001

20 1 0
                                    

(P/s: Gambar hanya imaginasi semata-mata. Credits all to pinterest;)

Matahari memancar terik menembus tingkap kamar membuatkan sosok tubuh yang terbaring lena di atas katil bersaiz queen itu bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matahari memancar terik menembus tingkap kamar membuatkan sosok tubuh yang terbaring lena di atas katil bersaiz queen itu bergerak. Keningnya berkerut, barangkali menahan silau. Sepasang tangan menarik selimut untuk menutup wajah bila tiba-tiba pintu kamar diketuk dengan lantang. Huh?

Mak Bin menggelengkan kepala. Ini sudah kali ke-3 dia mengetuk kamar pintu milik puteri sulung Tuan Ridwan dan almarhumah Puan Dian. Sudah keluarkah gadis itu? Tapi tiada pula dia mendengar bunyi kereta atau suara bising milik gadis itu pagi ini yang memekik kerana Panko berlari-lari dengan kesan tanah di sekitar ruang rumah.

"Apa harus diketuk lagi?"

Sekali lagi, tangan tua itu mengetuk pintu kamar gadis itu. Telinga dia dekapkan pada pintu, niat ingin mendengar jika ada sebarang bunyi dari dalam kamar bila pintu itu tiba-tiba dibuka dari dalam. Sebaliknya, Mak Bin dikejutkan dengan sosok tubuh yang berdiri di depan pintu. Mak Bin menggaru kepala, entah segan dengan tingkah sendiri atau bingung melihat penampilan anak majikannya itu.

"Pagi, Mak Bin. Ada apa main ketuk-ketuk ni?"

Nadeen menguap kecil, menunduk memandang Mak Bin yang tinggi hanya separas dada. Wanita tua itu menggelengkan kepala. Dia masih lagi memerhatikan Nadeen dari atas ke bawah. Rambut hazel ombak itu amat serabai, ditemani baju kasual putih yang bercetakkan wajah Panko mengigit ekor sendiri. Sungguh berbeza dari apa yang pernah dia baca di majalah beberapa tahun lalu.

Namun begitu, tak dia nafikan gadis itu memang kelihatan cantik dengan wajah natural. Persis almarhumah Puan Dian yang berketurunan Jawa-Murut itu. Cuma perangai, agak sedikit berbeza dari almarhumah dan Tuan Ridwan. Tak pasti mewarisi perangai siapa. Nayla pun tidak seaneh ini. Apa gejala anak kedua?

Mak Bin senyum kecil. Kalau Puan Dian masih hidup, dia sendiri pun pening dengan perangai yang seorang ni. "Naddy tutup toko ini harikah? Sebab sekarang dah pukul 11.30"

Nadeen hanya berdiri membatu. Barangkali tengah proses apa yang Mak Bin baru bagitau. Beberapa saat kemudian, matanya membesar. Kedua tangan siap menepuk pipi yang memang tak berlemak itu.

"Alamak, Mak Bin. Naddy lambat bangun! Hari ni ada janji dengan klien jam 1 petang. Alamak, alamak. Macam mana ni?" ucap Nadeen panik, namun masih tidak berganjak dari pintu.

Mak Bin mengeluh panjang. Ini apa yang dia maksudkan bila Nadeen berbeza dari anak Tuan Ridwan yang lain. Kalau ingin dia banding ke Zalea yang saat ini mungkin sudah berlari ke bilik mandi sambil menjerit, atau Nayla yang gegas bersiap sambil membebel. Gadis itu boleh pulak panik bersahaja. Reaksi yang berlebihan, tingkahnya tidak. 

Kalau Nayla masih di sini, awal lagi sudah dia heret Nadeen ke bilik mandi sambil membebel, persis seperti almarhumah Puan Dian. Haih, rindu pula dia gadis itu. Entah apa khabar gadis itu semenjak Nayla memutuskan untuk keluar rumah dan mengikut suaminya menetap di Canada.

His Favorite Florist (au)Where stories live. Discover now