BAB 2

818 88 18
                                    

Gadis kecil yang sedang asyik termenung di padang sekolah itu dipandang lama. Sepasang mata hazelnya melihat gadis itu dengan asyik. Entah mengapa dia rasa tertarik akan gadis itu. Dia mengikuti gadis ini setelah dirinya melihat gadis ini dibuli oleh rakan sekelasnya. Gadis itu dibuli hanya kerana dia adalah seorang pendiam.

"Berhenti ganggu saya. Saya tak kacau hidup awak semua kan?"

Lelaki itu senyum senget. Diam-diam gadis itu, dia masih berani mempertahankan dirinya daripada diganggu. Dia leka mengingat akan kejadian sebentar tadi sehingga dirinya tidak sedar bahawa gadis tadi sudah berada di hadapannya.

"Kenapa awak ikut saya?" Tanya gadis itu tanpa aba-aba. Lelaki itu menjongketkan keningnya sedikit. Matanya melihat wajah garang itu.

"Aku nampak kau kena ejek tadi. Lepastu, aku risau kau buat benda pelik. Jadi aku ikut kau." Gadis kecil itu mengerutkan keningnya. Benda pelik apanya? Dia masih mempunyai fikiran yang waras. Paling tidak pun, dia hanya akan ponteng sekolah tapi dia tidak berani. Dia pergi ke sekolah dengan niat untuk menuntut ilmu. Jadi, dia hanya biarkan orang-orang itu. Jika mereka melampaui batas, dia akan melawan juga. Seperti tadi, mereka mengejek sehingga melibatkan ibu bapanya. Jika diam, mereka akan semakin menjadi-jadi.

"Kau okay?" Gadis itu hanya angguk. Dia memandang wajah lelaki itu. Tampan sekali. Sepasang anak mata hazel itu tampak bersinar apabila terkena biasan cahaya matahari.

"Mata awak cantik." Puji gadis itu ikhlas  tanpa  menjawab  persoalannya. Lelaki itu hanya menayangkan riak wajah bersahaja. Namun di dalam perutnya terasa seperti rama-rama sedang berkepak. Gadis ini satu-satunya yang memuji matanya cantik. Kawan-kawannya yang lain mengatakan bahawa matanya pelik.

"Apa nama kau?"

"Ryhana. Orkid Ryhana." Mata bulat gadis itu memandang ke arahnya dengan senyuman di bibir. Dia berdehem perlahan sebelum kakinya melangkah meninggalkan gadis yang bernama Orkid itu bersendirian.

'Mainan perasaan aje ini. Tak mungkin aku suka dia. Kalau suka pun, tak apa kut. Cinta monyet.' Desis hati lelaki itu. Dia berjalan menuju ke kelasnya tanpa menoleh ke belakang.

Hana memandang belakangnya dengan terpinga-pinga. Pelik. Tanya nama kita, selepas itu pergi macam tu saja? Sekurang-kurangnya bagi lah tahu namanya. Hana menggelengkan kepalanya perlahan dan kaki mula menapak menuju ke kelas apabila loceng yang berbunyi menandakkan waktu rehat sudah pun berakhir.

TANGAN yang menggigil dikepal kuat. Matanya berpinar. Dunianya berpusing. Wajahnya resah. Seperti orang sedang ketakutan. Tangannya naik menekup telinganya.

"Kau memang tak guna!" Satu suara tempikan menyentakkan satu wad itu. Lutut Hana lemah. Namun, dia cuba menguatkan diri. Dia mengepal buku lima.

"Tolong jangan bergaduh. Ini hospital." Lemah suara itu menghalang dua orang wanita yang sedang rancak bergaduh.

Matanya berpinar, dunia seakan-akan berputar apabila suara wanita itu semakin jelas kedengaran.

"Bodoh! Suami aku masuk hospital sebab kau." Tangan Hana naik menutup kedua belah telinganya. Dia jatuh terduduk. Dirapatkan kepala lututnya ke dada.

"Budak bodoh! Sia-sia aku kutip kau."

"Semua salah kau. Kalau kau tak ada dalam rumah ni, hidup aku akan aman!"

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Nov 07, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

OG | His OrkidDonde viven las historias. Descúbrelo ahora