17/1/2023

212 18 7
                                    

SPECIAL TO BIRTHDAY GIRL @banghann from subscriber Tele Hanna.

HAPPY BELATED BIRTHDAY DEAR!!!

MAY YOU ALWAYS BE HAPPY SWEETHEART...JANGAN SEDIH-SEDIH. KALAU ADA APA-APA NAK SHARE CAKAP JE DENGAN HANNA DALAM TELE. NANTI KITA CHATTY CHATTY.

AYUHLAH MEMBUCIN MINSUNG SAMA-SAMA!!!








"Mama!" Haerin meronta-ronta ingin dilepaskan dan dengan hati-hati Minho meletakkan si anak ke bawah, sebelum si kecil terkedek-kedek berlari menyampari mama icungnya.

Kalau sebelum-sebelum ini Jisung akan dengan senang hatinya menyambut anak itu, mencium pipi si kecil bertubi-tubi sampai Haerin geram namun hari ini dirasakan canggung.

Lebih-lebih lagi saat matanya bertatapan dengan sang atuk.

Lee Teuk tersenyum sambil mengangguk menyebabkan hati Jisung menghangat seketika.

"Kenapa Haerin makin bulat ini? Pipi itu dah jadi pau. Geram tau." Pipi si kecil dicium-cium geram.

Haerin terkekeh ketawa. "Semalam Haerin pergi makan mcd dengan papa." Laju saja mulut itu berceloteh kegiatan sehari-harinya dengan Minho.

"Aelin order kentang goreng. Lepas itu kawan papa ajar Aelin cicah kentang itu dalam aiskrim. Sedap!" Haerin menunjuk ibu jari menandakan kalau ice cream friesnya semalam memang sedap.

Namun beza halnya dengan para orang tua di rumah itu ah ralat lebih tepatnya, Lee Teuk, Hye Jin dan Seungwoo saat ini. Kawan papa?

"Siapa kawan papa?" Jisung berbisik ke Haerin.

Haerin yang menyangka kalau mama icungnya hendak main bisik-bisik juga turut sama melakukan perkara sama. 

"Aunty Lia."

Madam Lia...



Melihat sang cucu yang termenung saat mendengar jawapan Haerin, Lee Teuk segera faham apa yang berlaku. Oh tentu sahaja semua info itu didapatkan dari Felix. Anak itu dah pun membebarkan semua rahsia Jisung padanya. SEMUA!

Minho yang melihat tingkah anak dan anak buahnya terkekeh sejenak. Tak dinafikan dia suka melihat interaksi Jisung dan Haerin. Seakan melihat bayi dengan bayi.

"Ayah, Ho sebenarnya ada benda nak bagitahu." Ujar Minho.

Jisung rasakan dadanya sesak saat Minho mengungkapkan itu. Ini pasti tentang Lia!

"Tentang?" Tanya Lee Teuk.

"Lia." Ujar Minho lagi. Kali ini disertai dengan senyuman yang bagi Jisung senyuman itu adalah senyuman yang paling dia benci sepanjang dia mengenali Minho.



Namun senyuman manis sosok bernama Lee Minho itu mati saat bertemu pandang dengan mata tajam Lee Teuk.

Wajah tua itu kemudian berubah serius, sebelum meminta sang menantu membuntutinya.

"Ayah ada benda nak cakap dengan kamu."

Semua yang ada di ruangan itu terdiam, hanya memandang langkah Lee Teuk yang perlahan-lahan memasuki ruang kerjanya. Minho sempat loading sejenak namun kemudian mengikuti langkah ayah mertuanya. Mungkin Lee teuk mahu ruangan yang lebih privasi. Fikir Minho.

HADIAH UNTUK KORANG!!!! [MINSUNG/SUNNIE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora