Umrah

1.5K 4 0
                                    

Saya selalu melalui jalan potong atau short cut untuk balik ke rumah untuk menjimatkan masa.

Ternampak satu gerai yang dipenuhi oleh pelanggan. Di pamer juga iklan jualan dengan harganya sekali. Cantik gambar menu dan menarik tanda harganya. Murah.

Terkesima juga apabila sempat singgah dan merasai makanan yang di jual dan harga yang diminta.

Di saat bahan2 mentah semua naik, dia tetap boleh menjual dengan harga budget.

Dan akhirnya saya menjadi pelanggan tetap dan sering berbual dengannya mengenai perniagaan , keluarga dan masa depan di gerainya.

Satu perkara yang saya kagumi , kesah peniaga itu membelanjakan pendapatannya. Ternyata peniaga itu rajin menyimpan. Dia selalunya menyisihkan sebahagian pendapatan untuk Umrah.

Kalau mendapat RM150 dia sisihkan RM100  buat Umrah; dapat RM100, yang RM75 buat Umrah. Bahkan kalau hanya dapat RM50 pun, hanya RM10 yang buat dirinya, bakinya untuk Umrah.

Kerana tertarik dengan kesahnya, suatu ketika saya singgah ke rumahnya secara kebetulan.

Saya semakin kagum pada peniaga itu. Meskipun pendapatan tidak seberapa, akan tetapi dia membahagikan sebahagian besar pendapatannya untuk Umrah.

Ketika sedang berbincang, isterinya keluar menyajikan kopi panas dan sedikit kuih mueh.

Peniaga itu pun memperkenalkan isterinya:

"Inilah isteri saya, namanya SITI UMRAH".🤪

Akhirnya saya pun faham, sambil minum kopi saya tergelak (dalam hati) sehingga goreng pisang yang dimakan tak dikunyah.

Walaupun belum dapat naik haji, dia sudah selalu naik UMRAH.
Bahkan kalau dapat, dia mahu naik UMRAH hari-hari....

(Tamat)

Cereka Sepintas LaluWhere stories live. Discover now