Cʜᴀᴘᴛᴇʀ 10

5 0 18
                                    

𝐄𝚗𝚓𝚘𝚢

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐄𝚗𝚓𝚘𝚢

꧁☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎☁︎꧂

Mereka bergelak tawa sambil berjalan menuju ke rumah. Suzuki hanya melihat gelagat mereka yang macam-macam dengan gembira manakala Yuji hanya bahagia didalan hati melihat mata Suzuki yang bersinar dan cantik baginya.

Ryota pula menarik-narik rambut Ichika mengusiknya. Ichika bising memarahinya dan pergaduhan antara mereka berlaku. Mereka dan pergaduhan tidak dapat dipisahkan. Hara dan Kaoru hanya gelak sahaja. Sedang mereka berjalan, mereka ternampak seperti asap dan habuk bertebangan di udara dari arah rumah mereka. Suzuki mula rasa curiga dan berlari ke arah rumah. Mereka yang lain tercungap-cungap berlari mengejar Suzuki.

"Hahh...Hahh... Lajunya kau. Kau dah kenapa kak?" Ichika melihat mata Suzuki yang terbeliak dan beku ditempatnya. Ichika pun turut melihat ke arah benda yang Suzuki sedang melihat.

RUMAH MEREKA ROBOH DAN SUDAH HAMPIR RENTUNG KESEMUANYA


"ATOKKK!" Suzuki menjerit lalu berlari ke arah rumahnya. Yang lain juga turut terkejut melihat rumah tersebut dan berlari ke arah rumah itu. Ichika dan Kaoru berlari tercungap-cungap, risau akan keadaan atoknya.

"Atook! Arghh... *sniff* Atok!" *Suzuki mengalihkan batu bata sambil menangis, tidak menghiraukan tangannya yang sudah pun luka akibat batu bata itu. Ichika dan Kaoru juga turut menjerit mencari atok mereka. Ryota dan Hara juga turut membantu mereka bertiga, terifikir-fikir siapakah yang sanggup memusnahkan rumah itu. Setahu mereka, Atok Mahoto tiada musuh walau 1 pun.

Yuji berdiri berdekatan mereka. Masih tercengang melihat keadaan rumah itu. Dia menurunkan pandangannya melihat tanah dan mengetap giginya. Tangannya digenggam erat. "Tch."

"Suzuki... Ichika... Kaoru. *cough* *cough*" Mereka semua terus mencari arah suara tersebut dan mengalihkan batu bata yang berdekatan dengan suara itu.

"ATOK!" Tubuh Mahoto lemah dan layu. Tiada tenaga. Seperti dirinya di hujung nyawa. Mahoto dihempap dinding yang besar yang tidak mampu dialih walau seberapa banyak orang pun yang cuba mengalihnya.

Suzuki dan 2 adiknya cuba untuk mengangkat dinding itu. Tangan Suzuki sudah pun luka tetapi dia menghiraukannya. "Cucu atok. Kamu tak perlu angkat. Tiada gunanya." Kata Mahoto dengan suara yang lemah.

"Tapi atok--"

"Atok dah tak banyak masa. Walaupun kamu dapat angkat, masa atok dah tak lama." Mahoto berkata dengan lembut sekali. Matanya layu dek kehilangan tenaga.

𝑇𝐻𝐸 𝑨𝑹𝑪𝑯𝑬𝑹𝑺Where stories live. Discover now