22/4/2023

203 24 13
                                    

SPECIAL TO BIRTHDAY GIRL

@salsabeyla

@Haziqah

 from subscriber Tele Hanna.

HAPPY BELATED BIRTHDAY KESAYANGAN KESAYANGAN!!!

I'M SO SORRY FOR WISHING KORANG PUNYA BIRTHDAY SANGAT SANGAT LAMBAT TT

MAY YOU TWO ALWAYS BE HAPPY SWEETHEARTS...JANGAN SEDIH-SEDIH. KALAU ADA APA-APA NAK SHARE CAKAP JE DENGAN HANNA DALAM TELE. NANTI KITA CHATTY CHATTY.

AYUHLAH MEMBUCIN MINSUNG SAMA-SAMA!!!

ENJOY YOUR GIFT


















Seoul, Korea Selatan.


Seberkas fail setebal 5 buku teks dilempar tepat di kaki kakitangannya.

"Proposal apa macam ini Minho?! Kau ingat ini kertas kerja nak minta dana mainan anak-anak?" Tuan Lee tak peduli walau di depannya ini adalah sang anak.

"Maaf tuan-

"Dah tiga kali kau buat silap. Jangan beranganlah nak pegang jawatan pengarah itu. Baik kau balik, tolong bini masak bubur." 

Raut Minho berubah bila si isteri dibawa-bawa.

Hendak melawan tapi Minho sedar diri lorh. Mana mungkin dia berani menantang sang ayah. Memang makan nasi dengan garamlah andai sahaja sang ayah memecatnya. Mana semua saham atas nama sang ayah pula itu.

"Peluang terakhir aku bagi kau. Sebelum 12 tengah hari esok, serahkan yang perfect dekat Assistent Shin."

"Baik tuan. Terima kasih."

"Hurm." Hanya itu balasan Tuan Lee sebelum mengarahkan Minho untuk keluar.

Usai kepergian sang anak, Tuan Lee meraup wajahnya kasar. "Kalaulah kau tak rumitkan semuanya, Lee Minho."

Sungguh syarikat mereka memang dalam keadaan yang tak berapa stabil setelah semua dana ditarik oleh Tuan Han. Meski tak terlalu besar impaknya tapi disebabkan sifat berjimatnya,  beberapa pekerja terpaksa dihentikan untuk menjimatkan aliran wang keluar. 

Konsekuesinya si Minho terpaksa berkerja ekstra untuk menampung semua pekerjaan kakitangan yang dihentikan.

Namun tak pernah sekelumit pun dalam hati Tuan Lee berdesis membenci keluarga besar Han itu. Tuan Lee tahu apa saja yang telah Minho lakukan pada si manis Jisung itu. Tak terima perasaan anak manis itu hanya tinggal cakap baik-baik. Tak perlu dihina segala. 

Sungguhlah Tuan Lee sangat kesal dengan tingkah tak matang anaknya.

Kalau dia berada di tempat Han Seungwoo pun dia akan lakukan perkara sama. 

Apa yang paling membuatkan dia dan sang isteri kesal adalah adalah saat Minho meminta mereka berdua untuk berpura-pura di hadapan keluarga besan baharu mereka kalau Minho itu sekarang ini merupakan seorang pengarah di syarikatnya.

HADIAH UNTUK KORANG!!!! [MINSUNG/SUNNIE]Where stories live. Discover now