Cʜᴀᴘᴛᴇʀ 9

8 2 20
                                    

"... mahu awak jaga puteri saya untuk selamanya."

"Tuanku, tuanku nak saya jaga puteri? Bagaimana dengan tuanku?" Kata lelaki itu risau akan pemaisurinya tetapi pemaisuri itu hanya tersenyum lembut. Lelaki itu terdiam seketika dan menundukLalu dia mengangguk tanda faham. "Saya mintak awak sembunyikan puteri setakat ni. Tolong jaga dia baik-baik." Kata pemaisuri dengan wajah yang sayu sambil tersenyum lembut.

Melihat pemaisurinya begitu, lelaki itu  mula simpati dan berjanji kepada pemaisurinya. "Saya...Saya bersumpah akan menjaga puteri sehingga akhir hayat saya." Pemaisuri itu tersenyum lembut mendengar janji sumpah lelaki itu.

"Kedeguk...Kedegukk...Kedegukk..."
"CARI DIA DISANA!"

Kedengaran bunyi kuda dan askar-askar mendekati kawasan rumah itu. Pemaisuri terus memberi anaknya yang berumur 3 tahun di dalam dukungannya kepada lelaki tersebut. "Aki, jangan nakal-nakal. Dengar cakap pakcik tau. Jangan memilih makan, jangan jadi sombong, senyum selalu tau. Mama selalu ada dengan Aki. Mama sayang Aki." Kata pemaisuri itu sambil dahinya melekap ke dahi anaknya. Air mata membasahi pipi pemaisuri tersebut tetapi dia tetap tersenyum manis demi anaknya. Dia lalu mencium anaknya lalu pergi dengan menunggang kuda.

Lelaki tersebut berlari ke dalam rumah dan mengunci pintu rumahnya lalu masuk ke dalam bilik sambil memujuk anak perempuan yang sedang menangis kerana ditinggalkan emaknya.

𝑇𝐻𝐸 𝑨𝑹𝑪𝑯𝑬𝑹𝑺Where stories live. Discover now