PASRAH 2

13.6K 180 13
                                    

🔥 5 bulan kemudian.🔥

Hari ini masuk hari yang ke 243, bermakna 8 bulan sudah Suraya dan suaminya menjadi penghuni rumah dirumah kampung itu.Selama itu juga telah banyak tempat untuk berubat Zulkifli telah dibawa oleh Junaidi.Namun kesemuanya hampa.Sehingga mulai timbul rasa putus asa pada wajah mereka bertiga.

Suraya kini sudah mula redha dan pasrah dengan apa yang berlaku tetapi jauh di dalam hatinya dia nekad akan menjaga suaminya selagi dirinya masih berstatus isteri kepada Zulkifli Bin Junaidi.

Suraya menjarakkan dirinya beberapa inci dari kuali panas.3 ekor ikan selar yang dah siap digaul dengan kunyit sudah siap sedia untuk ditolak ke dalam kuali dan akhirnya siap bersemadi di atas pinggan.Suraya meletakkannya di meja.Dia merenung seketika.Cukup berpuas hati dengan masakannya.Sambal belacan bersama ulam di susun rapat.

Suraya tahu bapa mertuanya cukup suka makan nasi berulam.Sebab itulah mertuanya itu tampak kelihatan awet muda.

Suraya berjalan membawa talam kecil berisi beberapa pinggan makanan ke arah biliknya.

"Abang...Su ada bawakan makanan.." lembut pertuturan wanita berwajah ayu dan manis itu.

Zulkifli tidak mampu untuk bergerak walau sedikit pun.Dia hanya mampu mengunyah dan mengerdipkan matanya sahaja.Percakapannya juga agak leweh dan sukar difahami.

Dua tiga sudu berjaya ditelan oleh Zulkifli itu.Tubuhnya itu sedikit kurus walau makan minumnya itu dijaga dengan baik.Separuh cawan diminum oleh Zulkifli .Bibirnya terkumat-kamit cuba berkata sesuatu menyebabkan isterinya itu mendekatkan telinga.

"Bb..bb...bbaa. baappakkk ..aaa ..aa. a..daa..da..da mmm..ma...maa..kann?? " tanya Zulkifli.

"Belum bang...bapak solat agaknya...abang makan la dulu.." balas Suraya.

"Sss..Su?" tanya Zulkifli lagi.Suraya senyum.

"Kejap lagi Su makan bang...Su pun nak mandi ,nak solat dulu.." tutur wanita itu lagi.

Badannya sedikit melekit kerana seharian bekerja keras di dapur tadi.Pasti tidak selesa untuknya solat dalam keadaan begitu.

Zulkifli diam.Hanya mengunyah setiap suapan dari isterinya sambil matanya merenung kosong ke arah dinding bilik yang diperbuat dari batu itu.

Lelaki yang dahulunya segak bergaya, lincah kini bergelar orang kurang upay. Beliau juga tampak sudah berputus asa dan sudah redha menerima takdirnya dirinya.Namun begitu dia tetap bersyukur dikurniakan isteri yang cantik,setia,baik,yang tidak pernah mengabaikannya walaupun keadaannya sebegini.

Satu peristiwa lampau teringat di kotak memori Zulkifli.Pernah dulu Zulkifli memberitahu isterinya itu agar berpisah demi kebaikan masa depannya.Zulkifli tidak mahu menjadi beban kepada isterinya.

"Abang jangan sesekali cakap begitu lagi...!"

Itulah kali pertama isterinya itu meninggi suara dengannya.Semenjak itu Zulkifli hanya menyimpan sahaja saranannya itu.Dia tidak sanggup menyakitkan hati isterinya lagi.

Selesai sahaja menyuapkan Zulkifli makan Suraya membersihkan mulut suaminya itu menggunakan kain basah.Kemudian dilap sedikit leher serta dada suaminya yang tidak berbaju.

Jika dahulu disitulah tempat untuk Suraya bermanja.Setiap malam selepas bersenggama pasti dia akan melentokkan kepalanya di situ sambil berbual tentang mereka dan isu semasa.Kini Suraya telah lama terpaksa melupakan soal tersebut.

Bukan Suraya tidak mahu tetapi suaminya itu tidak mampu lagi memberi nafkah baik zahir mahupun batin.Dia telah lama lupa bagaimana perasaan tersebut.

Baginya itu sudah tidak penting lagi dalam hidupnya.Asalkan dia dapat terus berbakti kepada suaminya itu sudah cukup.

PASRAHWhere stories live. Discover now