1 | SEKOLAH

25 5 10
                                    

MAGNIFICENT HIGHSCHOOL

Sekolah menengah private yang terletak di tengah bandar itu mula dibanjiri dengan beberapa orang pelajar yang hadir di sekolah pada pagi itu.

Selina mengatur langkah ke kelasnya yang berada di tinngkat empat. Kelasnya, 5 Diamond. Kelas yang beraliran sains tulen.

Masuk sahaja Selina di dalam kelas, dia sudah terlihat satu figura yang amat dia kenali. Siapa lagi jika bukan Kenz si jejaka yang amat dia minati.

"Hai, Dariel." Selina menyapa.

Kenz hanya memerhati si gadis tanpa membalas sapaannya. Tidak berminat untuk membalas. Bukan dia tidak tahu bahawa gadis itu meminati dirinya. Tahu sahaja. Cuma, di dalam hatinya ada satu nama yang dia tidak akan lupa. Mereka hanya berpisah kerana keluarga si gadis yang telah mencuri hatinya harus berpindah ke luar negara. Oleh sebab itu, dia terpisah dengan si gadis.

"Hai, Selina..." Darius membalas sapaan daripada Selina apabila dia lihat kembarnya langsung tidak membalas.

"Hai, Darius..." balas Selina dengan senyuman manis.

"Darius... kita kena pergi sekarang. Harini kita jaga pagar. Jangan lupa." kata Kenz tanpa nada. Dia terus pergi tinggalkan Darius yang termanggu sendiri. Apa masalah kembar aku ni? Buang tebiat ke? Orang tegur dia palau. Lepastu sekarang ni dia tinggal aku. Dasar abang taguna. Sedihlah gini.

"Bye... Selina." Darius melambaikan tangannya kepada Selina dan terus pergi. Tugas harus dilaksanakan. Itulah amanah.

Darius menghampiri Kenz yang sedang melihat nama pelajar yang selalu datang lewat ke sekolah. Darius memerhati sahaja pelajar yang masuk.

"Riel... sampai bila kau nak tunggu dia?" soal Darius terus terang. Dia bukan tak nampak yang Selina tu tergila-gilakan si Kenz ni. Cuma... tulah, hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Mungkin Kenz memang tidak ada hati pada Selina.

"Aku tak tunggu dia. Memang dalam hati aku ada nama dia. Tapi, aku tak tunggu dia. Aku percaya kepada jodoh..." balas Kenz senada. Rimaslah asyik borak pasal Selina. Tak faham ke aku punya hati tak tertarik dengan dia? Takkan itupun susah nak faham.

"Kalau kau tak tunggu dia... Kenapa kau tak terima sahaja si Selina tu?" Darius menyoal lagi.

"Kalau aku suruh kau dengan Selina. Kau nak?" soal Kenz.

Darius menggeleng. Oh! Tidak. Aku pun ada ciri yang aku nak. Maksud aku, yang betul-betul tarik minat aku dan hati aku berkata ya bila tengok dia. Tapi... Aku tengok Selina, aku sendiri tak rasa apa-apa.  Okay, i got it!

Darius memandang Kenz. Kenz menjongketkan kening. Darius tersenyum. Kenz melihat Darius pelik. Buang tebiatkah budak ni? Tiba-tiba senyum. Risau pulak aku.

"Okay, aku dah dapat. Maksudnya, kau tak tertarik dengan Selina tu kan?" kata Darius.

Kenz mengangguk. Faham pun. Ingat tak faham. Baru aku nak berura-ura hempuk dengan file tebal tadi.

"Biarlah. Kalau jodoh aku dengan dia, tak ke manalah. Nanti bersatu juga..." kata Kenz.

Darius mengangguk setuju. Kalau dah jodoh. Kau lari sampai hujung dunia sekalipun tetap akan bersatu.

"Dah pukul 7:45 dah. Jomlah masuk kelas." Ajak Darius. Jika dilihat, seperti tidak ada yang akan datang ke sekolah lagi. Darius menutup pintu pagar manakala Kenz mengambil file yang di bawa sebentar tadi untuk dihantar ke bilik PK.

Suasana di kantin sekolah sangat bising. Langsung tidak menganggu Darius dan Kenz yang sedang makan.

"Bro, nanti ada kem. Kau join?" soal Darius. Kalau kembar dia tak pergi, dia tak pergi. Easy.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JEJAKA MISTERI MILIK DIARAWhere stories live. Discover now