☹️
---
"Se-Sean..."
Miyoung mengangkat tangan, cuba mencapai anak lelakinya yang kini sudah berusia 16 tahun. Wanita itu tak dapat bergerak atas suatu sebab.
Sean sungguh tampan tetapi cantik lebih mendominasi wajahnya. Dia tampak sungguh seiras dengan Miyoung. Hanya saja, tak seperti wajah mereka yang seperti kembar, Sean sangat terbalik dengan Miyoung.
Wajah Sean datar dan dingin menatap Miyoung. Dia tidak bergerak dan berlindung di balik Sehun.
"Seana..." Lembut Miyoung memanggil pada anak gadisnya. Seana pula sangat seiras dengan Sehun.
Dia tak seramah Miyoung dan lebih dikenali sebagai anak ayah.
"Seana tolong mami..." Rayu Miyoung. Sungguh Miyoung tak tahu mengapa dirinya tiba-tiba meminta pertolongan daripada Sean dan Seana.
Bahkan dia juga hairan bagaimana dia tahu nama dua manusia asing di sisi Sehun itu. Ada sesuatu yang terjadi, tapi Miyount belum mengetahuinya.
"Ini salah mami sendiri," ujar Seana dengan wajah tegasnya. Gadis itu merangkul lengan Sehun dengan manja dan memeluknya erat.
"Kalau mami dengar cakap daddy, daddy takkan patahkan kaki mami. Ini salah mami sebab jadi isteri yang derhaka. Lagipula mana ada isteri yang nak lari dari suami sendiri. Suami yang sebaik daddy lagi. Mami tak bersyukur jadi perempuan."
Miyoung membeliakkan mata mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Terus kepalanya menoleh ke belakang, melihat kakinya yang sudah tiada.
Tiba-tiba sahaja badannya yang tadi meniarap diatas lantai, berubah menjadi duduk diatas kerusi roda. Ketiga anak-beranak itu masih ada di hadapannya.
"Isteri yang baik akan dapat balasan baik. Sementara isteri yang jahat, perlu dihukum macam mami." Tambah Sean.
Kepala anak lelakinya itu dielus oleh Sehun yang terlihat bangga dengan didikannya. Di sebelahnya satu lagi pula terlihat Seana yang sedang memeluk Sehun seolah-olah ia adalah cinta pertamanya.
Mereka berdua, Sean dan Seana adalah orang yang paling taat pada Sehun di rumah ini. Terkadang, mereka hanya akan diam saat Miyoung dimarahi kerana tak mendengar kata, dan akan ikut mencemuh kerana Miyoung seringkali membuat Sehun naik angin.
Bagi mereka, Sehun itu ayah yang sempurna. Sehun selalu memanjakan mereka dan tidak pernah melarang mereka melakukan apa-apa. Sehun juga banyak mengajar mereka hal-hal baru yang sering anak-anak mahukan.
Masa lapang mereka juga lebih banyak diluangkan bersama Sehun daripada Miyoung dek kerana lelaki itu merasakan cukup dirinya sahaja yang memonopoli Miyoung.
Tanpa sedar, keadaan itu membuat Sean dan Seana renggang dengan Miyoung. Bagi mereka, Miyoung adalah perampas ayah kesayangan mereka. Namun, Sehun tidak berfikir sedemikian.
Keadaan bertukar lagi dan diperlihatkan Miyoung yang berada tak jauh dari Sean, Seana dan Sehun yang sedang bersiap untuk bergambar di bawah pohon oak. Miyoung masih tetap duduk diatas kerusi roda.
Mereka bertiga terlihat seperti keluarga sempurna tanpanya.
Pipinya tiba-tiba dicium oleh Sehun yang sedang tersenyum megah.
"Masa bergambar keluarga kita, sayang. Senyum dan jangan sampai Sean dan Seana badmood." Tekan Sehun. Miyoung didukung dan dibawa duduk di atas hamparan tikar.
YOU ARE READING
(C)His Possession (Wenhun)
Fanfiction[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses Sehun padanya dulu cukup membuat Miyoung menyesal kerana mengenali lelaki itu. Tapi sejauh mana pun dia lari, dia tetap perlu kembali ke ta...