UMAR X NAURA [ BAB 23 ]

2K 114 6
                                    

Kepala yang dari tadi tidak berhenti berdenyut-denyut dipicit berulang kali.Namun, tetap sama.Sakitnya tidak sedikit pun berkurang.Malah, berdenyut lebih hebat berbanding yang sebelumnya.Bibir mungilnya berdesis.

Dan tak kurang dari itu,tangan kanan menekan-nekan perut yang tidak selesa.Seperti ingin mengeluarkan sesuatu.Tangan itu mula bergerak menekup mulut kerana tekaknya yang sudah terasa loya.Risau kalau-kalau dia tidak sengaja mengeluarkan segala isi perutnya di situ.

"Aku dah kenapa pulak ni ? Rasa pening semacam je." Dahinya sudah berkerut-kerut.

Tidak mengambil masa yang lama,reaksi Naura terus berubah bagai sedang memikirkan sesuatu.Setelah tersedar, bibirnya menguntumkan senyuman yang lebar.Dia tahu maksud di sebalik "kesakitan" yang dia sedang alami sekarang ini.Tapi, dia perlu memastikan dahulu bahawa tekaannya itu memang tepat ataupun hanya sekadar perasaannya sahaja.

Dalam masa yang sama, pintu biliknya diketuk dari luar sebelum terpampang wajah berseri kawan baiknya itu,Umairah.Seri ibu mengandung lah katakan.Umairah menayangkan senyuman mengerikan.

"Kenapa kau tak datang kerja semalam ? Betul-betul cuti sakit ke atau benda lain ni,hmm ?" Umairah mula menyakat kawan baiknya.Bukan dia tak tahu,mesti ada sesuatu yang jadi di antara Naura dengan Umar.Semalam waktu dia call dengan Dato' Faizal,katanya Umar tak datang kerja semalam dan tak tahu sebab apa.Menghilang macam tu je.

Apa yang buat dia lagi tertarik bila dia dapat tahu yang Naura jugak sebenarnya tak datang kerja sebab cuti sakit.Setahu dia,selama Naura kerja di hospital ni,jarang-jarang Naura nak ambil cuti.Boleh dikatakan tak pernah.Rasanya ini kali pertama.

"Takda apa lah kau ni.Betul lah memang aku cuti sakit." Naura menafikan apa yang dikatakan oleh Umairah.Dia tahu Umairah syak kan sesuatu.Naura hanya tersenyum kelat.Malas melayan dan tak berdaya nak mengeluarkan suara.Sakitnya masih belum pulih.

Menyedari wajah Naura yang pucat menghadirkan kerisauan dalam diri Umairah.

'Kawan aku ni memang betul-betul sakit ke ?'

"Weh kau ni memang betul-betul sakit ke ? Kenapa pucat semacam je muka kau ni ? Kau okay tak ?" Jelas nada kerisauan.

"Taktau lah,Umai.Kepala aku pening sangat dari tadi.Tekak aku pun dah loya-loya ni.Tunggu masa je dia nak keluarkan segala isi perut ni ha."

Umairah yang seperti memahami sesuatu mula tersenyum lebar.Mereka saling membalas pandangan.

"Aku tahu kau pikir apa,Umai.Kita pikir benda yang sama sekarang ni." Bibir menguntumkan senyuman senget.

"Habistu,kau dah check ke belum ? Positif ke negatif ?" Soal Umairah dengan teruja.Tak sabar dah ni dia nak tengok Umar dan Naura junior.

"Belum lagi.Nanti lah balik rumah kejap lagi.Alang-alang tu kalau katakan memang betul lah positif,boleh lah aku surprise kan untuk Umar sekali." Dia tersenyum lebar.Sebenarnya dia jugak tak sabar nak tahu sama ada keputusannya positif ataupun negatif.Dah lama dia tunggu saat ni.Hasil perkahwinannya dengan Umar.

Hasil perkahwinannya dengan Umar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now