129 : SHOOTING STAR

25 3 0
                                    

Hyunjin, seorang mahasiswa tahun akhir di sebuah universiti itu sedang leka memerhatikan suasana dinihari kota Seoul melalui tingkap biliknya.

Sesekali dia mengeluh, memikirkan beban dan tekanan dari peperiksaan akhir semester yang dirasakan begitu memenatkan.

Tinggal berseorangan di sebuah apartmen tersebut membuatkan dia sukar berkongsi masalah atau cerita dengan sesiapa, terkecuali patung beruangnya di atas katil.

Sedang leka memikirkan masalah hidup, matanya menangkap suatu objek terang yang melintas di langit malam.

" Tahi bintang " dia bergumam. Senyum lebar terukir apabila dia teringat pesan eomma nya untuk membuat hajat setiap kali melihat objek itu.

Hyunjin mula memejamkan mata. Berdoa segala macam perkara yang diinginkannya termasuklah lulus dengan cemerlang untuk ujian akhirnya.

Usai berdoa, dia terus menutup lampu bilik dan berbaring di katilnya untuk tidur. Tetapi, rasa mengantuknya tak kunjung tiba sebaliknya yang dirasakan hanyalah rasa sejuk yang luar biasa.

Hyunjin membuka matanya sejenak dan memerhati sekeliling biliknya sebelum menutupnya kembali dengan penyesalan.

Di luar tingkap bilik tidurnya, tempat dia berdoa, ada suatu objek seakan akan tahi bintang terapung di luar sana.

Rambut yang terjuntai panjang ke bawah sudah cukup membuatkannya tahu bahawa tahi bintang tidak pernah wujud.

[ OG ] nightmare ⦂ 𝙘𝙧𝙚𝙚𝙥𝙮 𝙤𝙣𝙚 𝙨𝙝𝙤𝙩Where stories live. Discover now