f o u r

112 26 2
                                    

•••

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



Dear Lily

Jom main dekat taman
dengan saya
Saya tunggu awak

Surat yang Lili dapat seminggu lepas hanya dipandang dengan wajah sedih. Dia yang sedang duduk di atas kerusi kayu berhadapan dengan tingkapnya terbuka itu murung sahaja wajahnya.

Lili demam minggu lepas. Dan hari ini baru Lili pergi periksa isi peti surat.

Ada surat dari budak lelaki tu tapi Lili lambat baca.

Kalau Lili tak demam mesti dia dapat jumpa dia. Kalau Lili tak ada sakit tak boleh kena matahari mesti juga dia boleh hari-hari jumpa dia lagi.

Lili nak jumpa dia.

"Lili dah sihat?"

Tiada jawapan daripada Lili apabila ibunya menegur.

Birai hujung katil diambil ibunya sambil matanya lembut memandang Lili di hadapan tingkap itu.

"Lili nak jumpa dia ke?"

Lili mengangguk.

Perlahan ibunya lepaskan keluhan. Ibu dekati Lili di kerusi. Sikat di tangan disikatkan ke rambut putih Lili.

"Lili kenal ke dia siapa?"

Lili geleng.

"Kalau tak kenal kenapa Lili nak jumpa dia?"

"Dia je yang nak kawan dengan Lili."

Jawapan Lili buatkan tangan yang sedang menyikat rambut Lili itu terhenti.

Ibu baru tahu Lili tak ada kawan.

Lili rasa bosan duduk rumah.

Lili sebenarnya sunyi.

"Lili suka rambut putih Lili ni?"

Lili menggeleng. Wajah ibunya di belakang ditoleh, "Tapi dia suka rambut Lili. Dia kata rambut Lili macam bunga Lily. Jadi, Lili suka rambut Lili"

Ibu Lili lepaskan tawa kecil mendengar jawapan Lili itu.

Cawan kecil yang ada atas meja Lili terkumpul tiga kuntum origami bunga lily dipandang pula. Mesti budak lelaki yang Lili selalu cerita itu beri.

"Lili nak pergi taman?"

Bersinar kembali mata yang muram tadi.

"Nak!"

Lili nak pergi taman jumpa dia.

Yea!




Tbc

Dear Lily ©Onde histórias criam vida. Descubra agora