✦ ; 004.

30 10 7
                                    

•••••

disebabkan rasa tidak sedap hati yang masih bersarang di dalam hati, helena memutuskan mahu ke syarikat milik ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

disebabkan rasa tidak sedap hati yang masih bersarang di dalam hati, helena memutuskan mahu ke syarikat milik ayahnya.

dia melihat, beberapa buah ambulans yang terparkir berdekatan. terdapat juga kereta polis yang terpakir. helena semakin tidak sedap hati.

segera dipercepatkan langkah masuk ke dalam syarikat itu. masuk-masuk sahaja, alangkah terkejutnya dia melihat mayat-mayat bergelimpangan yang terbaring. mahupun sudah ditutup dengan plastik hitam, itu sudah cukup membuatkan gadis itu terperanjat besar.

beberapa orang polis sepertinya sedang membincangkan perkara serius. muka masing-masing tegang.

firasat buruk mula bersarang. lif dituju dan ditekan punatnya. helena menunggu dengan penuh sabar sambil cuba menghilangkan rasa resahnya.

sampai sahaja di tingkat di mana pejabat papanya, dia melangkah terus ke situ.

jantungnya seakan mahu terhenti tatkala mata menyapa seseorang yang sedang terbaring itu. seakan tidak percaya. dia mengorak langkah perlahan masuk ke ruangan pejabat. bibirnya bergetar. tubir mata mulai memanas.

mulut ditekup kerana terlalu terkejut. helena melutut di tepi seseorang yang sedang terbaring itu.

wajah tuan seokjung yang pucat itu ditenung lama. puas menahan, akhirnya mutiara jernih miliknya jatuh mencurah pipi. wajah tuan seokjung dipegang.

" p-papa.. hely datang ni. papa, bangun la p-please? hely kat sini ". bergetar suaranya dikeluarkan. hatinya sakit melihat tuan seokjung yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

tidak dihiraukan pihak polis yang sedang melihatnya di situ. mereka hanya membiarkan.

" papa... papa please jangan pegi dulu. dah nak sampai. papa! ". teresak-esak helena di situ menanti balasan tuan seokjung namun hampa.

digoncang-goncang tubuh tuan seokjung. " papa, bangun.. tolong la.. ". rayu helena dengan esakan yang belum reda.

dia penat. beberapa kali dia mencuba tetapi sia-sia. gadis itu memandang sayu mayat tuan seokjung yang ditutupi plastik hitam.

penglihatan mulai kabur. perkara terakhir yang dilihat ialah polis yang segera menghampirinya sebelum pandangannya berubah gelap.

 perkara terakhir yang dilihat ialah polis yang segera menghampirinya sebelum pandangannya berubah gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

lamanya tak update, kesian yang mana tunggu tuu sorry la kita pun jarang bukak natang oreng ni tapi gatal tangan nak tulis fanfic TT

his love, taehyun.Where stories live. Discover now