Bab 7

7 1 0
                                    

Tepat pukul 11.30 malam, Ammara dan keluarga Tuan Hashim tiba di rumah. Masing-masing yang sudah kepenatan berlalu ke bilik tidur.

Ammara meletakkan beg tangan di atas katil. Pin tudung dicabut satu per satu dan diletakkan di dalam bekas berisi pin tudung yang lain. Tudung ditanggalkan dan diletakkan di dalam bakul baju.

Seketika terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Berdasarkan bunyi kereta pun Ammara sudah tahu itu kereta milik Aisy.

Selepas sahaja selesai makan, Ammara dan Aisya pulang bersama Tuan Hashim dan Puan Farah. Aisy pula menghantar Nabila pulang, jadi dia sampai ke rumah agak lambat dari mereka.

Ammara teringat kejadian tadi. Sungguh dia pelik dengan perangai Aisy yang tiba tiba caring lain macam. Sampaikan yang lain lain pun pelik dengan perangai lelaki itu. Dan Ammara cukup tidak selesa dengan keadaan itu.

Takkanlah Aisy suka padanya? Cepat betul hatinya berubah.

Ammara mengetuk dahinya.

" Haih, Ammara jangan cepat cair dengan dia. Dia buat sebab nak bagi awek dia tu cemburu je okay." Ammara berkata seorang diri.

Sungguh dia tak mahu menjadi orang ketiga. Cukuplah dengan masalah yang sedia ada, dia tak mahu tambah masalah lain lagi.

Ammara bangun untuk ke tandas, tiba-tiba terdengar bunyi notification Whatsapp. Ammara berjalan ke arah beg tangannya yang berada di atas katil. Telefon dicari dan dibuka mesej tadi.

Aisy Furqan
Ara dah tidur? Saya nak minta maaf pasal tadi. Awak jangan salah faham ya. Saya betul betul minta maaf.

Ammara mengerutkan dahinya. Cuba memproses apa yang Aisy cuba sampaikan.

Jadi betullah yang Aisy buat tadi cuma mahu kekasih hatinya cemburu? Bukan sebab Aisy memang prihatin? Sebab itu Aisy minta dia jangan salah faham? Macam tu?

Ammara menarik nafas lega. Nasib baik tiada niat lain.

Ammara
Faham. Takpa saya dah biasa. Harap lepasni jangan buat macam tu lagi. Kesian Nabila. Jaga lah hati bakal isteri awak tu.

Hantar. Ammara meletakkan telefonnya di tepi. Dia bangun untuk ke tandas semula. Tetapi sekali lagi niatnya terbantut apabila telefonnya ada panggilan masuk dari Aisy. Ammara mendengus perlahan.

Tangan laju menekan butang jawab dan telefon diletakkan di telinga.

" Assalamualaikum ya kenapa call pula ni? " Ammara menjawab pelik. Yela tiba tiba si teruna tu telefon dia waktu begini.

Sunyi seketika. Ammara sudah mengerutkan dahinya. Dah kenapa Aisy tak bercakap pula ni.

" Aisy, janganlah main-"

" Waalaikumsalam, saja call." Bicara Ammara dipotong. Aisy menjawab dengan suara yang lemah.

Suara Aisy kedengaran pelik di telinga.

" Takkan saja call. Kalau takde apa apa saya matikan dulu la." Balas Ammara. Dia sebenarnya tak biasa bercakap di telefon dengan lelaki begitu. Lewat malam pula. Lagi-lagi dengan lelaki bernama Aisy Furqan. Seram.

Belum sempat Ammara mematikan panggilan, Aisy menahan.

"Em, saya minta maaf pasal tadi. Saya cuma nak awak tahu, saya buat semua tu tadi bukan sebab-"

"Saya tak kisah, dan janganlah risau. Saya faham yang awak buat semua tu sebab nak cemburukan Nabila awak tu. Tapi boleh tak lepas ni jangan buat lagi? Saya tak selesa, saya taknak benda jadi lagi teruk. Saya taknak jadi orang ketiga dalam hubungan awak dengan kekasih awak. " Kata Ammara laju. Non stop.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Sang PemberiWhere stories live. Discover now