67: ASSEMBLY

114 20 2
                                    

Heechul ialah seorang pelajar di sebuah highschool.Setiap hari,akan diadakan perhimpunan bagi warga sekolah di dewan.

"Seperti yang kamu sedia maklum, jangan pandang belakang semasa perhimpunan"Heechul mengeluh setiap kali mendengar ayat itu keluar daripada mulut pengetuanya.

"Dah 3 tahun aku sekolah sini tapi aku tak tahu kenapa saem tak bagi pelajar pusing belakang?"hati Heechul terdetik ingin mengetahui sebabnya.

"Mungkin hari ni aku patut cuba" getus Heechul.Dia mengatur langkah ke dewan yang mula dipenuhi pelajar dan guru.

"Baiklah,saya selaku guru bertugas minggu lepas ingin melaporkan aktiviti yang berlaku sepanjang pengawasan saya"guru yang bercakap di hadapan tidak dihiraukan Heechul.Dia cuma mahu mengetahui apa yang ada di belakang mereka sewaktu berhimpun.

Perlahan lahan,dia memusingkan kepalanya.Oleh sebab kedudukannya paling belakang,agak sukar untuk orang lain melihat perlakuannya.

"Tak mungkin..."Heechul menekup mulutnya dari menghasilkan sebarang bunyi.

Di matanya,jauh di belakang dewan,jelas kelihatan beberapa orang guru sedang memotong anggota badan sekumpulan pelajar yang sudah menjadi mayat. Daging yang dipotong itu dimasukkan ke dalam bekas.Dia juga dapat melihat pekerja di dewan makan mengambil bekas tersebut sebelum menuju.

"Selama ni aku makan mayat...?"Heechul memusingkan kepalanya ke hadapan.Dia berusaha untuk tenang.

"Baiklah,para pelajar boleh bersurai melalui pintu depan"para pelajar mula bergerak ke depan untuk keluar dari dewan tanpa perlu memusingkan badan atau kepala ke belakang,malah pelajar sekolah ini diajar berjalan menunduk.

Heechul segera bergerak di dalam barisannya.Keluar sahaja dari dewan,ada satu tangan yang menghalangnya.

"Cikgu nak jumpa dengan kamu kejap" guru itu tersenyum

Heechul mengekori guru itu tanpa sebarang syak.Lagipun,dia masih cemas dengan apa yang berlaku.

"Kamu duduk sini,nanti cikgu datang balik"Heechul dibiarkan duduk di tepi gelanggang bola keranjang.

Guru itu masuk berjalan ke belakang stor bersebelahan gelanggang.

"Saya dah bawa dia ke gelanggang,kamu boleh buat kerja kamu sekarang"

Dalam masa beberapa saat,kawasan gelanggang yang terpencil daripada blok akademik itu diisi dengan suara jeritan seksa daripada Heechul.

"Kan aku dah kata jangan pandnag belakang.Degil"guru itu smirk sebelum menghilangkan diri


[ OG ] nightmare ⦂ 𝙘𝙧𝙚𝙚𝙥𝙮 𝙤𝙣𝙚 𝙨𝙝𝙤𝙩Where stories live. Discover now