⌗ ; 08

43 11 69
                                    

author's

"Ok baiklah pelajar, sila berkumpul!" Cikgu Hyunjin bangkit dari kerusi yang disediakan disebelah gelenggang bola keranjang itu.

"Match akan bermula lagi lima minit jadi sila panaskan badan. Saya tanak ada manusia yang tiba-tiba cedera." Ujarnya lalu berdiri dihadapan mereka semua.

"Baik cikgu!"

"Boo Hyunjaeeee!!" Tanpa menghiraukan Sunwoo dia terus menyambung memanaskan badannya. Dia kena fokus. Dia kena kalahkan squad Juyeon kalau nak lawan dengan budak sekolah Yabushi nanti.

"Pendek diamlah, bising je!" Younghoon membalas sambil mengikuti Hyunjae memanaskan badan mereka.

"Squad kau akan kalah punya!" Sambung Sunwoo lagi. Hyunjae hanya mengeluh perlahan. Dia dahlah tak pro mana, tapi itulah demi maruahnya dia perlu menang.

"Just wait and see, we'll never know." Damien pula menyampuk. Sakit hati melihat Sunwoo mengejek-ngejek Hyunjae.

"Tak sabar nak tengok korang kalah."

"Dah kalah jangan nangissss."

"Tch."

ᵕ̈⚝♡

"Main elok-eloklah, sakit jiwa aku!" Changmin menghentak-hentakkan kakinya. Kedua tangannya memegang erat tisu starbuck yang dirampas daripada Chanhee.

"Arghhhhhh!!" Chanhee menutup telinganya. Tak tahan dengan jeritan nyaring Changmin. Bahu Changmin ditampar kuat.

"Sakitlah telinga aku!"

"Yah Jungwon! Asal kau tak main siot?! Halanglah Jacob tu!"

"Sunwoo janganlah jadi tugu kat situ!"

"Arghh stress aku tengok diorang ni mainn!"

"Changmin lek changmin lek." Chanhee menepuk-nepuk belakang badan Changmin. Kepalanya digelengkan. Komen Changmin mengalahkan Cikgu Hyunjin.

"Nak rilek macam mana gila, kau tengoklah ni main macam ****!" Chanhee menekup mulutnya. Tak sangka sampai boleh mencarut dibuatnya.

"Yang atas tu tolong bawa bertendang." Akhirnya Cikgu Hyunjin bersuara. Sudahlah stres tengok cara manusia-manusia ni main, ditambah pula dengan komen Changmin yang mengalahkan dirinya sendiri.

"Maaf cikgu, saya stress cikgu, tengok diorang tu. WOI JUNGWON MAIN LA ELOK-ELOKK!" Cikgu Hyunjin hanya mampu menepuk dahinya. Chanhee hanya memandang Cikgu Hyunjin dengan pandangan kasihan.

"YEAH GOLL!" Changmin bersorak apabila Hyunjae berjaya mengjaringkan bola ke dalam jaring pasukan Juyeon.

"Kau sokong siapa ni Changmin?" Chanhee menyoal. Tadi suruh Sunwoo dengan Jungwon main elok-elok, tiba-tiba Hyunjae dapat score dia yang beria.

"Dua-dua?" Changmin memandang Chanhee sambil tersenyum kecil.

"GO HYUNJAE GO JUYEON!" Chanhee mengeluh perlahan. Boleh sakit otaknya duduk dengan Changmin lama-lama, nak pergi tak boleh. Dibuatnya mengamuk tupai jadian tu, silap haribulan dia lepak underground dulu.

"SUNWOO KALAU KAU TAK MAIN ELOK-ELOK AKU CURI CHICKEN TENDER KAU NANTI!"

"WOI!" Sunwoo terus memandang Changmin. Tanpa sempat dia mengelak, bola ditangannya dirampas oleh Younghoon.

"BYE LOSER!"

"SUNWOO FOKUS!" Juyeon terus menampar bahu Sunwoo lalu mengejar Younghon.

"Sorry sorry!"

ᵕ̈⚝♡

"Yay dah kalahh!" Sorak Younghoon sambil menghayun-hayunkan tangannya ke udara. Hyunjae yang berada disebelah Younghoon itu terus menampar punggung manusia itu.

"Kita kalah roti, kalah." Ujar Hyunjae lalu mengeluh perlahan. Botol mineral yang berada diatas lantai itu diambil. Belum sempat dia meneguk air itu, botol itu dirampas Younghoon.

"Payback." Younghoon terus meneguk air itu. "Lain kali jangan tampar bontot orang." Botol kosong dihulurkan kepada Hyunjae dengan sengihan. Hyunjae mengeluh perlahan.

"Wah. Persaingan yang sengit ya? Komen daripada coach yang tak diiktiraf pun bagus." Cikgu Hyunjin menepuk-nepuk tangannya lalu memandang Changmin yang sudah tersipu-sipu malu itu.

"Hehe sorry cikgu." Cikgu Hyunjin menggelengkan kepalanya.

"Tahniah kepada squad Juyeon sebab menang match ni." Cikgu Hyunjin menepuk tangannya. Juyeon tersenyum lalu memandang Hyunjae yang hanya termenung itu.

"Yay kitorang yang lawan dengan budak-budak Yabushi tu yay!" Jungwon melompat-lompat sambil bersorak bersama Sunwoo.

"Cikgu suka semangat kamu tapi... Tak." Jungwon dan Sunwoo yang masih bersorak itu terus memandang Cikgu Hyunjin. Jelas terpancar riak keliru pada wajah mereka.

"Maksud cikgu?"

"Cikgu dah perhati setiap daripada kamu main dan cikgu dah pilih orang." Hyunjae terus mengangkat wajahnya, memandang Cikgu Hyunjin.

"Nama yang cikgu panggil sila tunggu selepas ini."

"Tapi cikgu, bukan ke—"

"Saya tahu, tapi tak kan lah saya nak ambik pemain yang hanya jadi tugu negera dalam gelanggang?" Cikgu Hyunjin terus memotong percakapan Hyunjae.

"Kan Jungwon kan?" Cikgu Hyunjin memandang Jungwon.

"Eh cikgu ni mana ada saya jadi tugu!" Kata Jungwon sambil mengukir senyuman kekok.

"Nama yang cikgu panggil sila tunggu. Lee Juyeon, Kim Sunwoo, Lee Hyunjae, Kim Younghoon, Jacob Bae, Ju Haknyeon dan Sohn Youngjae."

"Yang lain boleh bersurai."

"Ala cikgu kasi la chance. Saya janji, saya main betul-betul. Cikgu pleaseeeeee~" Jungwon memegang kedua tangan Cikgu Hyunjin. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Cikgu Hyunjin mengeluh perlahan.

"Pemain simpanan."

"Auch. Tapi takpelah, saya terima. Demi Baedah." Jungwon melepaskan tangan Cikgu Hyunjin.

"Latihan akan diadakan setiap hari, jam lima kat sini juga. Jadi sila hadirkan diri. Cikgu akan inform awal sehari jika tiada latihan pada hari tersebut."

"Ok itu sahaja. Sila berambus."

ᵕ̈⚝♡

"Semaklah kena berlatih dengan Juyeon tu eyy." Hyunjae terus merembahkan badannya keatas sofa panjang diruang tamu itu.

"Cabutlah stokin busuk kau dulu!!" Betis Hyunjae ditampar Younghoon. Sudahlah baru habis latihan bola keranjang, boleh pula dia baring atas sofa rumahnya macam tu je. Busuk nanti!

"Yelah yelah!" Hyunjae terus bangun lalu mencabut stokinnya.

"Anyway, tabahlah wahai Lee Hyunjae. Semoga dapat sesuaikan diri dengan juyeon yehet!" Kata Younghoon lalu bahu Hyunjae ditepuk perlahan.

"****." Younghoon tergelak kecil sebelum berlari ke tingkat atas.

⚝ tbceu ♡

⚝ tbceu ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
squad warWhere stories live. Discover now