l a p a n

140 26 6
                                    

Satu jam study, cukuplah kot. Saja nak sedapkan hati, aku bangun dari meja belajar dan gerak ke katil. Padahal dari tadi aku berangan je sebenarnya dekat meja tu. Sejam dah duduk dekat meja, aku bagi alasan sebab aku nak tengok fon.

Aku cabut fon yang tengah charge dekat meja kecil sebelah katil. Mengantuk. Mulut yang sedang ternganga besar akibat menguap, aku tutup pakai tangan kiri. Aku duduk atas katil, fon yang ada di tangan aku aktifkan.

Hampir terpelanting fon ini dibuatnya. Cis, ini mesti kerja si budak Ilyas. Terkejut gila bila buka-bukak fon je wallpaper lubang hidung dia. Hobi budak tu tukar wallpaper orang jadi gambar bukan-bukan. Aku sekadar slide notifikasi yang sedikit banyak daripada biasa,

Dekat Instagram dari tadi berderet orang request untuk follow. Account insta aku private by the way, so orang kena request dulu. Ada dalam 30 orang tag aku dekat ig story dengan feed. Aku tak buka yang tu dulu sebab ia perlukan banyak tenaga untuk emosi aku. Jadi, aku buka WhatsApp, ada mesej dari group budak-budak ni.

Kisyaf:

Ilyasyasa:See?! We did ittt! Dia notice kau Ismail!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ilyasyasa:
See?! We did ittt! Dia notice kau Ismail!

Marzuq:
Jom Mamak?

Qayyid:
Right now?

Marzuq:
Yep. Aq ambk, krng.

Kami dah banyak kali tegur cara Marzuq menaip. Tapi dia tetap tak ubah. Setiap manusia ada kekurangan, mungkin kekurangan Marzuq ialah tak reti menaip betul-betul. Sebagai seorang kawan, aku dengan hati terbuka menerima kekurangan dia.

Aku tutup fon dan terus bangun untuk turun bawah, rumah Marzuq dekat dengan rumah aku, dalam 5 minit je dah sampai. Pergi mamak je pun. Depan rumah sana je.

"Akir nak keluar kejap pergi mamak." Aku tegur ibu yang sedang duduk di dalam pejabat miliknya. Ibu hanya angguk dan sambung buat kerjanya. Begitulah ibu, dia selalu busy. Aku tak kesah sangat sebab dah terbiasa. Masa nak turun tangga, terdengar bunyi kereta Marzuq sudah ada di luar rumah. Laju aku lari keluar sebab mamat tu suka bebel orangnya.









"Aduh, penuhlah. Apa malam-malam penuh ni?" Ilyas mengeluh. Dia peluk tubuh sambil tengok meja mamak yang penuh, "bungkus ke? Lepak kat tempat lain?"

"Nope. Kita makan sini." Kisyaf balas, terbuntang mata Ilyas bila dengar jawapan lelaki itu. Dia berpusing-pusing perhatikan satu mamak untuk lihat meja kosong. Bila dia pasti yang tak ada meja kosong, dia mahu buka mulut untuk membantah apa yang Kisyaf katakan tadi, "pandang pukul 4 sana. Ada meja kosong."

"Sekarang, pukul 10 malam." Ilyas berpusing-pusing macam kipas helikopter. Aku tarik bahu dia, dan dorong ia ke arah pukul empat,

Pukul empat dilihat, ada satu meja panjang yang diduduki oleh dua orang budak perempuan, "apa masalah dia berdua tapi duduk meja besar?" Komen Ilyas penuh tidak puas hati. Aku dah terdiam sendiri melihat siapa yang duduk di meja tersebut, segala isi kepala mula melayang entah ke mana,

"Itu crush Akir, kau tak nampak ke?" Kisyaf cuba untuk bawa Ilyas ke alam nyata. Ilyas berdiri sebelah aku sambil jadikan kedua belah tangannya sebagai teropong untuk melihat dua orang perempuan tersebut,

"Adoi!"

"What are you doing?" Ilyas baru lepas kena tampar dengan Qayyid, dia gosok pipinya yang mungkin berbirat itu sambil tayangkan muka seposen. Qayyid mengeluh kecil dan usap sekali muka budak tu, "sorry, your bad."

"Korang oder, biar aku dengan Akir pergi minta tempat duduk." Lamunan aku mati bila Kisyaf tarik lengan aku untuk menuju ke meja yang sedang diduduki oleh Akish. Mulanya aku cuba untuk lari tapi Kisyaf laju sahaja halang. Tangannya kemas genggam tangan aku agar aku tidak lari. Makin dekat dengan meja itu, makin berdebar jantung aku buatnya.

"Be a man!" Kata Kisyaf separa berbisik, "correct your posture."

Aku ikut arahannya dan tegakkan badan, kami tiba di meja tersebut. Kisyaf ketuk meja panjang itu beberapa kali untuk tarik perhatian dua orang perempuan itu.

"Eh? Akir!" Jerit Akish riang, aku tunduk kepala kerana malu yang teramat. Perlahan-lahan aku mula duduk belakang Kisyaf untuk menyorok, Kisyaf tarik aku keluar dan tampar belakang badan aku, isyarat untuk aku duduk diam-diam.

"H.. hai Akish." Aku lambai kembali dengan tersipu malu. Akish senyum lebar menampakkan giginya kepada aku. Sekarang, aku rasa macam pipi aku panas. Aku tak boleh duduk diam dan pandang dia. Boleh jadi gila!

"Kenapa?" Kawan kepada Akish menyoal, membawa kami ke topik asal,

"Oh, nak tumpang duduk sini boleh? Tak de meja lah."

"Sure, duduk lah. Berdua je ke?"

"Nope, ada lagi yang lain tengah oder."

Kisyaf menjadi manusia paling berguna pada waktu sekarang bila aku cuma mampu diam dan tahan malu. Aku tak tahu macam mana nak bercakap dengan diorang dan aku tak tahu rupa aku macam mana sekarang ni. Apa yang aku tahu, telinga dan pipi aku sudah mula bahang. Kalau ada effect pada aku, mesti sudah berasap-asap dah aku sekarang ni.

"Akir, sini duduk sini!" Dia offer pulak untuk aku duduk sebelah dia. Aku pandang Kisyaf, dia bagi aku pandangan yang berkata 'pergilah-cepat' sambil tolak-tolak aku dari belakang. Muka aku bertambah bahang rasanya. Berpeluh-peluh sekarang ni sampaikan hampir basah baju dibuatnya. Aircond MacDonald langsung tak terasa dek bahang cinta ini!

Aku duduk sebelah Akish sepertimana yang dia ajak tadi,

"Panas eh mamak harini?" Kisyaf kibas-kibaskan bajunya. Dia pandang aku dan buntangkan mata buat beberapa saat, suruh aku sambung topik dia agaknya,

"Betul. Panas."

"Berpeluh teruk awak ni Akir. Panas sangat ke?" Akish kipaskan tangannya arah aku. Bertambah tidak keruan aku jadinya, aku tunduk kepala dan kibas-kibas baju. Aku kena berani, Akir kena make a move. Sampai bila aku nak suruh kawan-kawan aku handle semua ni je?

"Nah, nah. Kipas." Aku hulur tangan pada Akish, tak tengokpun kipasnya itu. Apa yang sampai pada aku ialah telefon bimbitnya, "kipas. Hehehe." Dia ketawa dengan lawak dia sendiri. Dia bukak gambar kipas dekat telefon dia untuk aku. Akupun ikut gelak sama tapi Kisyaf dah mula tayang muka 'for-real?' kepada aku.

"Oh, tadi Akir menyanyi dekat depan tu kan? Best gila!"

"Yeke? Terima kasih." Akish sambung makan fries. Kenapa kawan-kawan aku yang lain lama sangat ye agaknya? Aku tak tahu nak borak apa lagi dah ni.

"Kenapa korang duduk sini malam-malam ni?" Kisyaf mula cari topik bila meja mula senyap. Cuma diisi dengan suara nyanyian kecil Aksih sahaja,

"Bawak dia makan ayam." Balas kawan Akish, "oh ya, nama kau apa? Aku Intan by the way."

"Kisyaf." Intan kalih mukanya arah aku pula,

"Akir."

"Oh, Akir. Haritu awak kan yang bayarkan ayam dekat cafe tu?" Aku angguk kepala, padahal aku dah lupa dah kejadian ni. Kisyaf pula mula memerah mukanya. Bagi dia, kejadian tu paling memalukan dalam hidup dia. Bayangkan Kisyaf yang emo, ber rawrr rawrr sebab lapar nak makan, "berapa ringgit eh? Aku bayar balik."

"No... it's okay. Aku belanja." Aku lambai tangan ke udara. Menolak permintaan Intan itu,

"Waaa! Awak belanja? Nanti belanja lah lagi hihi."

"Boleh. Call je kalau nak apa-apa." Simbol telefon diangkat letak pada telinga. Setan apa yang hasut aku pun aku tak tahu agaknya. Akish hulurkan telefonnya kepada aku sekali lagi, "kenapa? Saya tak nak kipas dah."

"Apa nombor telefon awak? Macam mana nak call nanti?"

Badum! Hati aku meletup seperti letupan bom di Hiroshima dan Nagasaki.

Highschool SweetheartWhere stories live. Discover now