𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 11

14.8K 636 22
                                    

"Daryssa!"

Wanita itu yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam lif untuk pergi ke pejabat Tengku Qays namun terhenti apabila namanya diseru oleh seseorang.

"Daryssa tunggu kejap." Jejaka itu berlari ke arah Daryssa. Tercungap-cungap jadinya. Dah kenapa dengan sepupunya itu?

"Kau ni kenapa Haziq?" Pelik betul dengan tunang si Aisyah ni. Cukuplah Aisyah tu dah pelik, jangan tunangnya turut sama juga. Kesian anak mereka nanti.

Perangai Haziq ni sama sangat seperti Abang sulungnya. Maklumlah, Haziq dan Darwisy sahajalah cucu lelaki kepada Nenda Ijah. Yang lainnya semua perempuan. Tu yang mereka jadi satu kepala tu. Haziq sebenarnya dia juga mempunyai gelaran Tengku tetapi hanya orang yang rapat dengan dia sahaja tahu. Nak berahsia konon sedangkan terang benderang namanya dalam ic Tengku Haziq Ameer bin Tengku Hafiz Ilham.

"Aisyah ada call kau tak?" Soal Tengku Haziq.

Dah kenapa pula Aisyah nak kena call dia?

"Kenapa pula Ecah nak call aku? Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Daryssa risau. Manalah tahu ada benda buruk jadi pada sahabatnya itu.

"Bukan, Aisyah tu dia tengah merajuk dengan aku sebernanya." Hailah, Minggu ni sahaja dah berapa kali mereka bergaduh. Si Aisyah tu lah. Mengada-ngada sangat. Asyik-asyik nak merajuk saja kerja.

"Haziq, apa lagi masalah korang ni? Cuba cerita."

"Semalam, Aisyah dia ada minta aku belikan Maggi Ramen. Yang Korea tu. Tapi, manalah aku tahu dia suka makan flavor apa. Lepastu, rupanya yang aku beli tu bukan Maggi Ramen yang dia nak. Bila aku check semula Whatsapp, baru perasan yang dia nak warna pink tapi aku beli yang warna kuning. Salah aku lah sebab tak baca sampai habis."

Haziq menjelaskan dengan terperinci.

"Sebab tu je korang gaduh?"

Apalah diorang ni. Benda kecil pun mahu bergaduh. Ni kalau dah kahwin nanti, tak tahu apa yang akan jadi.

"Bukan sebab tu." Daryssa mengerutkan keningnya. Habis tu sebab apa?

"Kalau bukan sebab tu sebab apa?"

Haziq sempat menghela nafasnya sebelum dia berkata.

"Sebab sebelum aku sampai, dia ada tengok IG story ex aku lepastu ex aku tu tengah makan Ramen yang warna kuning tu. Lepastu, aku pula tersalah beli yang warna sama dengan ex aku punya. Tu yang merajuk tu."

Aisyah ini sebenarnya sangat suka bandingkan dirinya dengan orang lain. Aisyah selalu rasa rendah diri dengan diri sendiri sebab dia tidak terlalu cantik. Lagi-lagi jika dibandingkan dengan ex girlfriend Haziq. Jauh beza.

Tetapi Haziq tidak lihat pada rupa. Sebab Haziq jenis yang suka melihat kepada kesetiaan. Datanglah wanita cantik macam mana pun. Kalau dalam hati dia sudah ada Aisyah, tiada lagi wanita yang boleh gantikan tempatnya.

"Sekarang ni, kau nak aku buat apa?" Sudah tentu Daryssa perlu bantu. Ini soal masa depan Aisyah. Sebagai sahabat, sudah tentu dia mahukan yang terbaik untuk Aisyah.

"Tolong beritahu yang aku nak bawa dia keluar dinner malam ni. Boleh?"

"Kenapa kau tak nak cakap sendiri je." Soal Daryssa dengan nada yang tenang.

"Dia mana nak jawab call aku."

Daryssa hanya menghela nafasnya panjang sebelum menganggukkan kepalanya tanda dia setuju untuk melakukan apa yang diminta oleh Haziq.

Kehadiran seseorang telah membuatkan kedua-dua mereka tersentak.

"EHEM."

Daryssa sudah boleh mengagak suara siapakah itu dibelakangnya pada ketika ini.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now