BAB 48

2.8K 107 9
                                    

Tiga bulan berlalu...

Tanpa sedar. Sudah tiga bulan berlalu setelah daripada dia keluar daripada syarikat tersebut dan kembali kepada pejabatnya semua.

Cepat masa berlalu. Dan tinggal lagi sebulan untuk di menguruskan projek dengan Syarikat Tengku Erman.

Mengingatkan kepada lelaki tersebut. Sejak daripada dia berpindah keluar daripada pejabat mereka langsung tidak bertemu.

Dan bermakna sama juga tidak bertemu dengan orang-orang terdekat lelaki tersebut.

Seakan dunia mereka sudah terpisah dunia antara satu sama lain. Seperti mana jika berpaspasan nanti mereka tidak akan mengenali antara satu sama lain.

Walaupun sudah beberapa kali dia melalui tempat-tempat yang pernah dia berjalan bersama dengan lelaki tersebut.

Pada akhirnya hasilnya mereka tidak bertemu langsung. Pelik tapi benar terjadi.

Kalau ada yang tahu keadaanya kini. Mengapa dia tidak menelifon sahaja lelaki tersebut. Bukan dia tidak ada nombornya.

Tapi seakan jarinya berat untuk menghubungi lelaki tersebut. Banyak dia fikirkan. Apa yang harus dia bicarakan dengan lelaki tersebut?

Apakah yang harus mereka bualkan. Sedangkan lelaki itu. Terlalu kaku untuk berbicara antara satu sama lainnya.

"Alah! Biarkan lah. Bukan dia heran pasal kau pun Ayriana. Lantaklah." setelah itu dia langsung menyambung kerja-kerjanya.

Sedang dia sibuk bercakap dengan diri sendiri tiba-tiba Fattah datang menegur.

"Oi mak cik! Apahal cakap sorang-sorang. Gila ke?" kutuk Fattah.

Serta merta wajah garang Ayriana tunjukkan. "Amboi kau..mulut tak ada insurankan." ujar Ayriana.

Tapi Fattah masih sahaja ketawa terkekeh seperti biasa tidak langsung takut dengan 'kegarangan' Ayriana. Bukan dia akan betul-betul marah.

"Kenapa cik Ay. Kau rindu seseorang ke?" kali ini Naim mencelah. Rakan-rakan sekerjanya ini semuanya sudah bangun mengerumun kepadanya.

Tangan auto di angkat. "Tak adanya. Mana ada." balas Ayriana.

"Mustahil. Mesti ada pun. Ceritalah. Kau dah ada penganti bekas tunang kau tu ke?" soal pula daripada Fahriz.

Mereka satu kumpulan sudah sedia maklum yang Ayriana sudah putus tunang. Itupun setelah Naim sendiri membuka mulut bertanyakan bilakan tarikh dia akan berkahwin.

Yang pada asalnya hanya bualan yang di anggap sekadar gurauan mereka. Tapi tiba-tiba Ayriana sendiri yang membongkarkan dan memberitahu bahawa dia sudah putus tunang dengan Tengku Kamal.

Apabila di tanyakan alasannya, Ayriana ingin merahsiakan dan tidak memberitahu. Kerana menghormati hal peribadinya mereka juga tidak bertanya lebih lanjut.

Hanya membiarkan sahaja. Biar masa dan keadaan yang mengubah segalanya.

"Tak ada. Mana ada." balas Ayriana lagi.

Mahu di paksa mereka sudah mengenali sikap sahabat perempuan mereka satu-satunya ini. Kaki perahsia.

Setelah itu, terus sahaja mereka menyambung kerja masing-masing. Bergosip nanti mulut dan telinga di dalam pejabat mereka ini bukan boleh di percayai sangat.

*****************************

Ayriana berjalan keluar daripada perut lift. Barulah dia boleh menghembus nafas lega.

Akhirnya kerjanya siap juga. Walaupun mendapat pada saat-saat akhir dan harus di siapkan sebelum esok. Tapi dia tetap dapat siapkan.

"Maafkan saya Ayriana. Ini kes kecemasan. Diorang nak cepat. Saya pun baru tahu diorang nak kan perubahan sedikit." ujar Tuan Hafizz.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUOnde as histórias ganham vida. Descobre agora