26 | Punca kemalangan

4.5K 454 28
                                    

"Ibu maafkan Arissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu maafkan Arissa..." Arissa rasa nyawanya bagai direntap saja melihat kesan lebam dan luka di badan dan wajah ibunya.

Kalau tak disebabkan dia, mesti semua ni tak akan berlaku. Medina Haura pula sedang dirawat di pusat kecemasan. Katanya keadaan Medina Haura agak kritikal sekarang ni.

Arissa pegang erat tangan ibunya yang masih belum sedarkan diri tu. Air matanya makin laju menuruni pipi. Rasa bersalah, rasa sedih, rasa takut dan rasa kecewa bercampur baur.

"Cik, boleh keluar sekejap? Doktor nak cek pesakit." Tegur seorang jururawat yang baru saja masuk ke bilik rawatan.

Arissa angguk kecil sebelum melangkah keluar dari bilik rawatan. Nampak saja Diego yang sedang menanti diluar, Arissa terus menarik lelaki itu ke dalam pelukannya.

Bahu Arissa terhinjut-hinjut menahan tangisannya. Tangisannya makin kuat gila Diego peluk dia erat.

"Arissa, jangan terus menangis macam ni. Nanti kau sakit." Pujuk Diego. Dia usap kepala Arissa yang hanya separas dadanya tu.

"Ini semua salah saya, Diego. Kalau tak disebabkan mereka keluar cari saya, mesti semua ni tak akan jadi." Teresak-esak Arissa mengadu. Dia membiarkan saja bila Diego merenggangkan perlukan dan mengelap air matanya dengan jari.

"Saya tak akan maafkan diri saya kalau dah sesuatu yang buruk berlaku pada mereka. Saya tak nak hilang ibu saya, saya tak nak hilang kak Medina."

"They're going to be fine. Jangan terus menangis macam ni. Aku tak nak kau jatuh sakit." Pujuk Diego lagi. Lembut saja nadanya.

"Diego, papa nak cakap sekejap." Elvis yang baru saja mendekati mereka terus menegur Diego dan berlalu ke ruangan yang agak jauh dari Arissa.

"Kau tunggu dekat sini. Nanti aku datang semula." Pesan Diego, dia dudukan Arissa ke sofa hospital sebelum melangkah mendekati Elvis.

"Yes, papa?" Diego pandang Elvis. Wajah papanya tu jelas tegang dan mata papanya sedikit merah. Dia tahu yang papanya tu takut kehilangan mama Medina.

"She's not safe here, Diego. You must take her somewhere else." Kata Elvis membuatkan Diego tersentak. She? Arissa?

"Kenapa?"

"Apa yang berlaku sekarang ni sama ada mereka dari musuh kita atau musuh keluarga Arissa sendiri. Tak kesahlah mana satu pun penyebabnya, she's not safe here. Mama dah ceritakan semuanya pada papa mengenai masa lalu Arissa. Mungkin ini serangan dari mereka atau mungkin juga dari musuh kita sendiri." Terang Elvis.

Buat masa sekarang dia masih belum ada apa-apa maklumat. Dia lebih risaukan tentang keadaan isterinya yang berada di ICU tapi dia sudah meminta anak-anak buah The King untuk cari tahu siapa jahanam yang berani cederakan isteri dia.

"Musuh kita sendiri?"

"You know, if mereka tak boleh jatuhkan kita, mereka akan hapuskan orang yang kita sayang. They can't take us down, mama yang jadi mangsa. Kebetulan, Ibu Arissa ada sekali."

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now