BAB 57

2.6K 128 9
                                    

3 hari kemudian...

Kenderaan makin lama makin laju dia pandu. Tidak kira mana-mana kereta yang menghalang jalannya di selit sesuka hatinya.

Biarlah setiap pemandu yang dia lewati mahu memarahi dia mahu memaki hamun dia.

Hatinya lebih rasa sakit yang tidak terkarang sekarang. "Biadab betul! Sanggup buat dekat ibu aku macam itu!"

pedal minyak di tekan lebih kuat dan kenderaan berdesup laju membelah jalan raya yang sedikit longgar tersebut.

Sekitar 6.45 petang baru sahaja dia balik daripada kerja terlihat rumah sudah berantakkan dengan pelbagai barang yang jatuh sana sini.

Tidak kira lagi dengan keadaan ibu yang ada beberapa calar balar di wajah.

"Ya allah! Ibu. Apa dah jadi ni? Kenapa rumah kita jadi macam ini? Ibu..." wajah si ibu dibelek sana sini.

Ya allah..sakitnya hati aku melihatnya.

"Ibu tak apa-apa" balas ibu seakan mahu mengelak.

Wajah wanita tersebut berpaling untuk menyusun semua barang-barangan yang jatuh di atas lantai rumah ini.

"Ibu! Boleh tak sekarang ibu jangan mengelak. Bagitahu Ay sekarang! Apa dah jadi ni?! siapa yang datang tadi?" soal dia.

Dia percaya ada seseorang yang datang kerumah ini. Mana tidaknya rumah ini akan berselerak habis.

Tambahan hari ini abangnya pergi ke sabah kerana menyertai operasi mengenai satu kes polis.

"Ibu." panggil Ayriana lagi. Kali ini, dia mendekati dan berbicara dengan lembut kepada ibunya.

"Ibu..please. Bagitahu Ayriana. Siapa punya kerja ni?" lembut dia menyoal.

Dia tidak boleh terlalu memaksa ibunya. Jadi jalan yang terbaik dia harus berlembut dalam berbicara dengan ibu.

Pelahan-lahan puan Salwah memandang kepadanya. Mata yang mulai berkaca membuatkan hati Ayriana jadi tidak kuat.

"Dah..Dahlia dengan anak dia datang tadi." jawab Puan Salwah.

"Diorang datang kata yang kamu curang sebab itulah punca kamu berdua putus tunang." beritahu Puan Salwah asbab sebenarnya dua manusia tersebut datang kerumah.

"Ya allah ibu. Kan Ay dah pernah cakap. Ay tak pernah curang pun masa kitorang bertunang! Kamal yang ada perempuan lain! Siap kahwin lagi. Ibu sendiri nampak kan!" dia mulai baran. Sungguh sanggup menabur fitnah kepada dia!

"Ibu tahu. Ibu tahu Ayriana. Anak ibu tak akan buat macam itu. Ibu dah berkeras cakap yang Ay tak akan buat macam itu. Tapi Ay tengoklah apa dia orang buat." gumang ibu.

Yang dia tidak buta. Dia boleh nampak keadaan rumah ini sekarang. Memang dua beranak itu berani-beraninya membuat hal di rumahnya!

Setelah ibu berkata bergitu bergegas-gegas Ayriana memandu kereta keluar daripada perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya.

Kini dia sedang memandu dengan had kadar kelajuan yang paling maksimum. Lagi-lagi jalan mulai lengang lagi memudahkan pemanduaannya.

"Tak guna! Sanggup korang buat macam itu dekat ibu aku!" hendik dia sendirian sakit marahnya pedal minyak di tekan makin kencang kereta di

Jalan raya lalui tanpa halangan sehinggalah sampai di perkarangan rumah.

Setelah enjin kereta di matikan terus sahaja dia keluar daripada perut kereta dan bergegas jalan menuju ke pintu utama rumah.

Tapi tidak sampai di hadapan pintu utama rumah pun. Dia sudah di 'tunggu' oleh dua orang yang sudah membuat onar di rumahnya!

"Aku dah agak. Mesti kau akan datang ke sini." ujar puan Dahlia. Dengan gaya senyuman yang menjengkelkan dia itu.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now