TONTON

8K 28 1
                                    

TONTON

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TONTON

BACAAN DEWASA
GENRE: GAY

Selesai menghantar anak perempuan aku ke sekolah, aku menunggang motorsikal aku ke rumah usang peninggalan arwah ayah aku. Sudah sebulan arwah ayahku meninggal dunia. Rumah pusaka ini bakal dihuni oleh adik bongsu aku yang bakal berkahwin pada hujung bulan íni.

Ketika sedang mengemas stor rumah pusaka ini, aku terkejut dan tersenyum sendirian bila melihat sebuah tv model lama yang masih elok namun dipenuhi habuk. Inilah tv yang pertama arwah beli pada hujung tahun 80an. Aku masih ingat lagi, waktu tu hanya ada 4 rumah sahaja yang mempunyai tv warna ketika itu dikampungku.

-FLASHBACK-

"Ayah beli tv ke?!"aku terkejut melihat ayah sedang membetulkan antena tv.
"Ye.. jangan usik! Dah sana.. pergi salin baju tu dulu! Jangan kacau!"marah ayah
"Bila ayah beli? Ada cerita kartun tak?"kata aku melemparkan beg sekolah
"Aku kata pergi salin baju dulu kan!"marah ayah aku
"Mak!! Kita dah ada tv!!"jerit aku ketika berlari ke dapur
"Ye sudah.. pergi tukar baju tu.. lepas tu makan nasi dulu baru boleh tengok tv"kata mak aku

Bermula dari hari itu memang banyak masa aku habiskan dengan menonton tv itu. Rasa seronok dan teruja bila menonton pelbagai drama dan kartun dalam versi berwarna. Jika sebelum ini tv lama hanya menayangkan hitam putih sahaja.

Beberapa hari kemudian ketika aku sedang mengayuh basikal pulang dari sekolah, aku ditegur oleh beberapa rakan lain. Mereka bertanya samada betulkah rumah aku sudah memiliki tv berwarna, aku mengiyakan dengan nada bangga.

Rakan yang lain ingin datang ke rumah menonton tv, tapi mereka tidak berani kerana takut dengan ayah aku. Ayah aku seorang tentera yang panas baran dan memang dikenali oleh semua orang dikampung ini.

Setibanya dirumah aku sudah tidak sabar untuk menonton tv. Drama melayu yang selalu aku tonton akan bermula sebentar lagi. Sesudah meletakkan basikal di sebelah kereta saga ayah aku, aku terus berlari ke dalam rumah.

"Apa budak ni buat kat sini mak?"tanya aku pada mak aku yang sedang duduk bersantai menonton tv bersama seorang lagi budak lelaki.
"Biarlah dia nak tengok tv. Mak si saiful ni keluar pergi hospital. Mak dia minta tolong mak jaga dia kejap"kata mak aku

Aku berjalan masuk ke dalam bilik dengan rasa sakit hati. Aku sebenarnya menyampah dengan saiful ni. Mak aku selalu melayannya baik. Saiful baru berusia 9 tahun dan sekolah di darjah 3 berbanding aku yang sudah bersekolah menengah di tingkatan 2.

"Makcik, kenapa lelaki tu tampar perempuan tu?"tanya saiful ketika kami menonton drama tv.
"Perempuan tu curang"jawab mak aku.
"Curang tu apa makcik?"tanya saiful lagi
"Curang tu macam perempuan tu suka kat lelaki lain"
"Ooo kenapa perempuan tu suka kat lelaki lain?"soal saiful
"Wei kau tanya banyak-banyak lak! Tengok diam-diam tak boleh ke?"marah aku
"Ala tanya pun tak boleh?"ngomel saiful
"Diamlah! Kalau tak aku tutup tv ni kang!"tegas aku
Saiful memandang emak aku dengan wajah tagih simpati
"Dah jangan nak berkelahi lagi. Mak nak baring kejap"kata mak aku lalu mencapai bantal kusyen dari kerusi.
Saiful pun mengikut sama.
Aku hanya memandang penuh meluat pada saiful.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOLEKSI CERPENWhere stories live. Discover now