𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐍𝐃 - 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

127K 9K 4.3K
                                    

Spam ❤ dulu sebelum baca chapter ni



"Hessa nak apa? Hessa cakap je apa yang Hessa nak. Uncle Niall akan belikan! Nak kereta rumah semuanya uncle boleh belikan." Riak bunyinya.

"Asalkan bapak kau yang kaya tu bagi duit..." Sambung Daniall dengan nada suara yang perlahan. Dia tersengih di hadapan Hessa yang tidak berkelip-kelip mata memandangnya.

Sehingga kini Hessa tidak dapat membezakan uncle Damien dan dan uncle Niall. Mana taknya muka mereka sama! Kembar seiras.

Cuma perangai saja yang berbeza. Bagaikan langit dan bumi.

Melalui pemakaian Damien dan Daniall sudah dapat membezakan mereka berdua. Hampir ke semua koleksi pakaian Damien berwarna hitam.

Damien bercakap bila perlu saja.

Daniall 24 jam tak berhenti bercakap.

Hessa mengunyah strawberry yang berada di dalam pinggan. Mukanya berkerut-kerut selepas itu. Mata dipejam rapat. Masam!!

Jari telunjuk Hessa ditudingkan ke arah televisyen yang menyiarkan rancangan kegemarannya. National Geographic Kids.

"Shark doo doo doo!!!" jerit Hessa kuat. Dia berdiri di atas kerusi dan mula menari tarian baby shark.

Daniall alihkan pandangannya pada seekor jerung yang disiarkan di televisyen. Ternganga kecil mulutnya. Ha sudah! Dulu Anayra minat mermaid. Sekarang anaknya pulak minat shark. Lain macam family ni. Luar biasa.

"Hah?Hessa nak shark yang real ke? Haiwan lain tak nak ke? Uncle Niall ada arnab, ular, kucing, leopard, katak..." ujar Daniall panjang lebar senaraikan semua haiwan peliharaannya. Sejak kecik lagi dia sudah membela pelbagai jenis haiwan kerana bercita-cita ingin menjadi doktor haiwan.

Hessa mengembungkan pipinya.

"SHARK!!!! PINK!!!"

Hessa nak shark warna pink! Titik! Dia melompat ke atas badan Daniall. Mulutnya dibuka luas kemudian ibu jari Daniall digigitnya kuat.

Gigitan baby shark!

Daniall terpekik melolong. "Sakit Hessa! Sakit! Lepaskan jari uncle!"

Hessa menggeleng kepala. Bagi shark dulu!

Terguling-guling Daniall di atas lantai. Cubaannya untuk meleraikan gigitan Hessa pada ibu jarinya tidak berjaya. Rasa nak putus dah jari dia ni. Dia perlukan pertolongan. Kenapa tiada sesiapa pun di sini?! Anayra hilang entah ke mana. Diletakkan anaknya di bawah jagaan Daniall.

Daniall berhenti meronta. Dia tidak membuat sebarang pergerakan bersama mata yang perlahan dipejam.

Hessa memandang uncle nya bingung. Eh kenapa tiba-tiba tak bergerak ni? Dia lepaskan jari Daniall dari dalam mulutnya. Badan Daniall ditepuk berulang kali.

"Titun ke?" soalnya sendiri. Dia duduk di atas dada Daniall. Mata Daniall yang terpejam rapat itu dia dipaksa untuk buka. Sekadar untuk memastikan sama ada Daniall benar-benar tidur atau tidak.

Daniall genggam tangannya kuat. Gigi diketap geram.

'Sakit siot mata aku. Dia nak rabakkan mata aku ke.'

'Tahan, Niall. Tahan!!'

'Nanti anak aku dengan Dayana mesti lagi nakal dari budak esah ni.'

Daniall tersenyum sendiri bila memikirkan anaknya bersama Dayana Atasha.

HERO DANIKKA (COMPLETED)Where stories live. Discover now