Laura

15 0 0
                                    

Bila seseorang tanya aku, "banyak-banyak nombor dalam dunia ni, nombor berapa yang kau paling suka?" Aku akan jawab, semestinya nombor 1.

'Cause I'm tired being someone's number 2.

Next to best. The side character. The second choice.

Funny, aku selalu merasakan hal seperti itu bila aku dengan sesiapapun; baik dengan adik aku, kawan-kawan baik aku, termasuk keluarga aku sendiri. The perks of being second-born.

Maybe I just... have never been enough.

'Cause I'm always stand on someone's shadow.





.



"Welcome to Limerence Cafe Bar. Order apa?" Soalku ramah sebaik saja seorang pelanggan lelaki dan perempuan menghampiri kaunter pesanan. Masing-masing berbaju matching berwarna putih dan hijau sage. Pasangan kekasih agaknya.

Hmm... How I wish it would be me and him. I mean my crush.

Aku hanya menanti sambil tersenyum sementara menunggu mereka berdua siap untuk memesan menu.

Hari ini macam biasa aku bekerja part time sebagai barista di Limerence Cafe Bar. Cafe kepunyaan makcik sebelah ibu aku. Awal-awal lagi mama sudah merecommendkan aku bekerja di cafe milik kakaknya itu sementara aku tengah cuti semester. Daripada aku terperap dalam bilik, menghabiskan masa membaca novel-novel cinta yang tak berkesudahan, baik aku bekerja. Itu yang mama kata. Jadi aku pun terus setuju. Lagipun aku memang rapat dengan Mak Cik Halimah aku tu. Tambah-tambah lagi bila aku kerja kat situ aku dapat la nikmati puas-puas makanan manis yang aku suka.

Well, I have a sweet tooth.

"Kitorang nak pure strawberry banana milk and red velvet cake ni. Awak? Yang biasa?" Jawab pelanggan perempuan itu sambil tersenyum semula. Soalan turut ditujukan kepada lelaki di sebelahnya itu.

"Ya, sayang. Ice americano." Jawab si lelaki itu, sempat dihadiahkannya sebuah senyuman dengan kekasih hatinya itu.

Aku mengangguk lalu menyebut semula nama-nama menu yang dipesan tadi. Takut-takut kalau ada yang tersalah pesan. Selepas yakin dengan pesanan itu, aku memberitahu berapa jumlah semuanya. Lelaki itu terus memberikan sekeping wang RM50 kepadaku. Aku segera menyambutnya lalu mengembalikan kembalikan wangnya.

"Laura? Laura kan?" Soalnya kepadaku membuatkan aku mendongak memandangkan dia agak tinggi. Aku mengerutkan dahiku. Dia kenal aku? Tapi apasal aku tak cam pula mukanya. Namun, aku tetap mengangguk. Mengiyakan yang aku memang Laura.

"Ini, Harris? Ingat tak? Jiran sebelah rumah dulu? Harris?" Harris? Harris mana eh? Aku berusaha mengingati semula. 

"Harris? Haziq ingat tak, adik aku? Yang pernah hilang end up rupanya kat bawah meja je tu." Oh, I remember him. 

"Ya, ingat-ingat. Oh Harris... Hi." Balasku sedikit kekok. Sebab dah lama tak berjumpa. Dia hanya tersenyum kepadaku. Kulihat kekasihnya hanya berdiri di situ sambil merenung ke arahnya. Tertanya-tanya. Harris cepat-cepat memperkenalkan aku dengan ceweknya. Dia hanya mengangguk-angguk, senyum kepadaku.

"Kami duduk dulu la eh. Ada orang nak mengorder kat belakang." Ujar Harris meminta diri. Senyuman masih lagi tak lekang dari bibirnya. Aku cuma mengangguk dan turut tersenyum.




.




Of course I remember him. I had a crush on him before.

Masa tu aku tingkatan 1. Peristiwa ni jadi masa dia masih menjadi jiran aku. Dia seumur dengan Luna bermakna dia satu tahun muda dari aku. Dia tak ada la banyak perubahan sangat. Masih kurus tapi sedikit tinggi dari sebelumnya agaknya. Macam mana aku suka dengan dia?

Jawapannya; sebab dia suka buat aku ketawa. See? Girls love funny boys.

Sampai la suatu hari tu membuatkan perasaan aku terhenti begitu je. Walaupun aku tak ada la jujur dan terus terang dekat dia yang aku sukakan dia, tapi dia memang dah tahu aku ada perasaan dengan dia. Entah makhluk mana la yang bocorkan rahsia aku. Aku pun tak tahu la macam mana dia tahu. Tak ada pula aku tunjuk terang-terang yang aku sukakan dia. Aku layan dia macam biasa je. Macam kawan.

"Eh, tak nampak pun Luna hari ni? Mana dia?" Tanya Harris tiba-tiba kepadaku. Ada bola di sebelah tangan kanannya. Sambil-sambil itu matanya melencong ke arah rumah aku. Mencari-cari kelibat Luna agaknya kalau ada.

"Oh, Luna. Dia pergi lawatan ke Melaka empat hari. Dah habis UPSR kan." Jawabku sambil memasukkan sebungkus plastik hitam berisi sampah ke dalam tong sampah.

"Oh..." Hanya itu balasannya.

"Eh, tu bukannya baju Luna ke?" Soalnya lagi. Aku menundukkan kepalaku, melihat baju biru yang ku pakai sekarang. Ini baju aku la. Aku ingat lagi mama belikan aku dekat pasaraya. Aku sampai merajuk, berharap mama beli untuk aku.

"Baju aku la." Balasku sambil tertawa. Aku dan Luna memang selalu pinjam-pinjam baju. Sebabnya kami memang sama saiz. Kadang aku pakai baju Luna, kadang Luna pakai baju aku pula.

"Eh, lambat lagi ke Luna kat sana?" Tanyanya lagi. Macam tak sabar-sabar Luna nak balik. Macam Luna nak bawakan dia ole-ole pula nanti.

Sampai la lama-lama baru aku sedar yang Harris hanya nampak Luna je. Harris akhirnya mengaku yang dia dah sukakan Luna.

Of course!  No doubt. Everyone never looks at me. Luna's the one they look at.

Tapi sayangnya, Luna sedikit pun tak sukakan dia. Waktu tu, dia ada suka dengan budak lelaki lain yang juga merupakan jiran kami. Dan akhirnya, aku dah tak ada perasaan dengannya dan kembali menyimpan perasaan terhadap crush aku yang sekarang. Agaknya sebab ini kot aku tak berani nak confess.

Sebab probability orang nak balas perasaan aku agak tipis?

He's... mine?Where stories live. Discover now