06

588 63 58
                                    

now playing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now playing...
katakan by harris baba
↻ ◁ II ▷ ↺

₊˚ʚ ᗢ₊˚✧ ゚.

naim ismet

wah wah wah
delete apa itu
ooo kau ngumpat aku eh masa aku tido
dasar rakan tidak berwibawa
nasib je aku tak pakai whatsapp haram
AHAHAHAHAHHA
oi
kau hidup lagi tak ni
lerr
takkanla kul 10 pagi pun tidur lagi
dahlaaa
dah nak habis rehat ni
aku gerak dulu
jangan biar messageku tergantung sepi ya
delivered 10:26 p.m.

₊˚ʚ ᗢ₊˚✧ ゚.

melirikkan mata ke arah telefon pintar yang berduyun - duyun dihantar pesanan, aku hanya dapat mengagak pesanan tersebut dikirim oleh naim, hanya kerana jejaka tersebut sahaja yang amat konsisten dalan menghantar pelbagai jenis pesanan walaupun aku sudah cuba yang tetbaik untuk mengelakkan dirinya bagi lebih menggantungkan dirinya lebih kepada diriku.

iya, susah hati ya amat apabila melihat dia menceritakan pelbagai kisah tentang si buah hatinya yang diberi nama mia. tetapi gapapa sih, udah takdir kan?

sebaik sahaja ketukan dihantar dari disebalik pintu wadku, aku membangkitkan diri dari bangun ke posisi duduk dalam keadaan yang perlahan sebelum memberi izin bagi - yang ku jangkakan doktor atau jururawat yang ingin menjalankan pemeriksaan harian, namun ditemukan sama mia, pekerja dewan makan di kudrat yang hanya berdiri tegak di rangka pintu setelah memulaskan tombol objek tersebut.

"em, awak—," tuturnya sebelum matanya dialihka ke kad yang terletak di bahagian bawah hadapan kasurku, tertera nama penuh yang ku jangka menjawab persoalan yang ingin dikemukakan. mengemam bibir, dia hanya menutup pintu yang dipulas tombol secara perlahan lalu bergerak ke arah kerusi pelawat yang disediakan di sebelah kiri kasurku manakala beg sandingnya diletakkan di atas meja kecil yang terletak tidak jauh dari kerusi tersebut.

"sorry, boleh tak kalau saya guna aku - kau since saya lebih selesa begitu?" tuturnya sopan, seakan - akan aku merupakan guru yang digeruni seluruh sekolah, seakan - akan aku merupakan satu ancaman yang akan membahayakan nyawanya. caranya bertutur juga amat lembut dan sopan, tidak seperti yang ditopengkan ketika bertugas di dewan makan.

mengangguk perlahan, aku tersenyum ringkas apabila dia tertawa lembut. "tujuan aku datang sini — tentang naim," ujarnya secara mengejut, sekaligus membuatkan diriku terbeliak mata buat sesaat sebelum kedua keningku bertaut. malah, satu soalan terlintas di benak minda, "macam mana... mia tahu sini tempatnya?" aku bersoal, berusaha untuk mengerti asbab dirinya kesini mari.

"ah, kau tahu nama aku," tawanya kecil. sebelum menjilat bibirnya atas dasar bibirnya yang semakin kering, kupasan kulit bibirnya tidak kelihatan jelas jika tidak dilihat secara teliti, mungkin kerana dia sudah menggunakan produk bibir yang berkesan. "em, aku ada lah cara aku sendiri untuk tahu, tapi kalau kau risau pasal naim tahu benda ni, jangan risau dah. aku takkan beritahu dia selagi kau tak suruh, atau minta izin. hal peribadi, kan?"

menganggukkan kepala secata perlahan sebagai tanda setuju, aku hanya menunggu penjelasan yang lebih lanjut — asbab yang lebih terang mengapa mia sanggup tiba ke sini hanya kerana ingin berbincang tentang naim. "aku... ada taruh hati dekat dia — tapi dia macam nak tak nak layan," jelasnya terlebih dahulu. namun sebaik sahaja aku ingin bersuara, dia memotong terlebih dahulu.

"tak apa! aku tak kisah sangat, lagipun. tapi aku tahu dari segi dia cakap pasal kau, segi dia jelaskan anything pasal kau, dia..." mia terberhenti, lalu memandang tepat ks arah mataku yang semakin hari semakin kuyu.

"dia suka kau," senyumnya.

meneguk air liur, aku hanya menghela nafas panjang sebelum menggelengkan kepala secara lembut, tidak setuju sama teorinya.

"aku tak main - main, yang ni memang betul," tekad, dia meyakinkan mindaku yang semakin melayang dari situasi yang sedang dihadapi.

membasahkan bibir, aku hanya mendiamkan diri. "kalau nak minta tolong mia pass kan surat ni dekat naim, boleh?" ujarku, menarik satu surat dari salah satu laci di meja kecil yang bersebelah sama kasurku, sengaja menukar topik serta - merta.

menganggukkan kepalanya, dia menerima surat yang ditolak kearahnya lalu membuka zip beg sandingnya lantas meletakkan surat yang diberi secara kemas dan selamat di dalam beg tersebut.

"aku pergi dulu," ujarnya lekas disertakan sama senyuman yang ringkas lalu bangkit dari kerusi yang sebelumbya diduduki. hanya menganggukkan kepala sebagai tanda setuju, mataku dikerlingkan ke arah telefon pintarku yang kini bergema sama ringtone yang disetkan khas buat nombor naim.

melihat mia melangkah pergi, aku hanya mampu membaringkan semula diri di atas kasur rumah sakit yang empuk itu, tidak bergerak walaupun seinci untuk membalas pesanan dan panggilan yang dikirim naim.

jahat ya, dunia ini?

yaudah, ga boleh dibuat apa - apa juga kan? udah takdir, udah ditetapkan. udah ditetapkan yang aku hanya mampu melihat kisah mereka berterusan.

gapapa kok.

meski tuhan tidak menakdirkan aku sama dirinya, aku masih bersyukur dia tertulis di dalam hidupku, sama sekali aku terbabit sama hidupnya. kelakar ya, saling mengenali namun tidak ditakdirkan untuk bersama.

jahat ya?

equinox; n. naimWhere stories live. Discover now