𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 13

13.2K 589 5
                                    

"Ika, jom pergi shopping nak?" Potongan buah oren itu dimasukkan ke dalam mulut sebelum dia membuang kulit itu ke dalam plastik kecil di atas meja makan di hadapannya.

"Boleh jugak. Ika dah lama tak pergi shopping." Perempuan, walaupun baru beberapa hari tidak shopping, bagi mereka sudah lama. Padahal baru tiga hari lepas mereka pergi shopping bersama-sama dengan Daryssa.

"Kita pergi berdua je ke?"

"Nampaknya macam tu lah. Daryssa ada kat rumah parents dia. So, tak boleh lah nak ajak dia sekali kan?" Ika dan Aisyah kedua-duanya menganggukkan kepala mengiakan apa yang dicakapkan oleh Aisyah.

Daryssa pulang ke rumah keluarga dia harini. Ibu dia itulah. Rindu sangat gamaknya. Semenjak Daryssa sudah bekerja ni, memang jarang sangatlah dia pulang ke rumah keluarganya. Daryssa kan anak mak.

"Jom lah siap sekarang. Hang tu dah lah lambat bersiap." Mata Aisyah terbeliak besar mendengar apa yang dikatakan oleh Ika. Aip, siapa ajar ni? Mesti Daryssa yang ajar Ika cakap-cakap macam ni kan.

"Oh, dah pandai eh sekarang cakap orang." Aisyah memandang Ika dengan mata tajam. Ingat si Ika tu takut? memang tak lah. Walaupun mereka ini sebaya, tetapi Aisyah tetaplah yang paling rendah dikalangan mereka bertiga. Kecik sangat. Kalau marah memang comellah gamaknya.

"Daryssa yang ajar." Tersengih je yang Ika mampu pada ketika ini. Nasib lah si Ika ni jenis lembut je orangnya. Aisyah takut untuk tercedera kan Ika sebab walaupun Ika lebih tinggi berbanding dia, tetapi Ika sangat kurus. Tu yang dia takut tu. Kalau Daryssa ni, dah lama dia baling bantal ni kat minah tu. Dahlah tinggi. Macam tiang elektrik dah. Tiang elektrik pun insecure dengan ketinggian Daryssa.

"Oh, kau tunggu eh. Nanti Daryssa balik, aku report kat dia pasal perangai sebenar kau ni." Jari telunjuk Aisyah dirundingkan ke arah Ika. Alahai, ingat dia takut ke? Main ugut-mengugut pula.

"Bagitahu lah. Bagitahu lah." Sempat Ika mengejek Aisyah sambil melunjurkan lidahnya sebelum dia berlari masuk ke dalam biliknya. Dia tahu, pasti Daryssa akan menyebelahi dia. Pasti Aisyah tu bengang je nanti.

"Oh, kau tunggu eh Ika. Siap hang satgi. Aku minta hang belanja banyak-banyak. Biar hang bankrup." Haih, dah merapu dah minah ni bercakap.

"Aisyah, bila kita nak balik ni?" Air Sirap Bandung Soda itu dikacau menggunakan straw lalu disedut sedikit sebelum dia membuat muka kerana masam dengan air tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aisyah, bila kita nak balik ni?" Air Sirap Bandung Soda itu dikacau menggunakan straw lalu disedut sedikit sebelum dia membuat muka kerana masam dengan air tersebut. Walaupun Ika ni tak tahan kalau minum air gas, tapi dia masih minum. Sebab dia suka.

"Lagi lima minit. Sebab nak kena jumpa Haziq sekejap. Haritu birthday dia tapi tak dapat sambut sekali sebab dia ada urusan kat Malaysia. Ni nak bagi hadiah dia lah ni." Bagi kertas warna putih itu diletakkan ke atas meja sebelum dia mula tersengih macam kerang busuk. Fikiran apalah si Nur Aisyah Iman ni.

"Lah, haritu bukan ke cakap nak buat surprise dinner dengan dia. Kenapa tak bagi time tu je. Kan senang sikit." Pelik. Sungguh pelik. Aisyah ni kata nak buat surprise dinner malam Jumaat depan. Lagi beberapa hari je lagi. Kenapa perlu bagi hadiah ni sekarang? Bagi nanti kan boleh.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now