⌗ ; 11

47 10 68
                                    

author's

flashback ( 8 tahun lepas )

"Baiklah semua, sila duduk ditempat masing-masing." Cikgu Yunhae menepuk-nepuk tangannya, supaya anak-anak muridnya memberi perhatian.

Cikgu Yunhae bercekak pinggang sebelum mengeluh perlahan. "Hyunjae duduk tempat kamu."

"Hehe sorry cikgu!" Kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu tersengih-sengih sebelum duduk ditempat duduknya. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Cikgu Yunhae menggelengkan kepalanya. Dalam banyak-banyak pelajar, Hyunjae paling susah nak dikawal.

"Baiklah semua, sila beri perhatian. Hari ni kita semua akan dapat pelajar baru."

"Wahhh!! Budak baru!"

"Weh kalau cantik aku cop dulu!"

"Aku punyalah!"

"Muka macam jamban ada hati nak perempuan cantik!"

"Aku handsome lah!"

"Anak-anak murid yang cikgu sayangi sekalian. Sila diam ya." Cikgu Yunhae menepuk-nepuk meja guru itu.

"Baikkk." Akhirnya kelas yang riuh tadi kembali senyap.

"Baiklah, kamu boleh masuk." Kata Cikgu Yunhae pada seseorang yang berada diluar kelas. Perlahan-lahan kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kelas.

"Wahhh handsomenya."

"Weh baju dia lawa sia!"

"Mesti anak orang kaya!"

"Aku ingatkan perempuan hm, melepas."

"Anak-anak, sila diam." Cikgu Yunhae bersuara. Susahkan kalau dapat anak murid yang hyper active ni. Boleh botak kepalanya disebabkan stress.

"Kamu boleh perkenalkan diri."

"Hi, saya Lee Juyeon. Selamat berkenalan." Kanak-kanak itu menunduk hormat. Senyumannya diukir untuk semua pelajar didalam kelas itu.

"Hi Juyeon saya Mina, saya suka Juyeon sebab Juyeon handsome!" Mina bangkit dari tempat duduknya. Tersipu-sipu malu gadis berusia sepuluh tahun itu apabila Juyeon mengukir senyuman manis padanya.

"Diamlah mina, muka macam jamban ada hati nak kat lelaki handsome!" Haechan menyampuk. Sakit hati melihat Mina tersengih-sengih macam kerang busuk. Baru sahaja tadi Mina menyamakan wajahnya dengan jamban.

"Weh aku cantik lah!' Mina menghentak-hentakkan kakinya.

"Anak-anak beruk, diamlah. Juyeon ada kat depan tu!" Raesoo memandang Haechan dan Mina dengan pandangan menyampah. Dua ekor ni kalau disatukan boleh meletup bumi.

"Sila beri tunjuk ajar dan saya harap kita dapat berkawan baik selama sebulan ni!" Sambung Juyeon apabila Haechan dan Mina mendiamkan diri.

"Sebulan?"

"Cikgu lupa nak bagitau, Juyeon hanya akan bersekolah disini untuk sebulan sahaja." Juyeon menganggukkan kepalanya.

"Oooo."

"Juyeon jomlah duduk sini, tempat sini kosong!" Haechan menepuk-nepuk kerusi kosong sebelah mejanya.

"Juyeon kamu duduk sebelah Hyunjae." Belum sempat Juyeon berjalan kearah Haechan Cikgu Yunhae memberinya arahan.

"Siapa Hyunjae?" Soal Juyeon sambil memandang sekeliling kelas, mencari manusia yang bernama Hyunjae.

"Budak rambut macam megi tu!" Haechan menjulingkan matanya. Dia baru nak duduk dengan Juyeon.

squad warWhere stories live. Discover now