~HbM 12~

1.1K 61 2
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Seminggu aku isolate dengan harapan Ayuni akan mencari-cari aku. Cari sebab pasal kerja pun aku tak kisah. Aku harapkan aku dihujani call atau mesej Dari orang tu tapi tak ada langsung. Mesej terakhir aku pun tak dibalasnya. Ternyatalah dia tak terkesan langsung sama ada aku ada di sekitarnya ataupun tak ada. Hilang aku pun dia langsung tak cari. Jadi, apa lagi yang aku nak buktikan? Susahnya nak dapat perhatian seorang Ayuni Zaharah. Entah kenapa hati ini degil sangat. Bukan dia seorang saja perempuan dalam dunia ni! Tapi hanya dia yang mata aku nampak!

Aku menapak ke entrance The Pinest sejam sebelum waktu shift bertukar. Mataku dijamah dengan dua sosok manusia sedang berbual mesra di penjuru desk receptionist. Datuk Red tampil lebih santai dengan T kosong Dan hanya berseluar denim. Handsome macam selalu tapi sakit mata aku tengok.

Di depannya Ayuni yang sedang melakar senyum manis sambil mulutnya tak henti mengutarakan bicara. Aku cemburu. Aku cemburu dengan kemesraan itu. Aku memang dah agak Datuk Red tak akan lepaskan Ayuni sejak pertemuan pertama hari tu. Dasar!

Kaki ku bagai dipaku seketika dengan pandangan menyoroti dua manusia di hujung sana. Bodohlah aku sebab berharap yang Ayuni akan merindui aku tapi tengok sajalah di depan aku dia enjoy ditemani orang lain. Bagai aku ini tak ada nilai langsung di matanya.

Amarah mulai menguasai minda. Benak makin menluap benci dan kalau ikut hati, pasti ada orang yang makan penumbuk aku. Sabar, Niko. Aku tarik nafas dalam. Menghembusnya keluar seraya kembali melangkah menuju ke arah lift di sebelah kanan. Kehadiran aku langsung tak disedari.

"Melisa, in my room." Aku bersuara sebaik saja melewati meja Melisa beberapa langkah Dari pintu office aku. Perempuan itu agak terkejut melihat aku tapi cepat saja tangannya mencapai ipad Dan tergesa mengekori aku masuk melalui pintu.

"Datuk Red buat apa dekat sini?" Aku bertanya tanpa kias. Menyoroti Melisa dengan mata mencerlung.

"Datuk Red dengan employee dia terlibat dengan aktiviti team building kat sini, boss. Hari ini last day." Lancar dia menjawab.

"Tak ada sesiapa pun update kat aku the guest participants minggu ni." Aku mengerutkan dahi. Memang sepanjang seminggu ni, tak ada pun smartphone aku menerima apa-apa mesej atau email berkaitan kerja.

"Oh, I memang nak send kat boss email pasal tetamu kita minggu ni tapi Cik Ayu kata tak mau kacau boss. Dia yang approve paperwork on behalf."

Aku mengeluh berat. "Cik Ayu kau tak ada kaitan langsung dengan outdoors activities. Kenapa tak Tanya aku dulu? Kau PA dia atau PA aku? Kenapa kau orang memandai buat keputusan sebelum refer dekat aku? Aku ni dah tak ada fungsi ke sebagai team leader kau orang?" Tak sedar aku menghentak penumbuk di atas meja kaca. Suara juga naik seoktaf membuatkan Melisa terhinjut bahunya. Membuntang matanya sekejap sebelum dia menjatuhkan pandang ke arah hujung kasutnya.

"Maaf boss... I ingat Cik Ayu sudah maklumkan kat boss pasal paperwork tu. I memang pass dekat dia since boss tak ada sini." Terketar bicaranya. Agak takut-takut.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now