Chapter 15

1.1K 16 1
                                    


Keesokannya merupakan hari bekerja Daniel di sebuah syarikat yang agak popular di Malaysia. Pada pagi itu pekerja berpusu-pusu masuk ke dalam lif meninggalkan Daniel kesesakan nafas kerana terhimpit pada dinding lif.

Kot ye pun takkan takde yang prihatin nak guna tangga? Membebankan oranglah manusia-manusia ni ,desis hati Daniel geram.

Selepas beberapa minit that feels like forever, Daniel melangkah keluar sambil mengah lalu melangkah ke mejanya.

Matanya melirik pejabat pengurus syarikat yang terletak tidak jauh daripada mejanya. Boss datang lewat daripada aku. Ini suatu rekod dunia yang menakjubkan.

Seorang lelaki berjalan melepasi meja Daniel ke pejabat tersebut dan berundur semula.

Ammar Zikry

◼️ Merupakan boss di tempat kerja Daniel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◼️ Merupakan boss di tempat kerja Daniel

◼️ Seorang yang workaholic

◼️ Terkenal di office kerana memiliki imej yang cold

◼️ Merupakan sepupu Khai

" Tengok apa? Aku tahulah aku hensem "
Daniel menggigit bawah bibir menahan daripada segala maki hamun yang akan memberikan kesan kepada kehidupannya kelak.
" Selamat pagi Encik Zikry. Encik Zikry tidur lena semalam? " Zikry mengerutkan dahi.

Soalan bangang apa yang dia tanya pagi-pagi ni?

" Tak "
" Encik Zikry ada insomnia ke? Susahla. Macam mana Encik Zikry nak bayar gaji saya nanti.. ," seloroh Daniel memuncungkan bibir.
" Awak tak teman saya tidur semalam macam mana saya nak tidur lena? ," usik Zikry nakal dengan senyuman menggodanya.

Khai senyum lagi sexy daripada kaulah! Ops-

" Yang kuban-kuban je Encik Zikry ni ," balas Daniel dalam nada perli dengan senyuman ramahnya.
" Kau yang tanya tadi, aku jawab la " Nada Zikry meninggi mengejutkan Daniel.

" Saya tanya je sebab saya sampai office dulu daripada Encik Zikry. Biasanya kan Encik Zikry dah tercongak kat dalam pejabat tu tapi hari ni tak. So saya fikir Encik Zikry bangun lewat ," ujar Daniel panjang lebar menaikkan lagi darah Zikry yang ingin meletop daripada dinding arteri itu.

" Penatla aku melayan kau sorang. Pergi sambung kerja! " Zikry mengeluh sambil melangkah masuk ke dalam pejabat. Matanya memandang Daniel yang fokus menaip pada komputer tidak sedar akan kerja yang berlambak atas meja.

~~
Setelah habis waktu kerja, Daniel melirik Zikry yang melepasi mejanya.
" Good work today Daniel "
" Terima kasih Encik Zikry. Hati-hati balik tu.. jangan terjun longkang pulak nanti takde siapa nak bayar gaji saya nanti " Zikry berdehem lalu masuk ke dalam lif.

Kadangkala dia serabut dengan lawak biawak Daniel tapi kalau sehari tak dengar suara itu sehari tidak lengkap harinya.

Pada malam itu, Daniel memasak makan malam yang simple. Dia menangkap gambar masakannya dan dihantar kepada Khai. 

CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)Where stories live. Discover now