002

7 1 0
                                    

(P/s: Gambar hanya imaginasi semata-mata. Credits all to pinterest;)

Nadeen sibuk menggubah bunga pada rak display sambil bersenandung kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nadeen sibuk menggubah bunga pada rak display sambil bersenandung kecil. Dia sedang bersenang hati saat ini. Nasib baik dia tepat masa sampai di toko pagi . Nasib baik juga pesanan pelanggan sudah dia siapkan awal kemarin sebelum dia pulang ke rumah. Kalau tidak, memang kalut dia nak sedia semua tu.

"Yatta! Siap pun" ujar Nadeen ceria, memandang gubahan bunga-bunga pada rak tersebut lantas melakukan sedikit regangan. Sudah satu jam lebih dia mencangkung, siapa yang tak lenguh?

 Dia memeriksa sekeliling, tidak banyak yang harus dia lakukan saat ini. Sejurus dia sampai di toko, dia terus menyapu dan membersihkan sekitar sebelum menunggu kedatangan pelanggan yang membuat tempahan kemarin untuk mengambil pesanan. Bosan, dia menggubah pula bunga dengan niat ingin menarik pelanggan yang lalu di toko kecilnya.

"Nak jual bunga apa pula ya kali ni?" Bisik Nadeen, memandang satu per satu bunga yang ada dalam katalog di kaunter. Semalam dia sudah berhasil menjual baby breath sebanyak mungkin pada pelanggan. 

Dia lebih gemar memberi cadangan pada pelanggan dalam membuat tempahan bunga. Ini kerana baginya, semua jenis bunga layak dihargai untuk diberikan pada seseorang tak kira kekasih, keluarga mahupun kenalan. Tak semestinya bunga mawar membawa erti cinta, tak semestinya bunga peony untuk kebahagiaan dan tak semestinya bunga daisy untuk kesetiaan.

"Remember, Naddy. You have to love and treat each flowers fairly. Flowers are like women, to be taken care of and to be appreciated no matter what type of flowers they are" 

Nadeen senyum, teringat kata-kata almarhumah ibu yang sudah meninggalkan mereka sekeluarga 3 tahun lalu atas masalah kesihatan. Arwah adalah seorang pencinta bunga, sentiasa menjaga baik bunga yang dihadiahkan oleh orang tersayang sampai akhir nafas. 

Oleh kerana itu juga, dia nekad untuk membuka toko bunga walau mendapat tantangan dari Tuan Ridhwan sejurus tamat pengajian peringkat Master di New York 2 tahun yang lalu. Selain itu, dia berundur dari karier yang hampir menaikkan namanya sebagai seorang model pakaian dan kosmetik. 

Nadeen menopang dagu, memandang pintu toko. Dia akui, kedai bunga miliknya agak sepi. Hanya sesak bila tarikh tertentu. Dia beralih pula pada kalendar, bibir beroles gincu merah jambu itu mencebik.

"Oh, today is 21st February? Kalau tak silap, hari ini National Flowers Day. Tapi kenapa sunyi? Para pasangan sekalian lupa ke atau memang tak tahu?" Bebelnya sambil mencapai telefon bimbit di atas kaunter.

Dia mengorak langkah ke arah bunga tulip putih yang terletak indah di atas meja bersebelahan kaunter. Senyuman gadis itu mekar tatkala selesai mengambil foto bunga tulip tersebut. Tidak menunggu lama, dia terus memuat naik gambar tersebut ke dalam sosial media miliknya.

"Nak letak kapsyen apa eh?Hmm, ah! I know" 

"Nak letak kapsyen apa eh?Hmm, ah! I know" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Favorite Florist (au)Where stories live. Discover now