[ Chapter 34 ]

284 9 0
                                    

" isha rindu suami isha ? " tanya puan Nadia

Seketika Qalisha mengangguk

" isha tak nak balik ke ? , suami isha mesti rindu isha , dia tunggu kamu bangun .." ucap Puan Nadia .

kalau boleh dia hendak pulang ke dunianya . tetapi dia tidak sanggup meninggalkan mereka disini . pada masa inilah dia melepaskan rindunya yang telah lama terpendam .

" isha nak balik tapi , isha nak jaga anak isha .."'ucap Qalisha sayu . sambil anak mata hazelnya memandang lembut kearah anak lelaki nya .

" anak kamu , abah dengan ibu yang jaga .. kamu jangan risau .. kamu masih bergelar sosok isteri kepada Tengku Daniel jadi kamu tak boleh biarkan Daniel terpendam dalam kesedihan bila tengok isteri dia masih belum sadar .." jelas Encik Razak

Qalisha hanya diam membisu , matanya sudah berkaca-kaca . seperti tidak mahu meninggalkan mereka . tetapi mesti suaminya sedang menunggunya sekarang ini .

" balik isha , semua tengah tunggu isha ... ibu dan abah selalu berada di belakang kamu , kami tidak akan pernah lupakan isha " pujuk Puan Nadia .

tiba-tiba sebuah cahaya muncul bertepian dengan sungai , terlihat seperti sebuah pintu .

seketika , Qalisha memandang kearah cahaya itu .

" ibu ... abah..." ucap Qalisha serak

mereka hanya tersenyum , Puan Nadia mengendong tubuh kecil anak Qalisha ,

" isha akan selalu rindukan abah dengan ibu .."
jelas Qalisha .

Qalisha langsung mendekap tubuh ibu dan abahnya . mereka membalas pelukan itu .Qalisha seperti tidak mahu meninggalkan mereka tetapi ... ini bukan alamnya

mungkin suatu hari dia juga dapat berkumpul bersama lagi sebagai keluarga yang lengkap selamanya .

" mama balik dulu sayang , papa dah tunggu mama " ucap Qalisha . dahi bayi itu dikucup lembut berkali-kali .

" jaga diri kamu .." ucap Puan Nadia , sambil memberi sebuah senyuman .

Qalisha luluh melihat senyuman itu . ini adalah sebuah memori yang sangat indah untuk dirinya .

langkah demi langkah Qalisha berjalan mendekati cahaya itu , dan dia sempat berpaling menghadap mereka bertiga lagi .

kali ini anaknya melambaikan tangannya yang kecil itu . diikuti dengan ibu dan abahnya .

Qalisha tersenyum dan melanjutkan langkahnya memasuki cahaya itu .

[ End Pov Qalisha ]

Qalisha membuka matanya , dia bangun dari katil , kepalanya sedikit berdenyut . mungkin ini kesan pertama .

matanya melilau melihat sekeliling , tiada sesiapa . jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi . mungkin semua orang sedang tidur .

tekaknya terasa kering , tangannya mencapai sebotol air mineral di meja nightstand . dia meneguk air itu perlahan .

setelah selesai meminum air . dia sedikit teringat akan wajah anak lelaki nya . tangannya mengusap perutnya yang sudah mengempis .

air mata sudah membasahi pipi mulusnya .

" maafkan mama .."' ucap Qalisha sayu

perlahan-lahan Qalisha bangun dari katil dan berjalan keluar dari bilik rawatan .sebelah tangannya masih sakit kerana masih tercucuk jarum rawatan .

Daniel terjaga setelah mendengar azan subuh berkumandang yang menandakan seluruh umat islam harus menunaikan kawajiban mereka sebagai seorang muslim .

setelah Daniel selesai menunaikan solat subuh , dia memutuskan untuk menjenguk isterinya seperti biasa .

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]Where stories live. Discover now