t w e l v e

159 22 4
                                    

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Lili terpana melihat lukisan yang tergantung tepat di hadapannya. Lukisan seorang wanita. Nampak biasa tapi apabila dia pandang ada satu rasa yang menyinggah.

Rasa disayangi dan dicintai.

Bawah bingkai lukisan itu Lili pandang tag namanya.

"My Dear Deer, Maya."

Seseorang sudah menyebut nama lukisan itu terlebih dahulu.
Mata Lili masih tertumpu pada lukisan itu. Senyuman tak lepas di wajah.

"She has been drawn with love," lontar kata Lili menoleh ke sebelah.

"The artist madly in love with her," balas dia sama memandang ke arah Lili.

Langit biru itu bertemu dengan langit gelap penuh dengan bintang. Senyuman mereka saling melebar.

"Always," serentak mereka.







•••

Ayqal cerita segalanya pada Lili. Ayqal terpaksa pindah dengan kawasan perumahan dekat dengan hospital untuk pemeriksaan jantungnya. Berita baiknya, Ayqal dapat pemindahan jantung.

Dan di sini mereka.

"Saya Lili," kata Lili setelah Ayqal menghulurkan secawan kopi panas padanya.

Ayqal tertawa.

"Jadi saya teka nama awak betullah?"

Lili mengangguk.

Cawan kopi panas itu Lili angkat dan hirup. Dulu dia benci kopi tapi bila usia semakin naik kopi jadi kegemaran.

Sama macam rambut putihnya. Dulu dia benci rambut putih dan mata biru yang ada pada dia. Tapi selepas ada budak lelaki kata dia suka dengan rambut Lili, Lili sayang dengan rambut itu.

Dan mata biru ini jadi satu tempat yang boleh ditatap oleh langit gelap dengan bintang bersinar itu.

"Awak dah tahu nama saya. Takkan saya nak panggil awak Flowerpot sampai bila-bila?"

Ketawa mereka bergabung bersama.

"Saya Ayqal."

Akhirnya, mereka berjumpa.
Bunga lily jumpa pasu untuk dia tinggal.

Dear Lily
I will waiting for you

Dear Flowerpot
I will be there




End

Dear Lily ©Where stories live. Discover now