Chapter 2

170 9 0
                                    

"Hello Lina Riana."
_________________________________

"Hello?" Kataku gementar.

"Hehe, you don't need to be nervous, Saya akan cakap dalam bahasa melayu supaya senang kamu nak faham."

"Okay.."

"Saya adalah cikgu di sekolah ini, saya hanya datang ke sini untuk beritahu kamu yang Pengetua sekolah ini tak dapat hadir untuk teman kamu disebabkan hal peribadi." Kata cikgu yang aku masih tak kenali.

"Oh! I'm so sorry, Saya lupa nak beritahu kamu yang nama cikgu ialah Cikgu Faniza."

Finally aku dapat tahu nama cikgu tu. Sebelum sempat aku bertanya sesuatu ada dua orang yang memakai vest hitam mendekati kami. Pengawas kot.

"Hello Teacher Faniza" kata seorang lelaki yang berada di kiri cikgu dan seorang lagi lelaki berada di sebelahnya.

"Oh..! Hello there Naim and Amir. Ah, yes. I forgot to tell you again that these two will be accompany you to your dorm." Kata Cikgu Faniza yang kelihatan teruja melihatku.

Tak sempat aku nak bercakap, dua lelaki itu mengangkat beg galas dan beg rodaku yang dari tadi tidak diusik lalu memegangnya, diorang tak rasa berat ke?

Meh.

Bukan masalah aku dan diorang ni asyik potong je bila aku nak bercakap, kang aku potong ayat diorang kan rasa macam tak ada adab pulak.

"Alright teacher." Kataku.

Selepas sahaja Cikgu Faniza itu meminta diri, seorang lelaki pengawas ni- Naim kot nama dia.. bercakap.

"Hi awak, macam cikgu telah cakap tadi nama saya Naim, sebelah saya ni Amir." Amir hanya mengangguk kepalanya dan memandang ke tempat lain. Dan aku pun sama la, mengangguk kepalaku sebagai tanda aku faham.

"Okay, jom pergi dorm awak." Sambil memegang beg galasku itu manakala Amir hanya menarik beg rodaku itu.

"Erm.. boleh tak kalau kita panggil kau aku je? Rasa pelik pulak panggil saya awak.." kataku secara perlahan sebab tak nak la orang panggil aku takde adab pulak.

"Fuih.. nasib baik kau cakap macam tu, aku pun rasa pelik sikit panggil awak saya ni." "Betul tu." Kata kawannya.

"Okay soo.. boleh kita pergi sekarang?"

"Boleh, jom."
_________________________________

Skip Time

Finally aku dah berada dekat depan dorm aku, dekat je weh dengan vending machine. Senang la kalau aku nak keluar healing ke apa, tapi dormnya tingkat paling atas sekali woo... dah la paling jauh.

Mampos aku kalau macam ni.

"By the way, sekolah ni ada rules dia. Macam biasa, bangun pukul 6 pagi, solat subuh macam biasa di surau dan breakfast di Dewan Makan, pukul 7 masuk kelas sampai pukul 11 dan makan di dm, balik dorm untuk berehat dan pukul 1:30 masuk surau solat berjemaah tapi disebabkan kau seorang je perempuan aku rasa kau akan solat kat dorm kau je, masuk kelas balik pukul 2:15 sampai 4:45, solat asar, makan di dm kalau kau nak, dari pukul 5 sehingga seterusnya kau boleh main telefon kau tapi hanya di bilik dorm atau pada masa free sahaja, solat maghrib pukul 7:25, makan malam di dm pukul 8 dan siap sedia kalau ada prep malam dan kalau takde, masuk dorm, pukul 10 lampu bilik semua kena tutup dan tidur sampai akhir hayat kau. Eh salah, sampai hari seterusnya." Kata Naim sambil menarik dan menghembus nafasnya.

Nohhh rokiah! Memang mampos aku kalau hari-hari kena hadap ni...!

Ayah ibu... ambiklah adik balik... adik dah tak sanggup nak hadap semua ni...

Kau orang tahu tak diorang hampir nak tergelak bila nampak muka aku nganga!?

Malu sial...

"Baiklah, ada apa-apa lagi kau nak tanya?"

Ye, aku nak balik. Tak la gurau jer.

"Takde dan terima kasih." Sambil menundukkan kepala sedikit.

"Okay, kitorang pergi dulu. Assalamualaikum." Kawannya hanya mengangguk kepalanya sahaja. Pendiam rupanya dia ni.

"Waalaikumussalam."

Bila diorang hilang je dari pandangan aku, aku pun apa lagi? Masuk la dalam dorm.

Bapak besar gila wehh!

Dah la ada empat katil, boleh aku berparti setiap malam sambil dengar lagu 'Give me a Big Boy'. HAHAHAHA gurau je, mungkin tak? Okay sambung balik.

Lepas tu aku terus baring kat setiap katil sebab aku nak tengok katil mana lagi best dan lembut.

Hehehe.

Dan aku decide untuk pilih katil paling dekat dengan tingkap dan sebelah katil pulak ada locker, barang aku banyak so aku nak letak kat setiap locker yang ada.

Maklumlah..

Aku ni orang yang SEDIKIT tamak. HAHAHA bengong la aku ni.
_________________________________

Skip Time

Selepas selesai kemas barang, aku terus keluar sebab aku ni suka keluar jalan-jalan. Bosanlah duduk dorm main telefon je..

Tu yang aku decide nak pergi vending machine dan rileks dekat mana-mana tempat yang aku nak healing nanti.

Mata aku ni memang tak boleh duduk diam-diam ke!?

Asyik nak tengok tempat lain je, tapi tengok depan tak nak.

kang ada kejap lagi yang kena langgar karang.

Secara tidak sengaja, aku terlanggar bahu seseorang dan sebelum sempat aku mahu meminta maaf, orang tu dah cakap dulu.

"Ishh... kau ni- Aik? Sejak bila sekolah ni ada pelajar perempuan? Ke aku salah tengok?" Kata seorang lelaki yang aku tak kenal.

Baru jumpa kan? Memang la tak kenal siapa, alalala kau pun Lina.

"Ishh kau ni..! Ni la pelajar perempuan yang aku bagitahu kau tu..!" Aku mendongak dan melihat siapa bahu yang aku terlanggar tu dan-
.
.
.
.
Hehe... sorry Author tak sambung sebab Author takde idea, nanti tengah hari atau petang author post chapter lain okay? Bye bye! Selamat berpuasa ♡

-Vampire- Where stories live. Discover now