07

790 83 120
                                    

now playing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now playing...

teen idle by marina
↻ ◁ II ▷ ↺


₊˚ʚ ᗢ₊˚✧ ゚.


third person's point of view

meregangkan otot dan tisu lengannya, naim kini sudah bersedia untuk menghadap hari yang baru baginya, hari dia harus bertemu sama mia kerana pesanan mia pada petang semalam, mengingatkan dirinya agar berjumpa sama mia yang akan menunggu di belakang kantin seperti biasa.

namun, matanya tidak lekang dari memeriksa pinned chat yang masih tidak berbalas, walaupun pesanan tersebut dikirimkan pada pukul sepuluh pagi semalam.

'mungkin dia terlalu risau' merupakan pernyataan dibisikkan kepada dirinya sendiri seolah - olah mantera, hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri. walau bagaimanapun, naim masih sedar di lubuk hatinya bahawa dia masih merisaukan tentang tuan badan yang tidak membalas pesanannya pada pagi semalam.

membasahkan bibirnya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari biliknya, sekaligus menutup pintu dibelakangnya apabila dia mula mengatur langkah ke arah belakang kantin yang sering dijanjikan sebagai tempat pertemuan.

secara jujur, iya mungkin naim menaruh perasaan pada mia. namun, berapakah peratusan yang wujud jika mahu dibandingkan sama perasaan yang baru sahaja dia menyedari?

statistiknya, hanya satu chat yang di pinned pada aplikasi media sosial whatsapp nya.

iya, chat kamu.

mia juga masih tidak mencapai tahap itu. spesial ya kamu? hm, beruntung.

sudah lama ya bercerita, sehingga naim juga sudah tiba di destinasi yang ditetapkan. mengerlingkan mata ke arah mia yang hanya berdiri tegak memegang sepucuk surat, naim hanya menganjak kehadapan, kini beberapa meter jauh dari wanita tersebut.

sekaligus dia menanyakan tujuan memanggil dirinya ke destinasi tersebut, naim tidak melepaskan peluang bagi dirinya untuk menanyakan tentang sepucuk surat yang digenggam kemas oleh mia seakan - akan surat tersebut akan hilang.

naim mempunyai pelbagai spekulasi tetang surat tersebut, mungkin surat tersebut merupakan interview scholarship mia yang sering dibincangkan, mungkin juga surat cinta yang diterimanya. pelbagai kemungkinan namun kenyataan yang sebenar tidak sekalipun terlintas di mindanya.

menolakkan surat tersebut ke arah naim, mia memandang tepat ke arah jejaka tersebut, "baca — baca dulu," ujarnya, masih menunggu detik - detik naim menerima surat yang diberi. surat istimewa, hanya bagi dirinya.

tertawa kecil, naim menerima surat yang ditolak ke arahnya, kini surat yang dibungkus kemas dan dicopkan wax berwarna merah diatas sampulnya itu dipegang erat oleh dirinya, "surat cinta, eh?" sengihnya namun mia hanya mengerutkan dahinya.

equinox; n. naimWhere stories live. Discover now