TEASER 6

170 7 0
                                    

TEASER 6

"Kenapa sampai terjatuh, Laina?" soal Humaira. Setahunya tadi dia hanya tinggalkan Elaina sekejap sahaja untuk membeli air di kedai yang berdekatan. Elaina pula meminta izin untuk membeli goreng pisang di sebuah gerai bertentangan.

"Aku kena ragut." Dengan mata yang terpejam Elaina berkata.

"Hah!"

"Macam mana boleh berlaku?" Elaina mengeluh perlahan sebelum mula membuka cerita kepada Humaira.

"Aku nak pergi beli goreng pisang dekat depan sana tu, tapi aku lupa yang beg duit aku tertinggal dalam kereta kau. Bila aku pergi balik dekat kereta dan ambil purse aku, ada dua orang lelaki yang naik motor datang dekat dengan aku. Benda ni berlaku tiba-tiba tau, aku tak sempat berfikir. Kawasan kau letak kereta tu jauh dari orang ramai dan kedai tu pun terlindung di sebalik bangunan. Mereka mungkin tak dengar jeritan aku sebab bunyi lori yang lalu-lalang."

Memang Humaira meletakkan kereta di sebalik bangunan memandangkan tempat lain sudah penuh dengan kereta. Dia juga sempat memberikan kunci keretanya kepada Elaina kerana dia tahu dia mungkin lambat sedikit dan tidak mahu Elaina menunggunya di luar kerana panas terik. Tetapi tidak sangka pula benda macam ni boleh berlaku. Rasa bersalah mula menyelubunginya.

"Sempatlah aku menarik purse aku tu, tapi tak sangka yang dorang ada bawa benda..."

"Dorang bawa apa?"

Elaina tergelak perlahan dengan soalan Humaira.

"Tangan aku dah luka macam ni kau rasa dia bawa apa?"

"Pisau ke?"

Elaina menjongket bahu perlahan. Dia sendiri tidak sempat melihat apa yang membuatkan lengannya boleh terluka seperti itu.

"Rasanya tak, sebab luka macam ni je." Nampak lukannya itu memang tidak teruk, tetapi kesakitan yang dia rasakan sekarang memang luar biasa. Berdenyut tempat lukanya, ditambah pula dengan bahunya yang sakit kerana ditolak oleh lelaki itu.

"Lepas pergi klinik kita buat report!"

"Kenapa nak pergi buat report pula?"

"Hei! Nyawa kau hampir melayang tau, mesti semua barang berharga kau hilang, kan?"

Elaina menggeleng perlahan.

"Aku hilang purse je."

"Kad pengenalan kau? Kad kredit, semua tu mesti kena ambil juga kan?" Elaina memandang ke arah Humaira. Risau pula kalau Humaira akan memarahinya jika dia beritahu apa yang dirompak oleh dua lelaki tadi.

"Dalam purse tu cuma ada duit sepuluh ringgit je Maira." Perlahan suara Elaina, namun masih sampai ke pendengaran Humaira.

"A... apa?"

Elaina mengangguk perlahan sebelum membuka dashboard dan mengeluarkan tas tangannya.

"Barang lain ada dalam beg ni, purse yang kena rompak tu memang aku selalu letak duit sikit je dan selalu bawa nak pergi mana-mana." Elaina tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Sepuluh ringgit je! Elaina Raisya! Kau dah bahayakan nyawa kau tahu, demi sepuluh ringgit kau nak berebut dengan lelaki tu? Kau dah gila ke?"

Memang tidak masuk akal tindakan Elaina sehingga mencederakan diri sendiri. Bukannya ada benda berharga dalam purse itu.

"Tindakan spontan, aku pun tak tahu kenapa aku boleh berani nak melawan mereka. Benda tu spontan tahu tak." Memang tindakan spontan. Pada awalnya dia memang tidak terfikir yang dia langsung tidak mempunyai barang berharga di dalam beg itu. Dia sendiri menyesal dengan tindakan yang dia lakukan sehingga membuatkan dia cedera. Mujur juga kecederaannya tidak terlalu serius.

MY SWEET AIDAN WAISWhere stories live. Discover now