HER VENGEANCE ✿ 20

304 19 1
                                    

SILING putih ditatap lama oleh Elvina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SILING putih ditatap lama oleh Elvina. Wanita itu terbaring lemah di atas katil hospital. Elvina masih terasa pening di kepala sampaikan hendak bergerak sedikit pun terasa pedih satu kepala. Elvina menoleh ke kanan, di mana tubuh Eshan sedang berehat. Jejaka itu duduk di atas kerusi hospital lalu kepalanya dibaringkan ke atas katil Elvina. Tangan kanan Eshan memegang erat tangan kanan Elvina.

Perlahan-lahan tubuh kurus itu dipusingkan ke arah kanan. Sebaik sahaja Elvina terasa selesa dengan posisi sekarang, dia berhenti berpusing lalu tangan kirinya mengusap kepala Eshan perlahan-lahan.

Mesti lelaki ini terlalu letih sehingga tidak perasan bila Elvina bergerak.

Mana tidaknya. Eshan berjaga siang dan malam selama tiga hari ini hanya kerana menunggu Elvina untuk bangun dari koma. Eshan dan Datin Liyana akan menukar giliran untuk menjaga Elvina walaupun sah-sah gadis itu hanya terlantar di atas katil dan tidak tahu bila dia akan sedar.

Di luar bilik Elvina pula penuh dengan pengawal peribadi dan juga dua orang polis negara yang diupah oleh Dato Ghazali.

Elvina merenung wajah bersih Eshan yang sedang lena tersebut. Mengapa lelaki ini sanggup bersusah payah menjaganya, sedangkan dia bukan siapa-siapa dalam hidup Eshan?

Eshan cintakan dia ke?

Elvina selalu menafikan kenyataan berikut kerana perasaannya sendiri yang selalu mengatakan bahawa tiada lelaki yang ikhlas mahu bersama dengannya.

Mungkin Eshan lelaki yang bertanggungjawab dan menganggap dia sebagai adik sahaja? Selama dia bersama Eshan, lelaki itu tidak pernah pun mengungkapkan kata cinta. Jadi dia hanya mengangap bahawa Eshan jadikan dia sebagai tempat untuk curahkan kasih sayang seorang abang sahaja dan tidak lebih dari itu.

Tetapi kadang-kadang, dia sengaja mengusik Eshan dengan menjadi perempuan gatal untuk memberi peringatan kepada Eshan bahawa mereka berdua tiada pertalian darah.

Elvina mula keliru. Dia cintakan Eshan ke? Ataupun dia sayang Eshan sebagai sahabat? Atau suka kerana lelaki ini ada rupa?

Selepas apa yang terjadi kepadanya, Elvina tidak yakin yang dirinya akan jatuh cinta lagi.

Tapi sejauh mana kebenaran itu? Hanya tuhan yang tahu.

"Thank you." bisikan halus itu tidak berjaya mengejutkan Eshan yang sedang kepenatan. Dengkuran halus milik Eshan membuatkan Elvina tersenyum suka. Diusap lembut rambut Eshan sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

Jika betul sekalipun Elvina mempunyai perasaan cinta kepada Eshan, wanita itu berdoa kepada tuhan agar rasa cinta itu mati serta merta. Dia tidak mahu terluka lagi.

Dia tidak mahu menyayangi siapa-siapa lagi. Cukuplah kisah lamanya menjadi pengajaran.

Elvina juga berdoa agar Eshan tidak menyimpan apa-apa bentuk perasaan kepadanya. Kerana dia tidak mampu meneruskan hidup seperti biasa lagi jika dia sakiti Eshan, lelaki yang sudah banyak membantunya.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now