30

955 86 0
                                    

Luna bangun awal menyiapkan sarapan untuknya dan Edward. Suasana pagi itu sungguh kacau bilau. Hal ini kerana Luna sukar untuk menyesuaikan dirinya dengan dapur kayu. Mengambil masa lebih 3 jam untuk Luna menggunakan dapur kayu itu.

Bunyi bising dari tingkat bawah mengganggu lena Edward. Dia bangkit dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah siap berkemas, Edward turun ke bawah. Bauan haruman roti yang siap dibakar bermain-main di sekitar hidungnya.

Edward menjenguk di ruangan makan. Kelihatan Luna yang sedang sibuk menghidangkan sarapan pagi untuk mereka berdua. Terbit satu senyuman di bibir Edward.

" Hai..Selamat pagi.." sapa Luna apabila melihat Edward tegak berdiri tidak jauh darinya.

" Selamat pagi.." Edward kemudian duduk di meja makan. Matanya bersinar melihat hidangan sarapan pagi di hadapannya.

" Awak buat semua ni?" soal Edward. Matanya lurus menatap sup cendawan yang mengeluarkan wap.

" Yups... Kenapa?" Luna mengambil tempat bertentangan dengan Edward.

Edward tertawa kecil. Tanpa banyak soal, dia kemudian mengambil potongan roti lalu dimakan bersama dengan sup cendawan tersebut. Terangkat kening Edward sebaik sahaja makanan itu menyentuh deria rasanya.

" Tak sedap?" soal Luna apabila melihat Edward terdiam seketika.

" Sedap." jawab Edward sepatah lalu kembali makan.

Luna senyum kecil. Sudah semestinya sedap kerana selama ini dia masak sendiri untuk mengisi perutnya. Lagipun masak sendiri di rumah teramatlah jimat daripada makan diluar.

" Ini kali pertama saya sarapan di rumah." ujar Edward sambil mengelap sisa sup cendawan di bibirnya.

" Jadi selama ni awak makan di luar?"

" Ya."

" Wah! Banyak betul duit awak.." ujar Luna tidak percaya.

" Saya... Tak suka makan sendiri.. Itu membuatkan saya rasa sunyi... Saya tak sukakan itu..." jelas Edward sambil tersenyum tipis.

Luna terdiam. Rasa bersalah menyelubungi diri apabila melihat wajah Edward. Biarpun bibir itu tersenyum namun raut wajahnya terlihat menyedihkan.

" Hari ni awak tak kerja?" soal Luna menyingkirkan suasana sepi antara mereka.

" Ermm... Hari ni saya nak keluar sekejap.. Ada hal.. Jadi awak jagalah rumah... Makan tengah hari nanti awak masak..."

" Baiklah tuan.. Selamat bekerja.."

" Saya pergi dulu."

Edward segera bangkit dari duduknya lalu bergerak menuju ke pintu rumah. Luna hanya menghantar bayangan Edward dengan ekor matanya. Lagipun dia bukannya ditugaskan untuk melayani Edward. Dia hanya ditugaskan untuk menjaga rumah ini dan masak makanan untuk Edwrad.

" Hmmm... Kita nak buat apa eh? Cuci pakaian? Bersih-bersih?" omel Luna menyandarkan tubuhnya di kerusi.

" Well.... Whatever... Nanti-nantilah fikir.." Luna bangun lalu membersihkan meja makan dan menuju ke dapur.

~~~~

" Persiapan perkawinan putera mahkota akan diadakan di dewan utama istana. Aku dah masukkan orang-orang kita di sana. Sekarang, kita hanya menunggu masa yang sesuai."

" Kau masih nak teruskan rancangan ni?" soal Lazarus.

" Kenapa kau tanya?"

" Tak adalah... Saja tanya... Aku dengar dari anak buah aku yang kau rapat dengan seorang anak bangsawan-"

" Kau intip aku?" soal Edward. Matanya tajam menatap wajah Lazarus.

Lazarus senyum sinis. Dia menyilang tangannya di dada.

" Kenapa nak sembunyikannya?"

" Itu hal aku... Urus saja hal kau.."

" HAHAHAHAHA! Baiklah, baiklah...." Lazarus ketawa geli hati melihat wajah tegang Edward.

" Aku cuma nak berhati-hati.... Aku tak nak sebab hal kau tu...Rancangan kita selama 500 tahun ini hancur dan sia-sia..." ujar Lazarus dingin.

" Ingat Edward... Usaha kita selama ini... Jangan disebabkan perempuan itu semuanya hancur... Kau tahu aku sanggup buat apa sahaja asalkan rancangan kita berjalan lancar.." mata merah Lazarus tajam menatap wajah Edward.

" Aku tahu... Kau jangan risau... Bukan kau seorang sahaja yang mendampakan kehancuran Friesland dan Ardmore.."

" Aku pegang kata-kata kau, Edward." Lazarus senyum sinis.

Edward kemudian bangkit lalu meninggalkan bilik pejabat Lazarus. Sebaik sahaja dia membuka pintu, Edward kini berada tepat di hadapan pintu pagar rumah agamnya. Nafas berat dihela perlahan. Pertama kali baginya bermalam di rumah ini setelah kematian ahli keluarganya juga pertama kali baginya melihat matahari terbit di jendala rumah ini.

Sejak kematian ahli keluarganya, Edward tidak tinggal di rumah ini. Sebaliknya dia berkeliaran di luar dan menetap di hotel. Suasana sunyi rumah itu menyebabkan Edwrad tidak betah tinggal di rumahnya sendiri. Dia tahu dirinya bersendirian di dunia ini namun dia bencikan suasana sepi itu kerana suasana itu bagaikan pisau yang membunuhnya perlahan-lahan.

" Awak dah balik!"

Edward tersentak mendengar suara lunak Luna. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah Luna.

Senyuman Luna yang tertumpu ke arahnya bagaikan sinaran matahari yang menghangatkan hatinya yang beku.

" Ya. Saya dah pulang."

" Jumlah masuk.. Saya ada masak makan tengah hari awak..." Luna bersemangat menarik lengan Edwrad mengikutinya. Tidak sabar ingin menunjukkan Edward kemampuan memasaknya kepada Edward.

Edward hanya diam mengikut langkah kaki Luna. Matanya terarah pada bakul yang dipenuhi kain cucian Luna.

" Awak basuh kain-kain itu?" soal Edward.

" Ouh ya.. Saya baru balik dari jemur pakaian tadi... Walaupun penat tapi saya menikmati suasana di belakang rumah awak.. Sangat tenang dan damai... Rupanya begini cara hidup orang dahulu kala..." ujar Luna dengan nada cerianya.

Suasana makan tengah hari itu dipenuhi dengan gelak tawa Luna. Dia bersungguh-sungguh bercerita kepada Edward tentang hari pertamanya tinggal di rumah Edward.

Edward pula senyum senang melihat Luna yang bersemangat dan tersenyum gembira. Entah kenapa dia merasakan ingin begini selamanya bersama dengan Luna.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now