dan dia menghentikan aku. Aku menjongket kening kepadanya.

"Tadi ada beberapa lelaki masuk dalam pejabat Encik Kim."

Huh cepatnya Doyoung balik daripada rehat.

"Ada apa?"

"Tak tahu tapi reaksi mereka macam gembira."

Apa benda ya?

Aku biarkan soalan itu tak berjawab dan duduk di tempat aku lalu siapkan kerja yang masih berlambak. Banyak kerja pula hari ni.

20 minit posisi aku tidak berubah sebelum pintu pejabat Doyoung terbuka. Disebabkan kebiasaan, aku berdiri sebagai tanda hormat dan apa yang aku nampak sebaik saja melihat lelaki-lelaki tersebut ialah, Taeyong dan Jaehyun. Mata aku melebar melihat mereka kerana kali terakhir aku nampak mereka adalah tujuh bulan yang lepas. Wah, begitu lama.

"Oh, Sohee! Gembira dapat jumpa kau," sapa Jaehyun dengan senyumannya yang menampakkan lesung pipit.

"Saya pun." Aku membalas senyumannya.

"Aku tak sangka kau masih bekerja dengan Doyoung. Selama ni setiausaha dia asyik bertukar setiap dua bulan," ujar Taeyong yang tersenyum kecil.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now