Chapter 14

117 7 2
                                    

____________________________________________

Hari demi hari, cuti sem pun hampir tiba. Hari ni hari jumaat so confirm ramai dah prepare baju untuk balik esok atau minggu depan.

Aku punya kesan gigitan di leher yang Ariz tinggalkan tu dah lama hilang. Nasib dah hilang wei.

Sebab kebelakangan ni, Fakhri dengan Ayam asyik nak siasat je kesan tu, lagi2 Si Fakhri. Dia selalu cuba untuk cari peluang untuk tengok kesan tu.

Nasib lah Ariz tolong hilangkan kesan tu dengan cepat. Jangan tanya macam mana eh 😊

Sekarang aku berada di bilik aku sambil cuba untuk telefon ayah aku untuk memberitahunya tentang cuti sem itu.

Tapi ayah aku tak angkat langsung..

Aku dah cuba call ayahku 3 kali tapi masih tak terjawab. Dan aku decide untuk call ibu aku pula. Dan akhirnya ibuku mengangkat juga telefonnya.

"Hello?"

"Assalamualaikum ibu. Adik ni."

"Oh adik! Ibu ingatkan siapalah tadi, ha. Kenapa call ni?"

"Adik nak tanya ni, ibu dah tahu ke pasal cuti sem sekolah adik?"

Ibuku diam buat seketika waktu dan akhirnya bersuara.

"Allahu Akbar! Ibu lupalah pasal tu..! Alamak..."

Dah agak dah...

"Ouh okay takpe ibu. Btw ibu amik adik balik tak?"

"Ibu minta maaf sangat2 sayang tapi tuan rumah ni ada hal jadi mereka tak dapat nak stay kat rumah. Dan mereka ni ada anak kecil umur 2-3 tahun. Jadi ibu terpaksa stay selama... erm..."

Suara ibuku terhenti seketika.

"Selama??"

"Seminggu..?"

"Hah!? Seminggu..?! Siyes la ibu... habis tu adik tak balik la ni?"

"Nampak gayanya macam tula adik... ibu minta maaf sangat2 tau.."

"Takpelah ibu. Adik faham keadaan ibu sekarang ni. Adik boleh je stay kat sekolah. No hal la ibu."

"Alhamdulillah... terima kasih ye adik sebab faham keadaan ibu sekarang ni."

"Oh btw ibu, ibu tahu tak ayah-"

Tak sempat nak menghabiskan ayatku, ibu aku sudah terlebih dahulu meletakkan telefonnya.

Lah? Dah kenapa endcall tiba2 ni? Hmm... busy kot?

Aku hanya mengabaikannya lalu aku pun buat keputusan untuk tunggu ayah aku yang call. Sebab bateri fon tinggal nyawa2 ikan je ni..

Aku pun mengecas telefon lalu keluar dari bilik untuk mengambil udara luar.

Dan aku terserempak dengan Ariz tapi kalini dia hanya berseorangan.

"Eh hi Lina!" Sapa Ariz kedengaran teruja melihatku.

"Hi Ariz! Kau buat apa dekat sini?" Ujarku.

"Oh takde apa2 pun. Saja nak amik udara segar. Lina pula?" Katanya senyum dan matanya hilang buat seketika waktu.

"Oh! Samalah kita." Kataku senyum.

"Btw cuti sem nanti macam mana? Balik rumah tak?" Soal Ariz.

"Tak tahu lagi la.. ibu aku busy jadi tak dapat balik. Kalau ayah aku tak tahu la.. mungkin stay kot." Kataku sambil sambil bermain dengan jariku.

-Vampire- Where stories live. Discover now