Bab 1

1.6K 129 15
                                    

Kanak kanak perempuan itu menangis kuat. Tangannya naik melindungi wajah yang hendak ditampar oleh wanita yang sudah berusia itu. Badannya menggigil hebat tanda takut. Dia tidak berani ingin melihat wajah menyinga mamanya itu.

"Mama, sakit..." Rintih budak perempuan itu. Dia menangis teresak-esak. Namun, tangisanya menyebabkan wanita yang digelar mama tadi semakin galak memukul badan kecil itu. Mata wanita itu mengerling sekilas ke arah pasu yang sudah pecah.

"Sakit kau ni, tak sesakit hati aku tengok pasu aku pecah. Kau ingat aku beli pakai air liur engkau ke?!" Garang suara itu memetir. Telinga kanak-kanak perempuan itu ditarik dan dipulas kuat sehingga dia menjerit sakit. Apalah sangat budak budak berumur empat tahun itu tahu? Fikiran mereka di umur begitu hanyalah bermain.

Wanita bergelar mama itu mengambil serpihan pasu yang pecah lantas dihunus pada betis anaknya.

"Sakit!"

Hana tersentak dari tidurnya. Dadanya berombak laju. Dahi dan leher jinjangnya berpeluh.  Lantas peluh itu dilap menggunakan lengan bajunya. Kain batik yang terselak hingga ke betis dibetulkan kembali. Tangannya terhenti menarik kain itu apabila korena matanya menangkap satu parut panjang satu jari itu.

Dia mengusap parut itu. Mimpi tadi adalah mimpi dimana dia mendapat parut itu. Dia memijak lantai marmar yang sejuk itu, lantas dia merenggangkan otot badannya. Jam di dinding dikerling kejap. Sudah masuk empat pagi. Kaki menapak ke arah bilik air untuk membersihkan diri lantas bersiap sedia untuk menghadap Penciptanya.

Felicia mengurut perlahan leher yang terasa sakit. Berada di dalam bilik bedah selama empat jam menyebabkan badannya berasa lenguh. Telefon Iphone 14 Pro Max yang berada di atas mejanya diambil lantas skrin telefon dilihat. Berkerut keningnya apabila mendapat missed call daripada abang kembarnya. Terus sahaja dia menelefon kembali abangnya.

"Assalamualaikum, along kesayangan..." Sapa Felicia ceria apabila panggilannya di sambung. Dia ketawa comel apabila abangnya menjawab salam dengan nada yang sama. Tidak lama kemudian, kening Felicia berkerut. Hairan.

"Along, kau buang tebiat ke?" Tanya Felicia apabila abangnya mengajaknya makan bersama. Felicia ketawa kecil setelah mendengar jawapan dari abang kembarnya.

"Sabarlah. Nak turun lah ni. Lain kali bagitahu aku esok yang kau dah ada dekat cafe hospital." Marah Felicia. Ternyata abangnya sudah berada di cafe yang terletak di tingkat bawah hospital. Felicia membuka jaket putihnya dan menyangkut jaketnya pada hanger. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Kelihatan seorang gadis yang berpakaian seperti jururawat.  Felicia menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu. Macam kenal. Gadis itu tunduk sedikit tanda hormat.

"Saya jururawat yang baru dipindahlan ke sini. Saya jururawat bawah Doktor Felicia." Lembut suara itu berkata sambil mengerling ke arah pintu putih coklat itu.

Doktor Felicia.

Felicia ketawa lembut kerana kepolosan gadis itu. Dia membelek telefonnya di tangan. Matanya membulat selepas itu. Dia kembali melihat wajah cantik itu. Dari bulu kening yang tidak terlalu lebat tetapi elok terukir cantik, turun ke mata bundar yang mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Turun ke hidung yang macung terletak dan bibir munggil kemerahan itu. Lekuk wajah yang berbentuk tirus itu menyempurnakan lagi wajah itu.

"Orkid Ryhana?" Gadis itu angguk. Dia tersenyum manis. Felicia turut tersenyum. Gadis ini! Dia amat mengenali gadis ini. Semakin cantik!

"Hana tak ingat akak?" Hana diam. Keningnya berkerut. Mata merenung lama, memerhati wajah cantik itu. Rasanya doktor dihadapannya ini berdarah kacukan.

"Tak mengapa. Kita buka sesi jejak kasih nanti. Hana tolong akak tengok pesakit lelaki diw ad Seroja. Katil 14." Hana angguk lantas meminta izin. Jadi, ini adalah tugas pertamanya berkhidmat di sini. Felicia menghantar langkah gadis itu melalui anak mata hazelnya. Lantas dia berlari menuju ke cafe. Dirinya terlupa abangnya sedang menunggu di situ.

Dia berjalan ke arah meja yang didudukinoleh abangnya. Dia sengih tidak bersalah. Kerusi di hadapan abangnya ditarik lalu dia duduk.

"You are late." Satu kenyataan keluar dari bibir seksi abangnya. Felicia angkat bahu tanda tidak kisah. Melihat pemakaian abangnya yang santai, dia tahu menyangka bahawa abangnya cuti harinini. Oleh sebab itu, abangnya boleh mengajaknya makan bersama. Jika tidak, batang hidung pun tidak terlihat. Menjadi seorang inspektor polis amatlah sibuk. Bergelar sebagai seorang polis pada usia muda juga tidak mudah. Tambahan pula abangnya juga adalah seorang pembekal senjata di Malaysia.

Roti di atas meja ditolak perlahan ke arah Felicia. Kemudian Fawwaz mengeluarkan bekas Tupperware bewarna merah jambu dan dihulurkan pada gadis itu. Felicia senyum senget melihat bekas itu. Merah jambu?

"What? Ibu suruh beri pada kau. So, yeah..." Fawwaz berkata apabila melihat wajah adiknya. Adalah tu ingin menyakat. Felicia simpan senyum. Dia membuka penutup bekas itu dengan cermat. Dia tersenyum manis. Dengan membaca basmallah, dia menyuap nasi berlauk ayam merah itu ke dalam mulut. Matanya terpejam tanda menikmati makanan itu.

"Ya Allah, sedapnya!" Fawwaz simpan senyum. Kasihan dia melihat Felicia. Akibat sibuk di hospital, dia tidak sempat untuk makan. Adiknya berusaha keras kerana ingin mengejar impiannya. Impiannya adalah untuk membuka klinik sendiri.

"Long, kau dah makan?" Lelaki itu geleng kepala, jujur. Sejak kebelakangan ini, dia kurang berselera untuk menjamah makanan. Felicia memandang abangnya penuh kasihan. Mereka berdua sama sama sibuk sehingga mengabaikan diri masing masing. Nasi dan secubit ayam disua pada Fawwaz. Lelakinitu memandangnya pelik.

"Nganga lah. Aku suap. Kesiam kembar aku belum makan lagi." Fawwaz senyum. Kemudian dia membuka mulut menerima suapan dari adiknya. Dia menguyah perlahan. Sedap. Masakan ibu tidak pernah mengecewakan. Sentiaaa terbaik!

"Kau cuti sampai bila?" Tanya Felicia dengan makanan yang masih penuh di mulutnya. Fawwaz geleng kepala melihat adiknya. Kesan comot di tepi bibir Felicia di lap menggunakan ibu jari.

"Kau nak makan dengan setan? Dengan comotnya lagi." Gadis itu hanya tersenyum simpul. Habis semua mata memandang ke arah mereka. Atau lebih tepat arah Fawwaz. Mesti ada yang berfikir 'ah, sweetnya abang tu suap awek dia makan.' Felicia buat tidak endah dan terus menikmati makanannya.

"Aku cuti empat hari sahaja. Esok petang aku dengan yang lain kena terbang ke Rusia. Kena urus tentang senjata dan bahan api." Felicia angguk faham. Malam ini, dia tidak bertugas, jadi bolehlah dia meluangkan masa bersama keluarganya. Dia tersengih sendiri.

"Tengku Felicia Maisarah."  Panggil Fawwaz apabila  melihat gadis itu ralit termenung. Felicia sengih dan menongkat dagunya. Kening dijongket beberapa kali.

"Ya, Tengku Fawwaz Rafieq." Meleret suara itu menjawab membuatkan Fawwas mengusap tudungnya dengan kasar. Felicia lantas menjeling tajam ke arah Fawwaz. Kurang asam keping betul!

"Kau dah jumpa dia?" Tanpa berkias, dia bertanya. Felicia tayang muka blur. Dia? Siapa dia?  Melihat wajah Fawwaz yang serius, dia terus  menangkap siapakah dia. Felicia jatuhkan wajahnya berkali-kali.

"Aku lambat tadi sebab jumpa dia la. Dia baru dipindahakan ke hospital ini. Sekarang, dia jadi nurse bawah aku." Teruja dia bercerita. Dia melihat Fawwaz yang seakan memikirkan sesuatu.

"She is very beautiful now."

"She is beautiful even eleven years ago."

Felicia angkat kening bersama wajah yang agak sinis. Dia tahu abangnya akan mengambil peluang untuk mendekati gadis itu sekarang. Gadis yang telah membuatkan abang kembarnya angau selama sebelas tahun.

 Gadis yang telah membuatkan abang kembarnya angau selama sebelas tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


- 14 April 2023 -

OG | His OrkidWhere stories live. Discover now